Sebelum anda menghubungi saya untuk mendapatkan pertanyaan lanjut tentang Pakej Jana Wang Adsense, sila luangkan sedikit masa anda untuk melihat soalan - soalan lazim dibawah bagi memastikan soalan anda tidak berulang dengan pertanyaan daripada rakan - rakan yang lain sebelum ini.
Jika anda mempunyai persoalan yang lain selain daripada soalan - soalan dibawah, maka anda boleh hantarkan pertanyaan anda menerusi Ruangan Bantuan menerusi link berikut :
Berikut adalah soalan-soalan yang diterima melalui email berkenaan Google Adsense dan Pakej JWA saya:-

Soalan - Soalan Lazim (F.A.Q)
- Adakah perniagaan ini halal di sisi syarak dan tidak bertentangan dengan syarak? contohnya MLM
- Saya berminat untuk menyertai kelas Google Adsense yg dianjurkan oleh En.Nawar. Saya ingin mengetahui tarikh kelas diadakan dan berapakah bayaran bagi kelas tersebut.
- Saya langsung tidak tahu membuat laman web. Bolehkah saya menyertai Google Adsense program?
- Adakah kandungan didalam Pakej/ebook sama dengan apa yang diajar di bengkel dan praktikkannya.
- Memandangkan saya baru dalam bidang komputer ini saya tidak faham dengan perkataan download dan apa yang di maksudkan dengan muat turun didalam internet ini, besarlah harapan saya jika dapat menerangkan satu persatu apa maksud di sebalik kata-kata yang saya sebutkan di atas tadi.
- Adakah saya perlu bina website sendiri?
- Bagaimanakah saya nak linkkan dengan Google?
- Perlukah saya bayar sewa kat Google Server?
- Saya harap En.Nawar dapat menerangkan & jelaskan program ini sebab saya ada join online sistem tetapi tidak dapat penjelasan sepenuhnya, selepas saya buat pembayaran banyak lagi saya kena buat pembayaran & sistem tersebut beri saya laman web sendiri & kena promosi sendiri baru income masuk sedangkan saya dah beritahu saya kurang dlm sistem IT saya sangat-sangat perlukan pendapatan sampingan diharap En. Munawar dapat membantu.
- Saya dah banyak kali mencuba tapi tak ada hasil, maklumlah saya tak berapa reti dengan bahasa English ni. Saya harap tuan dapat beri tunjuk ajar pada saya. Saya pun nak hidup senang macam orang lain dan kalau boleh nak sambung belajar balik. Itu lah saya perlukan duit. Saya dah lama tahu pasal Google Adsense ni.
- Adakah pendapatan yang diperolehi dari internet dikecualikan dari cukai? (income tax)
- Selain dari pendapatan Adsense, Workshop, adakah cara lain untuk menjana pendapatan yang stable dari internet?
- Biasanya berapa website/blog yang perlu dibina untuk manjana pendapatan yang tetap, katakan RM3000 - RM5000 sebulan. Berapa akaun adsense yang perlu saya pohon?
- Bagaimana Google membayar kepada publisher?
- Bagaimana untuk mengeluarkan duit tersebut?
- Adakah saya akan diberikan tools dan software apabila membeli ebook ini?
- Bolehkah sekiranya kita sendiri yang CLICK keyword yang kita bina di Google Adsense ini?
- Saya ingin bertanya adakah program ini memerlukan modal yang banyak?
- Saya berharap En.Nawar dapat membantu saya melalui jana wang Adsence ini kerana ekonomi saya tidak stabil.
- Apakah yang dimaksudkan dengan unique visitors?
- Apakah yang dimaksudkan dengan low @ high paying keyword
- ko jgn nk menipu org la..... intenet cash bkn btol sgt... nnti,ble ko dh mkn n dpt smue duit tu,pastu ko tpu org lain... ko org melayu...jgn la nk mkn duit haram plak...xberkat dowh... duit xkn mudah dpt if xd usaha n kerja... org bodoh je,yg ckp pejam mate,lepas bgn trus dlm maybank ad org transfer duit...ko pn bodoh gak... pk2la... tuhan anugerahkn otak...
- Terima kasih di atas email yang tuan hantar kepada saya. Saya merasakan bahawa tuan bukan sahaja kaya dengan duit malah tuan kaya hati. Ikhlas memberi tunjuk ajar ke arah pendapatan yang walaupun sedikit tapi akhirnya dengan berkat kesabaran menjadi lumayan. Tuan mahukan kalau boleh ramai orang menikmati apa yang tuan rasakan.
- Saya tidak mempunyai produk untuk diiklankan,apa yang saya boleh buat?
- Sukacita saya ingin bertanya berkenaan pembinaan webpage/blog yang dimestikan jika menyertai Google adsense. Apakah topik yang sesuai yang elok dipaparkan di dalam website/blog berkenaan dan adakah kena diupdate di situ setiap hari, maksud saya kena menulis setiap hari berkenaan berita/perkembangan terkini. Saya tak pandai nak buat website/blog ni, saya bukan bidang IT. Ataupun boleh dibuat benda lain selain webpage/blog di dalam internet untuk menyertai bidang Adsense atau ada kah juga cara lain yang sesuai.
- Bagaimana untuk copy paste ke dalam web saya dan web2 yg lain code adsense pada html code web tersebut.
- Saya berminat tentang Google adsense ni tetapi saya tak berapa faham. Harap tuan dapat jelaskan dengan lanjut.
- Adakah kita mesti ada web site perniagaan sendiri baru nak menyertai program ini?
- Produk apa yang kita niagakan apabila kita menyertai program ini?
- Sekiranya saya mempunyai website perniagaan sendiri adakah program ini dapat membantu?
- Saya orang luar, adakah saya boleh menyertai perniagaan ini? Saya rang bijak dalam internet, apakah saya boleh berjaya jika saya mengikutinya?
