May 29, 2008

Penghantaran Download Link Pakej JWAv2.0

Assalamualaikum & Salamsejahtera,

Alhamdulillah, saya telah menghantar pautan download Pakej kepada semua pelanggan yang TELAH membuat pembayaran dan juga membuat pengesahan pembayaran tersebut melalui borang pengesahan.

Penghantaran pertama dibuat pada lebih kurang pada pukul 11:30 pm (28/05/08) dan bersambung selepas subuh sehingga pukul 7:00 am (29/05/08).

Sebarang masalah ketika memuat turun Pakej, sila buka ticket support untuk mendapatkan bantuan segera di http://support.jana-wang-adsense.com

Sila pilih kategori [Masalah Produk/Download] dan nyatakan masalah anda dengan lebih lanjut.

Kepada yang telah membuat pembayaran tetapi tidak sempat untuk membuat pengesahan bayaran kerana tempahan telah di TUTUP sila gunakan ruangan bantuan untuk mendapatkan pautan borang pengesahan di http://support.jana-wang-adsense.com

Sila pilih kategori [Pembayaran & Pengesahan] dan mendapatkan pautan borang pengesahan.

Kepada pelanggan lama Pakej JWAv1.0 dan JWAv1.1, pautan download akan diberikan selepas saya dapat mengatasi semua transaksi pelanggan JWAv2.0.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah membuat transaksi pembelian dari Jana-Wang-Adsense.com dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku pada tarikh pelancaran 27hb Mei 2008 kerana script download pakej saya tidak berfungsi seperti sepatutnya untuk menampung aktiviti muat turun yang banyak dan besar dalam tempoh masa singkat sehingga menyebabkan Web Server down hampir 30 minit.

Saya juga memohon maaf kepada semua subscriber yang tidak dapat untuk membuat tempahan Pakej JWAv2.0 kerana tempahan telah di TUTUP.

InsyAllah saya akan buka kembali tempahan Pakej JWAv2.0 setelah semuanya beransur tenang.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Spread the Word!

Filed under Uncategorized by

Permalink Print Comment

Comments on Penghantaran Download Link Pakej JWAv2.0 »

May 29, 2008

azura @ 8:57 am

kepada en nawar saya nak ucapkan ribuan terima kasih. saya telah menerima link download tersebut.

sufian jc @ 1:58 pm

Salam…

Tahniah kepada En.Nawar atas pelancaran Pakej JWAv.2 kali ini. Ilmu, info dan produk yang bermutu pastinya akan mendapat sambutan yg hangat (sehinggakan bandwidth sebesar 11.63Gb telah digunakan utk satu hari sahaja!)

Kepada pelanggan baru, selamat mengaplikasikan perkongsian ilmu oleh En.Nawar. Kepada pelanggan yg lama, pastinya tak sabar menunggu link download pakej JWA kali ini kerana nak mengetahui tips dan teknik2 baru oleh En.Nawar.

Syabas sekali lagi kepada En.Nawar ats pelancaran produk yg bermutu.

nqfaq @ 2:49 pm

Semasa saya tulis comment ni, saya sedang download JWA2.0, ini adalah product e-book first ever saya beli kat internet. Sebelum ni layan free e-book sahaja dan saya bercadang nak ke bengkel adsense a.s.a.p.

Harap saya dapat download segera dan praktikkan ilmu yang ada dalam e-book tu.

Yang bestnya , ada mcm2 free items yang akan membantu menjana wang adsense. Once again tahniah Munawar with the convincing and valuable product, its price, RM100 you will get it back within a short period of time after Adsense pay you back. In fact I do promote the JWA2.0 freely without any sense of affiliating.

