|
|
Syarat Dan Terma
Kali Terakhir Kemaskini : Mei 9 ,
2008
Laman web dan produk Pakej Jana Wang AdSense adalah tertakluk
dibawah syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti dibawah
:
Hak Cipta Terpelihara
-
Tidak dibenarkan mana - mana bahagian dalam
halaman web ini atau produk yang dibekalkan disalin, ditiru, diedar
dan dicetak dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat
persetujuan dan keizinan daripada pihak penulis iaitu Ahmad
Munawwar Rahmat dan pihak penerbit iaitu Jana Wang Adsense
Team.
-
Produk Pakej Jana Wang AdSense adalah
diterbitkan oleh Jana Wang AdSense Team. Produk ini terlindung
dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit
dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang
Harta Intelek yang berkaitan di negara ini.
-
Sesetengah nama, informasi, logo, imej,
rekacipta, tajuk, isikandungan pada halaman web dan produk keluaran
Jana Wang AdSense Team adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987.
Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan daripada pihak kami,
tindakan undang - undang akan diambil.
Penafian
-
Segala penerangan yang dibekalkan di dalam
produk sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak menjamin
bahawa setiap pengguna akan berjaya mengikut langkah - langkah yang
diberikan walaupun pihak penerbit telah memastikan segala usaha
yang diberikan adalah yang terbaik.
-
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab
untuk sebarang kerosakan atau kecederaan yang anda perolehi semasa
menggunakan perkhidmatan dan produk kami. Perkara ini termasuklah
sama ada : penggunaan mana - mana laman web Jana Wang AdSense Team,
serangan virus, kerosakan komputer, kecederaan pada diri, serangan
penggodam, kegagalan sistem berfungsi mengikut kehendak
anda.
-
Pihak kami tidak menjanjikan sebarang pendapatan
yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya adalah bergantung kepada
usaha dan kerja keras pihak pengguna itu sendiri.
Butiran Sulit, Keahlian,
Pautan
-
Sebarang butiran sulit yang khas diberikan
kepada pengguna yang mendaftar bersama mana-mana produk keluaran
Jana Wang AdSense Team adalah hak milik peribadi pengguna sendiri.
Pengguna dilarang sama sekali untuk menyebarkan butiran sulit ini
kepada pihak lain tanpa sebarang notis dan mendapat keizinan
daripada pihak kami.
-
Maklumat keahlian seperti UserID, Password, Kod
Diskaun adalah hak milik pengguna sahaja. Ia tidak boleh
dikongsikan kepada pihak ketiga sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung.
-
Sebarang pautan sama ada pautan (link) muat
turut (download), pautan halaman rahsia, pautan halaman keahlian
adalah dilarang disebarkan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung.
-
Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini akan
menyebabkan pengguna akan dikenakan pembatalan terhadap akaun
miliknya.
Etika Dan Tatacara
-
Pihak kami sama sekali tidak membenarkan mana-mana bahan informasi produk, perkhidmatan dan kandungan web
dipautkan atau dimasukkan ke dalam halaman web seperti : laman web
lucah, laman web jenayah, laman web yang menyediakan bahan cetak
rompak, laman web penggodam, laman web spam dan laman web isu
politik.
-
Segala aktiviti promosi haruslah menggunakan
informasi dan penerangan yang benar dan tepat tanpa sebarang unsur-unsur penipuan.
Polisi Anti-SPAM
-
Kami mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM yang
kami maksudkan adalah aktiviti melakukan promosi seperti menghantar
email kepada pengguna tanpa kebenaran, melakukan pengiklanan
di web pihak lain seperti forum tanpa etika dan menghormati pihak
laman web, melakukan perkara - perkara yang mengganggu privasi
pihak lain yang mana hal ini boleh menjatuhkan reputasi pihak kami.
Jika didapati pengguna melakukan perkara ini, tindakan tegas dan
undang - undang akan diambil.
Pembatalan Akaun / Keahlian
-
Pihak kami berhak membatalkan mana-mana akses
dan penggunaan produk jika terdapat pengguna yang menyalahgunakan
mana-mana perkhidmatan, kandungan informasi dan produk yang
dibekalkan.
-
Pihak kami juga akan mengambil tindakan menyekat
mana-mana pengguna yang jika didapati bersalah menyalahgunakan
perkhidmatan, kandungan informasi dan produk yang dibekalkan
sekiranya mendapat aduan daripada pihak lain.
-
Pihak kami juga berhak untuk meminda dan
mengubah mana-mana isikandungan halaman web, produk dan informasi
yang dibekalkan tanpa sebarang notis awal.
Jaminan Pulangan Wang
-
Pihak kami menyediakan jaminan pulangan wang
selama 30 hari dari tempoh anda mendapatkan produk yang kami
bekalkan.
-
Setiap permohonan pemulangan wang haruslah
disertakan bukti-bukti sah yang diperlukan seperti bukti anda
mencuba produk dan arahan yang diberikan.
-
Tempoh pemulangan wang adalah 14 hari selepas
permohonan anda disahkan lulus oleh pihak kami.
Data
-
Pengguna disarankan untuk membuat salinan
(backup) untuk kegunaan sendiri.
-
Sebarang kehilangan data disebabkan kecuaian
pengguna adalah diluar kawalan kami dan kami tidak akan melayan
sebarang alasan untuk mendapatkan data semula.
Polisi Privasi
-
Pihak kami hanya mengambil data daripada
pengguna yang telah menjadi pembeli atau pengguna yang memohon
untuk mendapatkan tips-tips atau bahan-bahan keluaran kami
menerusi sistem "mailing list" dan juga "autoresponder".
-
Segala pembelian yang dilakukan adalah merupakan
transaksi yang diyakini terjamin keselamatannya sama ada
menggunakan perbankan ataupun kad kredit. Pembelian menerusi kad
kredit adalah dijalankan menerusi "secure connection".
-
Semua data yang kami terima adalah dipertahankan
daripada diceroboh daripada pihak asing. Kami tidak akan sama
sekali memberi, menjual atau mengedarkan data pengguna kepada pihak
ketiga.
Kiriman Email
-
Kiriman email yang dihantar oleh pihak kami
kepada pengguna adalah dipohon oleh pengguna sendiri menerusi
sistem mailing list dan autoresponder.
-
Pengguna boleh keluar daripada sistem mailing
list dan autoresponder pada bila-bila masa sahaja menerusi link
"unsubcribe" yang sentiasa disertakan pada setiap email yang
terkirim.
Hubungi Kami
-
Pihak kami boleh dihubungi menerusi ruangan
bantuan secara online menerusi Contact Saya
Dengan itu, sebagai pengguna produk atau agen
pemasaran Pakej Jana Wang AdSense, anda tertakluk kepada syarat dan
terma yang telah ditetapkan diatas.
Kegagalan untuk menepati salah satu syarat
diatas boleh menyebabkan anda kehilangan hak sebagai pengguna
ataupun agen kami.
|

Halaman Utama :: Tempahan Pakej :: Terma & Syarat :: Support :: Bengkel :: FAQ :: Blog
Jana Wang Adsense Team
Section 4, Taman Prima Saujana
43000, Kajang, Selangor
Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2007-2008 oleh Jana-Wang-Adsense.com

|
|