- Macam mana nak dapatkan ebook saudara dan berapa harga?
- Saya telah banyak mengikuti peluang2 menjana pendapatan diinternet. Tapi semuanya tanpa hasil. Saya nak tanya En nawar bagaimana untuk seseorang itu boleh mendapat hasil yang diharapkan atau perlukah ia menguasai dulu bidang IT barulah boleh mencari sumber pendapatan di internet.
- Apabila membaca, melihat bukti-bukti pendapatan, dan janji-jani yang menakjubkan; sangat meyakinkan. Atas keyakinan itu saya cuba-cuba melibatkan diri dalam niaga internet. Hasil apapun tiada, apabila dihubungi tiada jawapan. Contoh program tukar duit dengan survey dan perigi duit. Bagi saya suatu penipuan menjana pendapatan melalui wang orang lain. Kejadian seperti ini meragui saya, sukar mempercayai kejujuran manusia maya. namun saya tetap mencari niaga internet yang benar-benar jujur.
- Sebenarnya saya berminat dengan adsense ni, tapi tiada idea untuk membuat blog, tajuk blog. Saya tahu perniagaan ni memang menguntungkan. Saya akan tunggu pelancaran Ebook saudara.
- En. Munawar, anak saya sudah ada blog suka2 yg setiap hari dikunjungi rakan2nya. Traffic sehari dalam 20-30 pelawat,boleh tak blok ini digunakan utk iklan Google ads sedangkan saya lihat website tersebut sudah ada ads sponsor dr Google.
- Adakah saya boleh menghubungi anda sekiranya saya tidak faham tentang apa yang ditulis didalam e-book anda?
- Adakah saya dijamin mampu membuat laman web dengan bantuan e-book anda dan seterusnya mendapat duit melalui Google adsense ini sekiranya saya tidak tau apa-apa mengenai internet?
- Ebook yang akan dilancarkan free atau berbayar?
- Sekali lagi saya bertanya bagaimanakah caranya saya boleh join dengan saudara.
- Saya memang tak berapa faham mengenai Adsense ini, jadi..saya encik Nawar akan tetap memberi tunjuk ajar kepada saya.
- Adakah nanti buku e-book itu di serta cara step by step?
- Ya salam nawar,saya sebenar nya tak sabar menunggu pelancaran E-Book anda. Saya suka cara anda mengedalikan website anda, teratur, ada security setanding dengan IM antarabangsa. Syabas nawar, anda telah berjaya, saya doakan anda berjaya dialam target millionaire nanti. Satu soalan, bagaimana memilih nama domain yg baik dan juga hosting dan bagaimana nak upload website yang dah siap.Saya ada banyak soalan, apabila membaca e-book awak nanti.
- Berapa harga ebook saudara? Boleh saya tahu berapa harga buku e-book itu nanti?
- Saya sangat berminat untuk mendapatkan ebook tuan dan fokus saya ialah trafik. Saya ingin tahu apakah strategi trafik yang tuan ajarkan dalam ebook tersebut? Search engine, forum, video marketing, artikel submission, social networking, blog networking, directory, link exchange, PPC atau apa?
- Saya cuma ingin bertanya, adakah saya perlu menghadiri kursus sebelum saya mendaftar untuk program Goole Adsense ini. Sebab saya tidak ada masa untuk pergi menghadiri kursus ini. Untuk pengetahuan, saya sekarang student uitm dalam tahun akhir dan sibuk dengan final projek. Harap dapat terangkan kemusykilan ini dan bila saya dapat daftar program ini.
- Bagaimanakah cek yang diterima nanti untuk dibank-in di Local bank dinegara kita kerana matwang mereka menggunakan dollar sedangkan kita RM.
- Apakah bukti kesahihan check yang dikirimkan, kerana ada setengah pendapat mengatakan selalunya tertipu cek dari luar negara.
- Saya amat amat amat amat tertarik dengan yang Munawar paparkan. Saya tak pernah pergi mana kelas untuk buat Adsense cuma saya beli ebook yang dibuat oleh produk X sebagai panduan saya. Saya banyak mencuba tapi gagal. En munawar boleh lihat blog saya. Minta En.Mmunawar komen dan nasihat yang sepatutnya untuk menjana wang dengan adsense.
- Saya hanya hendak tahu, BENAR kah saya akan menerima 'ebook' dan bonus percuma daripada pihak tuan nawar? dan bagaimana saya akan mendapatkannya?
- Bolehkah saya menggunakan ketiga-tiga jenis ads (content, search & referral) di dalam satu blog yang sama?
- Katakan saya membuat website mengenai hotel, bagaimana saya nak memastikan Google ads saya juga berkaitan dengan hotel dan tidak keluar dari topik?
- Berapa lamakah jangka masa untuk saya menerima produk ebook Pakej JWA ini?
- Bagaimanakah produk dihantar?
- Saya berminat dengan produk anda, tetapi saya ingin berjumpa dengan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan berkenalan dengan anda.
- Adakah saya perlu membelanjakan lain-lain modal tambahan selain ebook ini untuk mempraktikan tutorial yang diajar?
- Adakah pihak anda menawarkan Jaminan Pulangan Wang?
- Saya merupakan pembeli lama Pakej JWAv1/1.1, adakah Pakej JWAv2.0 ini percuma kepada saya?
- Bolehkah saya menjual semua ebook Pakej JWA ini selepas buat pembelian?
- Bolehkah saya memiliki buku Jana Wang AdSense ini dari kedai berhampiran?
- Bagaimana jika saya tidak menerima produk selepas 48 Jam membuat bayaran?
- Adakah saya perlu memohon Akaun Google Adsense baru untuk setiap Blog yang saya bina.
- Adakah saya perlu mendaftar Akaun Blogger baru untuk membina Blog yang berlainan topik.