Good product

Maliki Hassan @ 5:59 pm

salam,

tahniah kepada encik munawar kerana di murah kan rezeki. dengan niat yg molek. harat encik dilimpah kan rezeki oleh Nya. saya pun pelanggan JWA 1.1 mengucapkan terima kasih kepada saudara.

wasalam

zamri @ 6:02 pm

Terima kasih bebanyak untuk

  1. memberi servis yg bagus walaupun salah saya.
  2. Freee banyak giler .. rasanya kalau bayar 100 pun tak cukup tuh.. semoga murah Rezeki En. Munawar
  3. Saya dah baca sepintas lalu… step by step ditunjukkan .. mmg faham…tq
  4. Harap dapat bantu kalau ader masalah ….

waalaikumusalam….

Nor Hisham @ 9:02 pm

Asalam sy ucapkan, disini sy ingin menyatakan secara ikhlas bahawasanya program en munawar ini adalah satu2nya program yg sungguh berkesan dan sy memberi sokongan yg sgt padu buat beliau dan sy juga tidak sabar2 utk mendapatkan JWA v2.0 beliau. Jadi kepada yg ingin menyertainya jgn ragu2 kerana ianya sungguh mudah dan senang diapplikasikannya insyallah

azmi84 @ 10:14 pm

bila saya boleh dapatkan Pakej JWAv.2…kerana saya juga ingin memiliki nya dan menjana pendapatan adsense..

May 30, 2008

nizit @ 7:52 am

Tahniah…mr nawar..dan tahniah pd yg dah beli.. insyaAllah anda akan berjaya mcm en nawar… Sambil2 tu jgn lupe join forum JWA…blh kongsi2 info,tips2 kat sane….nak kongsi income pun blh..;)

p/s : Mr Nawar..agak2 bile pelanggan lama nak dpt download…;) x sbr nak tau gak tips2 terbaru…

dauz @ 8:47 am

Sayangnya tempahan telah ditutup buat sementara waktu..diharap..untuk akan datang..harganya jangan pulak dinaikkan…

ALYA @ 7:53 pm

ASSALAMUALAIKUM….

NAK TANYA SIKIT NIH…. SAYA SUDAH BUAT BLOG ADSENSE MENGIKUT KAEDAH JWA V.2 YANG SAYA NAK TANYA…. 1.CARA MENGETAHUI BLOG YANG TELAH ATAU BELOM DI INDEX OLEH GOGLEBOT? 2.CARA MENGETAHUI PAGE RANK SUATU WEG/BLOG?

TERIMAKASIH JAWABANNYA…..

Wan Rohaiza @ 9:18 pm

A'kum, apa khabar? Saya berminat sangat dengan ebook tu tapi sayangnya tempahan di tutup lagi la…Saya pun tak sabar juga nak belajar adsense nii..

May 31, 2008

dayang @ 2:16 am

A'kum en. munawwar… Sebenarnya saya berminat nak beli ebook en tp tempahan dah tutup sementara waktu nie… harap2 x lama la yek… nak tunggu pelancaran ebook nie pun, lama dah nantikan.. 'berjanggut' la gak..he..he.. semoga di+ rezeki!!!

nabieel @ 12:56 pm

bolehkah kalau saya ada akaun adsense tp tak di luluskan,nak apply lg?

emme @ 3:30 pm

:) betul jgk tu, jgn nanti naik harge… :(

Maliki Hassan @ 7:31 pm

yup..jangan lupa forum JWA tu. tambah kan lagi ilmu adsense dalam tu. saya rasa tu la khidmat support yg patut kita berebut daripada team Mr Munawar ni.

p/s;sabar nizit. saya pu tak sabar nak doweload ni;-)

~paris_kota~

syah @ 9:10 pm

Sebelum ini saya telah membeli panduan adsense dari penulis ebook yang lain. Namun begitu panduan yang disediakan oleh En Nawar lebih mengejutkan dan tidak menjangka panduan kali ini lebih mendalam dan teliti. Saya amat gembira dengan isi kandungan kali ini. RM100 yang di bayar tidak senilai dengan panduan yang diberikan.

syah

pyan @ 11:34 pm

sudah 3 hari aku menunggu…… bila nak dapat.

