May 28, 2008
Sale Pakej JWA Ditutup! ….Pemberitahuan Masalah Download Link!
Assalamualaikum & Salamsejahtera,
Re: update Server down!
Saya ingin berkongsi apa yang berlaku semalam mengenai Web Server saya down disebabkan script DLGuard yang handle semua download link Pakej JWAv2.0 crash! tak boleh handle order yang terlalu banyak.
Saya tak expect order datang sebanyak itu. Ini jumlah hits yang saya terima semalam dalam beberapa jam.

Saya tak pasti kenapa tetapi Server down dalam 20 minit disebabkan oleh banyak yang download file besar.
Kalau tak silap saya, semua downlink link diberi pada mula jam 1:45 pm dan download Pakej bermula jam tersebut daripada beratus-ratus pelanggan.
BANG! jam 2:45 saya mula terima call, pelanggan tidak boleh access server saya. (500 Internet Server error)
Dalam Jam 3:45 saya stopkan script download dan Server saya berfungsi semula Jam 4:05 petang.
Sekarang ini saya mempunyai teralu banyak queue untuk menghantar semua download link pelanggan, jadi saya membuat keputusan untuk STOP kan order buat masa sekarang sehingga saya dapat membantu semua pelanggan mendownload Pakej yang mereka beli.
Saya rasa saya perlu sempurna kan hak pelanggan saya terlebih dahulu.
Dengan ini saya mohon maaf dan akan buka semula jualan apabila masalah ini dapat diatasi.
Tunggu email dari saya untuk jualan yang seterusnya. Saya harap anda dapat bersabar.
Spread the Word!
Filed under Uncategorized by Nawar


































Comments on Sale Pakej JWA Ditutup! ….Pemberitahuan Masalah Download Link! »
saya baru hantar pengesahan pembayaran pagi tadi. malam tadi saya sudah cash deposit ke dlm acc en. nawar.
Salam, Kene ambil no ye nak dload
Takpe sabar, google tak pergi kemana
Saya pun pernah hadapi perkara yang lebih kurang sama. Saya pernah dapat lebih 200,000 page impression dalam satu hari (stats diambil dari google) untuk satu website saya. Sehinggakan website saya kene suspended oleh pihak pengurus server sebab terlalu banyak traffic dan memakan banyak sangat cpu process. Jalan penyelesaian, terpaksalah saya pindah ke server yang lebih besar dan mampu menerima tujahan pelawat yang banyak. Sekarang ni Alhamdulillah takde masalah.
Harap saya dapat download pakej JWA 2.0 hari ni
rasanya kena buat terima tempahan secara berperingkat-peringkat atau pun kena tambah bandwith lagi banyak ruang… atau mana2 cara laa yang boleh melancarkan proses download tersebut…
Alhamdulillah, rezeki en. Nawar melimpah ruah.. harap dapat saya baca dan praktikkan ape dah saya baca dari 7 chapter percuma en. Nawar. Harap2 yang saya bayar nih dapa menambah ilmu saya yang tak seberapa……
Saya tengah setup JV Manager, harap yang ni ok.
Saya tak rasa masalah server tetapi script DLGuard yang menyebabkan masalah pada server
Saya guna Resseller account…
Pelanggan.. Harap Bersabar ya..
Saya tengah buat ni..
cuma mau tanya… boleh tak beberapa web/blog di daftarkan pada satu akun adsense…? trima kasih….
Tahniah En. Munawar… Ini bermakna banyak kepercayaan terhadap ebook JWA dan teknik yang JWA kupaskan.
Saya baru sahaja download versi percuma JWA 2.0 ,bagi saya amat menarik .
Tahniah sekali lagi.
Tahniah buat anda en munawar. Keep up the good work.
@alya, satu akaun adsense boleh digunakan untuk lebih dari satu blog/web
Harap membantu
Encik nawar, saya rasa betul-betul teruja untuk mendapatkan JWA 2.0 kerana pagi semalam tak lama selepas pelancaran saya terus membuat pembayaran. Saya pun sudah beberapa kali membuka email (kat ofis) kerana sungguh tidak sabar menanti link untuk download.