Adakah perniagaan ini halal di sisi syarak dan tidak bertentangan dengan syarak? contohnya MLM
Pertama sekali Google Adsense bukan MLM system. Google adsense adalah lebih berkonsepkan "ruangan iklan" ataupun "advertising space" dimana blog ataupun website anda akan memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan topik anda. Berkenaan dengan topik, Google tidak membenarkan topik-topik berkenaan dengan drug, sex, pornopgraphy, mature content, weapon, tobacco, liquor dan sebagainya dari menyertai Google Adsense.
Sites displaying Google ads may not include:
Violent content, racial intolerance, or advocacy against any individual, group, or organization
Pornography, adult, or mature content
Hacking/cracking content
Illicit drugs and drug paraphernalia
Excessive profanity
Gambling or casino-related content
Content regarding programs which compensate users for clicking on ads or offers, performing searches, surfing websites, or reading emails
Excessive, repetitive, or irrelevant keywords in the content or code of web pages
Deceptive or manipulative content or construction to improve your site's search engine ranking, e.g., your site's PageRank
Sales or promotion of weapons or ammunition (e.g., firearms, fighting knives, stun guns)
Sales or promotion of beer or hard alcohol
Sales or promotion of tobacco or tobacco-related products
Sales or promotion of prescription drugs
Sales or promotion of products that are replicas or imitations of designer goods
Sales or distribution of term papers or student essays
Any other content that is illegal, promotes illegal activity, or infringes on the legal rights of others
Back to Top

Saya berminat untuk menyertai kelas Google Adsense yg di anjurkan oleh En. Nawar. Saya ingin mengetahui bilakah tarikh kelas diadakan dan berapakah bayaran bagi kelas tersebut.
Saya meminta maaf kerana menangguhkan bengkel saya buat sementara waktu kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelancaran Pakej JWA versi 2.0. Ini adalah kerana saya ingin memberikan yang terbaik didalam Ebook tersebut. Bengkel yang seterusnya saya akan dimaklumkan pada bulan Jun 2008 nanti. Sila lihat pautan dibawah untuk mendapatkan tarikh terkini Bengkel Google Adsense.
http://www.Jana-Wang-Adsense.com/bengkel.php
Back to Top

Saya langsung tidak tahu membuat laman web. Bolehkah saya menyertai Google Adsense program?
Boleh, anda boleh menyertai Google Adsense program walaupun anda tidak tahu satu pun HTML programming kod. Saya akan menunjukan anda cara menggunakan blog untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense.
Back to Top

Adakah kandungan dalam ebook sama dengan apa yang diajar di bengkel dan praktikkannya?
Kandungan ebook adalah sama dengan apa yang diajar ketika bengkel bahkan mempunyai lebih banyak teknik terbaru.
Back to Top

Memandangkan saya baru dalam bidang computer ini saya tidak faham dengan perkataan download dan apa yang di maksudkan dengan muat turun didalam internet ini, besarlah harapan saya jika dapat menerangkan satu persatu apa maksud di sebalik kata-kata yang saya sebutkan di atas tadi.
Download dan muat turun mempunyai maksud yang sama iaitu memindahkan sesuatu file dari internet ke komputer anda.
Back to Top

Adakah saya perlu bina website sendiri?
Ya, anda mesti mempunyai website sendiri kerana anda tidak boleh meletakan Google Adsense kod anda dilaman web orang lain. Ebook saya akan menunjukan anda langkah demi langkah bagaimana membina laman web menggunakan blog dengan mudah dan pantas tanpa pengetahuan html.
Back to Top

Bagaimanakah saya nak link kan dengan Google?
Ianya akan secara automatik link ke Google apabila anda meletakan Kod Google Adsense di blog anda. Ebook saya akan menunjukan akan tips yang mudah untuk mendapatkan approval dari Google Inc dalam masa 24 Jam.
Back to Top

Perlukah saya bayar sewa kat Google Server?
Tidak ada apa-apa bayaran yang perlu dijelaskan kepada Google.
Back to Top

Saya harap En.Nawar dapat menerangkan & jelaskan program ini sebab saya ada join online sistem tetapi tidak dapat penjelasan sepenuhnya, selepas saya buat pembayaran banyak lagi saya kene buat pembayaran & sistem tersebut beri saya laman web sendiri & kena promosi sendiri baru income masuk sedangkan saya dah beritahu saya kurang dlm sistem IT saya sangat-sangat perlukan pendapatan sampingan diharap En. Munawar dpt membantu.
Pertamanya saya tidak mengetahui system apa yang dimaksudkan oleh anda. Didalam internet business ianya terdapat banyak jenis perniagaan, contoh secara umum adalah seperti berikut:
1. Online Network Marketing
2. Affiliate Marketing
3. Own Product/Services Selling
4. Forex - Currency Exchange
5. Publishing Business
Program Google Adsense adalah dalam kategori "Publishing Business", sila rujuk video yang menerangkan secara ringkas apa kah dia Google Adsense. Secara ringkasnya anda tidak perlu menunggu seseorang itu membeli product/services dari anda tetapi hanya cukup dengan mereka mengklik iklan yang berada di blog anda untuk anda menjana pendapatan melalui Google Adsense. Ebook saya akan menerangkan dengan lebih jelas tentang Google Adsense dan cara untuk mendapatkan traffic ke blog anda.
Back to Top

Saya dah banyak kali mencuba tapi tak ada hasil, maklumlah saya tak berapa reti dengan bahasa english ni. Saya harap tuan dapat beri tunjuk ajar kepada saya. Saya pun nak hidup senang macam orang lain dan kalau boleh nak sambung belajar balik. Itu lah saya perlukan duit. Saya dah lama tahu pasal Google Adsense ni.
Yang pastinya saya tidak mengetahui bagaimana anda memulakan Google Adsense program ini. Kesalahan yang besar adalah tidak membuat "keyword" atau "niche market" research. Saya pernah secara personal berjumpa dengan orang yang telah membuat Usd $1 juta melalui "Publishing Business" ini walaupun tidak mengetahui bahasa English dan saya membayar RM990 untuk belajar daripada beliau. Ebook saya akan menunjukan anda menjana pendapatan Google Adsense walaupun tidak mengetahui bahasa English.
Back to Top