Nawar @ 11:57 pm

Pyan,

Sila terus kebahagian support untuk tindakan segera, saya takut email yang saya hantar masuk ke JUNK/SPAM folder.

Kepada pelanggan yg belum menerima, sila terus ke bahagian support.

http://support.jana-wang-adsense.com

Anda akan menerima 2 email, iaitu Email Invoice dan juga Download link.

Terima kasih.

June 1, 2008

dhom dyaz @ 5:30 pm

assalamualaikum..

En nawar tolonglah bukak balik jwa2.0 tu…..dah tak boleh sabar dah nih…

Idham @ 5:59 pm

dukacita saya menyatakan bahawa saya sudah 'kempunan' untuk memiliki ebook JWA2.0 krn terlewat sedikit, tetapi saya tetap menunggunya. Walaubagaimanapun sy sudah membaca dan mengikuti perkembangan blog ini dan juga download 6 Modul Adsense. selepas itu, saya telah bina sebuah blog setelah hampir seharian mencari keyword yg agak 'killer' dan akhirnya saya ada terjumpa walaupon nilai CPC us2.98 shj. dan nilai R/S adalah 22.45. Terima kasih dgn formula niche ini krn ia adalah ilmu yg berharga. Cuma saya masih terkapai-kapai dalam memastikan blog saya itu berada dalam kedudukan yg baik dalam Search Engine.

June 2, 2008

zubaile @ 3:37 pm

Assalamualikum..

Dah dapat download link and dah baca sikit sikit..

Review:

Satu perkongsian ilmu yang sangat jujur dan berkesan. Sesuai untuk newbie dan seasoned adsense publisher (bukan adsense jer.. affiliate juga). Bayak tools juga diberi.. Pelaburan RM 100 sangat sangat berbaloi, ikut apa yang di suaruh dalam ebook jana wang adsense dalam 5 hari dah dapat pulangan dengan SATU BLOG SAHAJA

Cadangan:

Forum untuk support

Terima Kasih

zulfikar @ 10:14 pm

TQ En. Munawar yang baik hati dan pemurah. Moga En Munawar dimurah rezeki dipanjang umur dan diberkati olehNya. Saya pun dah dwnld versi FREE (hehheehe) dan mmg ilmu yg diperturunkan memang telah banyak membantu saya.

Maser @ 11:31 pm

assalamualaikum

saudara nawar.

sila inform kepada saya apabila product saudara tu dibuka untuk jualan nanti.nak beli gak ni…errr kalau saudara nak buat rumah baru contact le saya..

-maser pelukis pelan-

June 4, 2008

duit adsense @ 11:22 am

Esok kan pakej JWA 2.0 ni dibuka semula?

Tengok kat jam countdown tu ada lagi 46jam. Kurang dua jam bersamaan dua hari. Tapi tengok kat jam sekarang ni jam 11 pagi 4 jun 08. Sepatutnya kurang 24jam lagi lah kan countdown? :)

hafiz @ 2:24 pm

salam, bila lagi bengkel ini adsense akan diadakan dalam bulan julai? dan berapa kos bengkel?

June 6, 2008

dhomidyaz @ 1:05 am

assalamualikum..

masyallah..tak sangka macam ni punya hebat kelebihan Allah bagi kat En Munawar nih..banyak yg kita tak tahu didedahkan dalam ebook Jwa2.0 nih..saya rekemenkan kepada semua yg membaca komen ni sila dapatkan segera sebelum en munawar tutup terus link download dia..

June 10, 2008

bantingboy @ 9:04 am

waa. memang menjadi sales kali ni. Mesti sudah lebih rm10k yang diperolehi..:)

Tahniah munawar!

August 16, 2008

sham @ 11:10 am

terima kasih en munawar saya telah download pakej jwa2.0 saya akan mempraktikkan ilmu yang en munawar curahkan di dalam ebook itu. insya-Allah

terimakasih

Leave a Comment

Powered by WP Hashcash

Subscribe without commenting

Register Login