Tahniah juga untuk En. Nawar atas sambutan yang amat menggalakkan
Tahniah en nawar atas pelancaran karya hebat
tak sabar tunggu download link
thanks in advance untuk teknik-teknik
Salam murah rezeki buat Anda Sdr. Nawar,
Saya juga telah buat pembayaran utk Pakej sdr tersebut, cuma menunggu Link Download sdr sahaja. Alhamdullillah berkat usaha murni Sdr utk membantu kami bagi semua meningkatkan Motivasi diri dgn terbitnya Pakej ini.
Kadang-kadang ada Hikmahnya disebalik kelewatan atau masalah ini berlaku.
Apakata jika saudara buat Promosi dgn menjual Pakej ini didalam bentuk PenDrive dan disamping itu sdr Nawar jadikannya sebagai 'Brand' perniagaan sdr. (Yang pasti Produk tersebut perlu ada sistem keselamatan daripada dicetak rompakkan…) Sekadar Cadangan sahaja.
Apapun saya masih tetap bersabar menunggu Link Pakej tersebut daripada sdr.
Akhir kata; Tahniah kerana menghasilkan sesuatu yg berguna buat panduan menjana pendptan melalui Google Adsense ini.
Wasalam.
Alamak, macam mana ni? Saya dah bayar pagi tadi, tp tak sempat nak isi borang pengesahan lagi pasal sibuk bekerja di pejabat tadi. Harap En. Munawar dapat selesaikan masalah ni dengan cepat..saya sedia menunggu!
@Melorhani
Kak Melordy ke?
Bagi saya testimonial akak yang dulu.. saya tgk blog yang setahun dulu masih kat posisi#4 Google.
Saya siap jadikan contoh pada student kat bengkel
Wan Wma,
Email kan pada saya untuk dapatkan link pengesahan pembayaran.
/munawar
Assalamaualaikum en. Nawar,
Lama bebenor teman menunggu ni. Mcm mana? Dah ok ke server? Bila boleh dpt download link yang betul ni?
Sabar..sabar….sabar…
Saya telah membuat pesanan pada malam semalam. Agak2nya boleh tak saya dapat link tersebut pada malam ni?
Terima kasih.
Alhamdulillah , semakin maju dan bertambah percaya pelanngan kpd Munawar. tahniah.Saya dah lama tunggu sbb nak beli version 1.1 tak sempat (dah tutup).
Saya dah buat bayaran pada 27 May , sekita 1230 pm , adakah saya masih didalam que atau ada masalah pembayaran. Saya nak contact support.jana….com tapi takut2 tgh sibuk sedara Munawar.
Nanti kalau dah melewati 48jam , saya akan contact. Weekend ni out of town , so harap2 dpat le sebelum hari sabtu ni. Nak study masa travel.
Sekali lagi, tahniah utk pelancaran JWA2.0
En.Nawar, saya la melordy tu. Percaya tak… walaupun kadang2 terlupa update dan kekangan kerana kesibukan lain, saya masih dapat income lebih kurang USD 100 tiap-tiap bulan hanya melalui blog tersebut. Maaflah, tak nak bagi url blog tu kat sini, takut nanti jadi nasib sama mcm blog en.Nawar tu…mangsa dengki khianat pulak… Kepada rakan-rakan yang lain, ikutlah panduan yang diberi dalam JWA 2.0 ini sebaik-baiknya kerana anda semua pasti akan berjaya. Kalau tak berjaya tu sebab anda tidak mengikut apa yang diajarkan. Saya berani berkata begini kerana saya telah praktiskan apa yang diajar oleh en. Nawar dan telah merasai hasilnya. Fokus dengan apa yang anda buat,bersabar dan konsisten pasti anda tidak akan kecewa.
hehe. sampai habis bandwith. Tak sangka pulak sampai macam tu ek. Apapun. Itu satu petanda yang baik di mana adsense mula diterima ramai.