Adakah pendapatan yang diperolehi dari internet dikecualikan dari cukai ? (income tax).
Ehem... ehem. Saya mencadangkan anda bertanya kepada accountant anda bagaimana cara mengelakkannya :-)
Back to Top

Selain dari pendapatan adsense, workshop, adakah cara lain untuk menjana pendapatan yang stable dari internet ?
Banyak, dan yang paling penting adalah "Niche Market", dapatkan niche market anda dan kuasainya. Begitu juga dengan Google Adsense, low paying keyword lebih stable dari high paying keyword kerana kurangnya persaingan. Ebook saya akan membantu anda mencari niche market.
Back to Top

Biasanya berapa website/blog yang perlu dibina untuk manjana pendapatan yang tetap, katakan RM3000 - RM5000 sebulan. Berapa akaun adsense yang perlu saya pohon ?
Katakan anda mempunyai "niche market" atau keyword yang mempunyai 10,000 pencarian sebulan dan anda hanya dapat 50% daripada traffic tersebut sebulan dengan purata CPC (cost per click) sebanyak $o.50 cent per klik dan CTR anda adalah 30%... anda boleh buat perkiraan. Maknanya ia bergantung kepada Niche market. Satu akaun Google Adsense sudah mencukupi.
Back to Top

Bagaimana Google membayar kepada publisher?
Google Inc membayar menggunakan check (sila lihat di laman web saya untuk melihat contoh check) dan juga Western Union apabila pendapatan anda mencecah usd $100 untuk bulan itu
Back to Top

Bagaimana untuk mengeluarkan duit tersebut.
Anda perlu mendepositkan check tersebut di Bank tempatan atau guna Western Union di Pejabat Pos..
Back to Top

Adakah saya akan diberikan tools dan software apabila membeli Pakej ini.
Ya, anda akan diberikan tools dan software secara percuma dan bonus tambahan menarik apabila anda mendapatkan ebook ini pada Selasa, 27hb Mei 2008.
Back to Top

Bolehkah sekiranya kita sendiri yang CLICK Iklan yang kita bina di Google Adsense ini?
Tidak boleh, anda tidak dibenarkan untuk mengklik iklan anda sendiri dan juga menyuruh rakan-rakan anda mengklik iklan anda. Ianya adalah satu kesalahan atau penipuan kerana melanggar terma dan syarat Google dan juga etika kita sebagai orang yang beragama.
Back to Top

Saya ingin bertanya adakah program ini memerlukan modal yang banyak?
Anda boleh memulakan Google Adsense ini tanpa modal, maksud saya modal kewangan, tetapi anda memerlukan modal masa dan usaha anda.
Back to Top

Saya berharap En.Nawar dapat membantu saya melalui Jana Wang Adsence ini kerana ekonomi saya tidak stabil.
InsyAllah, Saya cuba sebaik yang mungkin untuk membantu anda menjana pendapatan tambahan melalui Pakej yang akan saya lancarkan pada Selasa, 27hb Mei 2008 nanti.
Back to Top

Apakah yang dimaksudkan dengan unique visitors?
Unique visitor adalah pengunjung yang berlainan datang ke laman web atau blog anda. Kalau pengunjung A yang sama datang kelaman web anda sebanyak 10 kali ia dikira satu unique visitor. Kalau pengunjung yang berlainan contohnya A, B, C, D dan E datang ke laman blog anda, ianya 5 unique visitors.
Back to Top

Apakah yang dimaksudkan dengan low @ high paying keyword
Low paying keyword adalah keyword yang harga perklik adalah murah 0.10, 0.50 cent. High paying keyword adalah keyword yang harga perklik adalah mahal usd $60 perklik, $5 perklik dan sebagainya. Dapatkan keyword percuma dari saya apabila anda mendapatkan ebook saya nanti.
Back to Top

ko jgn nk menipu org la..... intenet cash bkn btol sgt... nnti,ble ko dh mkn n dpt smue duit tu,pastu ko tpu org lain... ko org melayu...jgn la nk mkn duit haram plak...xberkat dowh... duit xkn mudah dpt if xd usaha n kerja... org bodoh je,yg ckp pejam mate,lepas bgn trus dlm maybank ad org transfer duit...ko pn bodoh gak... pk2la... tuhan anugerahkn otak...
Saya sangat berharap anda sebenarnya tersalah hantar email kepada saya. Kalau benar ianya ditujukan kepada saya, saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan peringatan dan nasihat yang berguna kepada saya.
Back to Top

Terima kasih di atas email yang tuan hantar kepada saya. Saya merasakan bahawa tuan bukan sahaja kaya dengan duit malah tuan kaya hati. Ikhlas memberi tunjuk ajar ke arah pendapatan yang walaupun sedikit tapi akhirnya dengan berkat kesabaran menjadi lumayan. Tuan mahukan kalau boleh ramai orang menikmati apa yang tuan rasakan.
Saya amat berminat untuk mengikuti program Google Adsense ini dan kalau tidak menjadi masalah boleh tak tuan beri tunjuk ajar kepada saya dari masa ke semasa agar dapat menambah pendapatan cara ini. Sebenarnya buat masa ini saya amat memerlukan sumber kewangan yang stabil dan berpanjangan demi anak-anak saya yang ramai. Tindakan tuan ini sangat saya hargai kerana saya amat menanti-nantikan kursus dari tuan sedangkan pada masa yang sama saya sukar berpeluang untuk pergi kursus pada hari minggu. Banyak perkara perlu saya belajar dari tuan. Adakah saya perlu buat laman web saya sendiri?
Ebook yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan apa yang terhasil. Ebook ini bukan "Magic Pill" tetapi kalau anda meletakkan usaha, insyAllah anda juga mampu menjana pendapatan melalui Google Adsense ini. Ya, anda perlu mempunyai laman web atau blog sendiri. InsyAllah ianya akan ditunjukan didalam ebook saya nanti.
Back to Top

Saya tidak mempunyai produk untuk diiklankan,apa yang saya boleh buat?
Ya boleh, anda tidak memerlukan produk untuk membuat program Adsense. Anda hanya menyediakan maklumat di blog anda. Saya akan tunjukkan anda bagaimana mendapatkan maklumat tersebut dengan percuma.
Back to Top

Sukacita saya ingin bertanya berkenaan pembinaan webpage/blog yang dimestikan jika menyertai Google adsense. Apakah topic yg sesuai yg elok dipaparkan di dalam website/blog berkenaan dan adakah kena diupdate di situ setiap hari, maksud saya kena menulis setiap hari berkenaan berita/perkembangan terkini. Saya tak pandai nak buat website/blog ni, saya bukan bidang IT. Ataupun boleh dibuat benda lain selain webpage/blog di dalam internet untuk menyertai bidang adsense atau ada kah juga cara lain yang sesuai.
Ada kawan kata traffic susah nak tangkap website/blog kita dan pengunjung tak masuk, cara mana nak tarik ramai orang masuk? Saya sebenarnya memang berminat sangat nak mencuba dan menceburi bidang ini tapi tak pandai dari mana nak mula, tolong lah Encik Nawar tunjukkan saya bagaimana caranya terima kasih.
Saya tidak dapat nak menulis jawapan secara detailnya disini kerana ianya akan menjadi terlalu panjang. Topik yang terbaik adalah topik yang tidak banyak persaingannya. Katakan anda membuat satu topik diblog anda yang tidak ada website atau blog lain yang membuatnya, dan ada 10,000 pencarian di enjin pencari mencari topik tersebut, maka apa yang akan berlaku ialah 10,000 traffic ini akan pergi ke blog anda. Tetapi kalau anda membuat topik diblog anda yang tidak ada langsung orang mencari maklumat tersebut, anda tidak akan dapat traffic. Jadi buatlah topik yang kurang persaingannya. Chapter yang awal diblog saya adalah mengenai keyword research. Sangat penting mengetahui demand dan supply sesuatu keyword.
Back to Top

Bagaimana untuk copy paste ke dalam web saya dan web2 yg lain code adsense pada html code web tersebut.
Sila rujuk ke dalam 6 Modul Adsense Percuma yang anda terima dari saya apablia anda subscribe ke mailing list Jana Wang Adsense . Dan saya akan memberikan anda kode yang akan mendapatkan ~ 30% CTR untuk diletakan diblog anda pada Pakej JWA v2.0.
Back to Top

Saya berminat tentang Google adsense ni tetapi saya tak berapa faham. Harap tuan dapat jelaskan dgn lanjut.
Sila rujuk 6 Modul Adsense Percuma yang saya berikan ketika anda subscribe ke laman web Jana Wang Adsense.
Back to Top

Adakah kita mesti ada web site perniagaan sendiri baru nak menyertai program ini?
Ya, anda perlu mempunyai laman web atau blog tetapi tidak semestinya web site perniagaan. Ebook saya akan menunjukan bagaimana membina laman web menggunakan blog dengan mudah dan pantas.
Back to Top

Produk apa yang kita niagakan apabila kita menyertai program ini?
Kita tidak meniagakan atau menjual produk, kita hanya mengambil komisyen hasil dari klik yang dilakukan di iklan yang berada diblog kita. Iklan tersebut bergantung kepada niche market atau topik blog yang anda bina. 500,000 unik pencarian sehari di dalam enjin pencari. Bayangkan anda boleh buat bermacam-macam topik.
Back to Top

Sekiranya saya mempunyai website perniagaan sendiri adakah program ini dapat membantu.
Ya, ia akan membantu anda.
Back to Top

Saya orang luar, adakah saya boleh menyertai perniagaan ini? Saya rang bijak dalam internet, apakah saya boleh berjaya jika saya mengikutinya?
Google Adsense adalah world wide untuk semua negara. Ya anda boleh menjana pendapatan melalui Google Adsense walaupun kurang bijak dalam internet asalkan anda sanggup berusaha untuk belajar dan buat.
Back to Top

Macam mana nak dapatkan ebook saudara dan berapa harga?
Dapatkan ebook saya di www.Jana-Wang-Adsense.Com pada tarikh pelancaran iaitu Selasa, 27hb Mei 2008.
Back to Top

Saya telah banyak mengikuti peluang2 menjana pendapatan diinternet. Tapi semuanya tanpa hasil. Saya nak tanya En nawar bagaimana untuk seseorang itu boleh mendapat hasil yang diharapkan atau perlukah ia menguasai dulu bidang IT barulah boleh mencari sumber pendapatan di Internet.
Pertama sekali anda perlu mengkaji sama ada perniagaan internet yang hendak kita ceburi ini adalah sah dari segi undang-undang dan bukannya money games, skim cepat kaya dan taja-menaja.
Keduanya kita perlu mengetahui bagaimana perniagaan itu berjalan. Adakah ianya menjual produk secara online atau anda mengambil komisyen hasil dari menjual produk orang lain secara online atau hanya permainan duit, surat berantai, pelabuaran duit online dan sebagainya.
Ketiga, lihat backgroud company tersebut, support mereka, pembayaran komisyen yang dijanjikan, berapa lama company tersebut. Kalau anda ingin lebih selamat adalah dengan membuat produk sendiri dan pasarkan secara online.
Internet marketing adalah berkenaan dengan bagaimana anda mampu menyediakan penyelesain masalah kepada sesuatu market tersebut. Ada market yang anda boleh targetkan dimana mereka mencari bagaimana nak menyelesaikan masalah perbelanjaan penggunaan eletrik yang banyak setiap bulan. Kalau anda ada produk yang dapat membantu mereka mengurangkan penggunaan eletrik sebanyak 30% tidakah ini membantu mereka? pastinya mereka akan membeli product anda... sebagai contoh sahaja.
Akhir sekali, bagaimana kaedah pemasaran internet yang anda lakukan? Ya, anda perlu belajar tentang internet marketing supaya dapat memasarkan produk anda. Kalau anda mempunyai produk yang bagus tetapi lemah dalam pemasaran internet (Internet marketing). Ianya tidak akan menghasilkan pendapatan yang anda harapkan. Internet marketing sangat luas dan ianya adalah teras perniagaan internet anda.
Back to Top

Apabila membaca, melihat bukti-bukti pendapatan, dan janji-jani yang menakjubkan; sangat meyakinkan. Atas keyakinan itu saya cuba-cuba melibatkan diri dalam niaga internet. Hasil apapun tiada, apabila dihubungi tiada jawapan. Contoh program tukar duit dengan survey dan perigi duit. Bagi saya suatu penipuan menjana pendapatan melalui wang orang lain. Kejadian seperti ini meragui saya, sukar mempercayai kejujuran manusia maya. namun saya tetap mencari niaga internet yang benar-benar jujur.
Saya tidak berhak memberi komen tentang peluang pendapatan internet yang anda telah jalankan sebelum ini. walaubagaimanapun saya dan keluarga mendoakan anda menemui perniagaan internet yang anda impikan dan berjaya menjana pendapatan melalui perniagaan internet anda. Sekiranya ingin bertanya sila hubungi saya dibahagian Ruangan Bantuan saya. Berikan saya sedikit masa untuk menjawap soalan anda.
Back to Top

Sebenarnya saya berminat dengan adsense ni, tapi tiada idea untuk membuat blog, tajuk blog. Saya tahu perniagaan ini memang menguntungkan. Saya akan tunggu pelancaran Ebook saudara.
Terima kasih kerana berminat dengan ebook saya.
Back to Top

En. Munawar, anak saya sudah ada blog suka-suka yang setiap hari dikunjungi rakan-rakan nya. Traffic sehari dalam 20-30 pelawat, boleh tak blog ini digunakan untuk iklan Google Ads sedangkan saya lihat website tersebut sudah ada Ads sponsor dr Google.
Boleh, anak anda sudah ada kominiti nya sendiri, gunakan existing traffic untuk generate income tambahan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekiranya laman web tersebut sudah ada Google Ads itu bermakna and tidak boleh meletakkan Google Ads anda disitu. Buat blog yang lain dan dapatkan trafik dari blog yang sedia ada ke blog yang baru.
Back to Top

Adakah saya boleh menghubungi anda sekiranya saya tidak faham tentang apa yang ditulis didalam e-book anda?
Ya, anda boleh menghubungi saya melalui Ruangan Bantuan
Back to Top

Adakah saya dijamin mampu membuat laman web dengan bantuan e-book anda dan seterusnya mendapat duit melalui Google adsense ini sekiranya saya tidak tahu apa-apa mengenai internet?
InsyAllah, anda diberi jaminan mampu membina lama web menggunakan blog walaupun anda tidak mengetahui internet sekiranya anda mengikuti langkah yang diberikan TETAPI saya tidak menjamin anda secara individual dapat menjana pendapatan dari Adsense kerana saya tidak tahu kemampuan anda. Minta maaf kerana tidak memberikan anda kata-kata manis.
Back to Top

Ebook yang akan dilancarkan free atau berbayar?
Berbayar, InsyAllah anda mampu miliki.
Back to Top

Sekali lagi saya bertanya bagaimanakah caranya saya boleh join dengan saudara.
Anda tidak perlu join saya kerana ini bukan program tajaan, MLM atau networking. Anda hanya perlu join Google Adsense Program. Dapatkan 6 Modul Adsense percuma untuk memulakanya dan kemudian untuk menambahkan trafik ke laman blog anda dapatkan Pakej JWA versi2.0 yang akan dilancarkan pada Selasa, 27hb Mei 2008 dan beri peluang pada diri anda untuk memahaminya dan ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk menjana pendapatan dari Google Adsense.
Back to Top

Saya memang tak berapa faham mengenai Adsense ini, jadi saya harap Encik Nawar akan tetap memberi tunjuk ajar kpd saya.
InsyAllah, dapatkanlah ebook saya nanti untuk pemahaman yang lebih lanjut. Sekiranya ada masalah, sila berhubung dengan saya melalui Ruangan Bantuan yang diberikan.
Back to Top

Adakah nanti PAkej JWAitu di sertakan cara step by step?
Ya, Pakej saya akan mengandugi langkah demi langkah secara bergambar dan mudah untuk di ikuti.
Back to Top

Ya salam nawar,saya sebenar nya tak sabar menunggu pelancaran E-Book anda. Saya suka cara anda mengedalikan website anda, teratur, ada security setanding dengan IM antarabangsa. Syabas nawar, anda telah berjaya, saya doakan anda berjaya dalam target millionaire nanti. Satu soalan, bagaimana memilih nama domain yang baik dan juga hosting dan bagaimana nak upload website yang dah siap. Saya ada banyak soalan, apabila membaca e-book awak nanti.
Pemilihan nama domain memainkan peranan yang penting bagi perniagaan internet anda dari segi enjin pencari dan juga "first impression " prospect anda. Secara asasnya nama domain seharusnya bertemakan topik website atau blog anda. Anda akan mendapatkan langkah tersebut didalam ebook saya nanti.
Back to Top

Berapa harga ebook saudara? Boleh saya tahu berapa harga buku e-book itu nanti?
Saya akan maklumkan harga ebook saya dalam masa terdekat, saya sedang meminta beberapa internet marketer untuk review ebook saya dan cadangan harga. Saya yakin ianya mampu dimiliki oleh anda. Bahkan saya akan mengadakan harga promosi untuk mereka yang terawal. Sila periksa email saya dan pastikan and mendapatkanya pada 27hb Mei 2008 nanti.
Back to Top

Saya sangat berminat untuk mendapatkan ebook tuan dan fokus saya ialah trafik. Saya ingin tahu apakah strategi trafik yang tuan ajarkan dalam ebook tersebut? Search engine, forum, video marketing, artikel submission, social networking, blog networking, directory, link exchange, PPC atau apa?
Saya harap tuan tidak keberatan memberitahu strateginya. Cukuplah sekadar nama, tak perlu terangkan secara detail. Saya pasti beli ebook tuan jika strategi trafiknya berkesan.
Jawapan: Konsepnya adalah seperti berikut:-
- Niche Market - High Demand/Low Supply
- Site Creation - On-site Optimization
- STRONG Backlink - (Off-site Optimization) Sebahagian teknik adalah seperti yang telah anda sebutkan kecuali PPC.
Kepada yang baru jangan risau dengan term-term yang disebutkan diatas kerana ia akan diterangkan dengan jelas di ebook saya.
Back to Top

Saya cuma ingin bertanya, adakah saya perlu menghadiri kursus sebelum saya mendaftar untuk program Goole Adsense ini. Sebab saya tidak ada masa untuk pergi menghadiri kursus ini. Untuk pengetahuan, saya sekarang student uitm dalam tahun akhir dan sibuk dengan final projek..harap dapat terangkan kemusykilan ini dan bila saya dapat daftar program ini.
Anda tidak perlu menghadiri ke bengkel adsense saya untuk menyertai Google Adsense program. Anda boleh menyertai Google Adsense program pada bila-bila masa yang anda suka. Sila memohon Google AdSense anda di pautan yang diberikan dibawah:-
http://www.Google.com/adsense
Back to Top

Bagaimanakah cek yang diterima nanti untuk dibank-in di Local bank dinegara kita kerana matwang mereka menggunakan dollar sedangkan kita RM.
Pihak local bank akan kategorikan check anda sebagai "Check Luar Negara", check tersebut akan dihantar semula oleh pihak local bank ke bank yang berkenaan untuk mengclearkannya. Saya mencadangkan anda bertanya kepada pihak local bank yang berdekatan berkenaan dengan process check luar negara sekiranya ingin mahukan penjelasan secara terperinci.
Back to Top

Apakah bukti kesahihan check yang dikirimkan, kerana ada setengah pendapat mengatakan selalunya tertipu cek dari luar negara.
Check anda dikeluarkan oleh pihak Google Inc, syarikat yang telah lama establish dan beroperasi serta diketahui ramai. Mereka sangat menjaga reputasi dan transaction perniagaan mereka. Kalau Google membayar anda dengan check palsu anda boleh menyaman Google. Setakat ini saya tak pernah mendapat check palsu dari Google Inc.
Malumat Google: http://en.wikipedia.org/wiki/Google
Back to Top

Saya amat amat amat amat tertarik dengan yang en Munawar paparkan. Saya tak pernah pergi mana kelas untuk buat Adsense cuma saya beli ebook yang dibuat oleh Produk X sebagai panduan saya. Saya banyak mencuba tapi gagal. En munawar boleh lihat blog saya. Minta En.Munawar komen dan nasihat yang sepatutnya untuk menjana wang dengan adsense.
Mengikut pengalaman saya, kesalahan pertama mereka yang buat Google Adsense adalah tidak membuat "keyword research". Blog anda adalah mengenai "Nasyid Malaysia". Ianya mempunyai kurang dari 80 pencarian sebulan di internet, mempunyai 204,000 persaingan pages dan yang tak bagusnya tidak ada langsung advertiser yang bid keyword "nasyid Malaysia" untuk mengiklankan product mereka. Jadi disini bagaimana anda hendak menjana pendapatan melalui Google Adsense?. Bila tidak ada advertiser, Google akan mengeluarkan PSA (Public Service Ads) di blog anda yang tidak ada nilai perklik, pengunjung blog anda pun tidak akan klik. Kalau pun keluar Iklan diblog anda, ianya tidak ada kaitan dengan "Nasyid Malaysia" maka tidak akan ada sesiapa yang akan klik. Tahniah dan bagus kerana mencuba, saya cadangkan anda membuat perkara yang paling asas iaitu keyword research. Ebook saya akan menunjukan anda bagaimana melakukan keyword research.
Back to Top

Saya hanya hendak tahu, BENAR kah saya akan terima 'ebook' dan bonus percuma daripada pihak tuan nawar? dan bagaimana saya akan MENDAPATKANNYA?
Ebook Adsense yang akan saya lancarkan pada Selasa, 27hb Mei 2008 tidak PERCUMA. Apa yang percuma adalah "6 Modul AdSense " saya yang anda akan terima di email anda setelah anda memasukkan nama dan email anda di laman web www.Jana-Wang-Adsense.Com dan apabila anda telah mengesahkan email anda. Untuk mendapatkan ebook yang akan saya lancarkan pada Selasa, 27hb Mei 2008 nanti, anda perlu pergi ke laman web www.Jana-Wang-Adsense.Com pada tarikh yang saya sebutkan tadi. Jadilah orang yang terawal mendapatkanya!
Back to Top

Bolehkah saya menggunakan ketiga tiga jenis ad(content,search & referral) di dalam 1 blog yang sama?
Jawapan: Boleh, tidak ada masalah.
Back to Top

Katakan saya membuat web mengenai hotel, bagaimana saya nak memastikan Google ad saya juga berkaitan dengan hotel dan tidak keluar dari topik?
Pertamanya, sila pastikan ada advertiser yang bid keyword hotel. Kedua, anda perlu optimisekan blog anda. Secara detailnya ada diterangkan didalam ebook saya. Kalau anda mensasarkan traffic dari enjin pencari, anda perlu revise keyword anda kerana keyword "Hotel" terlalu broad atau general.
Back to Top

Bagaimana jika saya tidak menerima produk selepas 48 Jam membuat bayaran?
Jika selepas tempoh 48 Jam anda masih lagi tidak menerima sebarang berita daripada pihak kami, sila hubungi kami menerusi :
Ruangan Bantuan : http://support.Jana-Wang-AdSense.com
atau
Email Bantuan : support[at]jana-wang-adsense.com
*Gantikan [at] kepada @
*Pastikan anda tidak lupa mengisikan borang tempahan bagi melancarkan proses penghantaran produk
Back to Top

Bolehkah saya memiliki buku Pakej JWAv2.0 ini dari kedai berhampiran?
Buku Pakej Jana Wang AdSense ini adalah dalam bentuk DIGITAL yang dikenali sebagai ebook (Electronic Book). Ianya bukan dalam bentuk fizikal seperti buku - buku biasa. Oleh itu, sudah pasti anda tidak akan menjumpainya dari mana - mana kedai berhampiran anda.
Back to Top

Bolehkah saya menjual semua ebook Pakej JWA selepas buat pembelian?
Tidak sama sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Ebook ini mempunyai Hak Cipta Terpelihara yang hanya sah dibekalkan oleh pihak kami sahaja. Sila rujuk syarat dan terma kami.
Back to Top

Saya merupakan pembeli lama Pakej JWAv1/1.1, adakah Pakej JWAv2.0 ini percuma kepada saya?
Ya!, Pakej JWAv2.0 adalah PERCUMA kepada semua pembeli Pakej JWAv1/1.1
Back to Top

Bagaimana jika saya menghadapi masalah untuk membuka ebook ini?
Sebarang masalah yang anda hadapi sewaktu download atau membuka ebook ini, silalah hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut menerusi http://support.Jana-Wang-Adsense.oom
Nyatakan masalah anda secara terperinci agar bantuan dapat diberikan dengan lancar dan mudah.
Back to Top

Adakah pihak anda menawarkan Jaminan Pulangan Wang?
Ya, pihak kami menawarkan jaminan pulangan wang dalam tempoh 30 hari selepas bayaran untuk Pakej JWA versi2.0.
Sebarang permintaan jaminan pulangan wang haruslah disertakan butiran tentang masalah yang dihadapi dengan lengkap serta sebab - sebab kukuh permintaan. Tempoh proses ini dilaksanakan akan mengambil masa sehingga 2 minggu.
Back to Top

Adakah saya perlu membelanjakan lain-lain modal tambahan selain Pakej ini untuk mempraktikkan tutorial yang diajar?
Ini bergantung kepada situasi anda. Antara modal tambahan lain yang diperlukan adalah :
1. Hosting (Linux Server)
2. Domain
Namun, modal itu tidaklah wajib kerana anda boleh memulakan strategi dan teknik yang diberikan tanpa Domain dan Hosting.
Back to Top

Apakah jaminan pihak anda bahawa saya boleh menggunakan Panduan ini? Bagaimana jika saya menghadapi sebarang masalah sewaktu proses pembelajaran?
Ebook JWA disediakan dengan mengandungi panduan langkah demi langkah tutorial bergambar.
Sebarang masalah sewaktu proses pembelajaran, bakal pembeli boleh merujuk ke ruangan FORUM KHAS yang akan membincangkan aspek - aspek teknikal tutorial.
Back to Top

Saya berminat dengan produk anda, tetapi saya ingin berjumpa dengan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan berkenalan dengan anda.
Secara umumnya, saya menjalankan aktiviti perniagaan menerusi internet. Maka untuk perjumpaan, temu janji boleh dilakukan HANYA JIKA anda hadir dan datang ke kawasan saya beroperasi atau jika saya ada melakukan Bengkel AdSense.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk, sila ke halaman utama untuk penerangan selengkapnya atau hubungi saya menerusi Ruangan Bantuan.
Untuk berkenalan dan mendapatkan informasi berkaitan diri saya, silalah ke Ruangan Blog harian saya. Di sana kita boleh berkenalan dan bertukar-tukar pandangan.
Back to Top

Bagaimanakah produk dihantar?
Pakej JWA adalah merupakan produk ebook (electronic book) yang bermaksud produk digital dan bukan merupakan buku cetakan.
Penghantaran produk adalah mengikut :
Link download
Selepas bayaran disemak, link download produk akan dikirimkan menerusi email yang anda masukkan pada borang tempahan yang disediakan. Oleh itu, pastikan segala butiran yang diisi pada borang adalah tepat dan benar.
Pos Express (BELUM DISEDIAKAN)
Back to Top

Berapa lamakah jangka masa untuk saya menerima produk ebook Pakej JWA ini?
Kami akan menyemak dan mengesahkan butiran bayaran yang anda kirimkan terlebih dahulu sebelum ebook dihantar. Tempoh masa adalah :
Link download akan dikirimkan dalam jangka masa 24 jam atau selewat - lewatnya 48 jam dari tempoh borang pengesahan anda dikirimkan.
Back to Top

Halaman Utama :: Tempahan Pakej :: Terma & Syarat :: Support :: Bengkel :: FAQ :: Blog
Jana Wang Adsense Team
Section 4, Taman Prima Saujana
43000, Kajang, Selangor
Malaysia
Hak Cipta Terpelihara © 2007-2008 oleh Jana-Wang-Adsense.com
