April 24, 2009

Jangan Putus Asa dan Kecewa!

Email yang sering saya terima…

"Nawar! saya dah buat macam-macam pasal internet business tetapi tidak ada satu pun yang berjaya… Habis duit adalah, saya dah hilang kepercayaan dan rasa tertipu… nak cerita pun malas"

Kalau anda adalah subscriber saya atau pernah menjadi subscriber saya di Jana-Wang-Adsense.com, pastinya anda ada menerima email dari saya berkenaan "Tentang Saya!". Pada email tersebut, saya menceritakan serba sedikti berkenaan diri saya dan perniagaan internet saya.

Tetapi itu sebenarnya tak mendalam…saya cerita ringkas sahaja… sekarang saya akan ceritakannya dengan lebih mendalam…

Pengalaman Berkerja

Ia bermula 5 tahun dahulu disebuah planet yang dipanggil Cyberjaya, tempat saya berkerja dahulunya. Saya mulakan kerjaya saya sebagai Support & System Engineer, kerja-kerja support ini dah mendarah mendaging kata orang tua-tua.

Handphone, nombor telephone rumah, Pager, nombor telephone keluarga dan mertua di kampung semua kena diberikan kepada Company supaya mudah untuk dihubungi… bayangkan!

Kalau orang lain mungkin tidur sebelah isteri, saya pula tidur sebelah handphone. Kalau customer call saya tidak jawap, esok awal-awal pagi kat office kena jawap depan management. Sampai ke tahap fobia kalau handphone saya tak berdering satu hari. Saya jadi risau, handphone saya rosak ke? walhal memang customer tak call pun :-)

Ini bukan kes customer yang beli ebook harga RM50 tetapi system yang ratus Juta dan Billion ringgit.

Kalau dapat emergency call, memang la malang nasib… system perlu recover dalam tempoh sejam… kalau tak kena penalty… Company kena bayar customer ikut Service Level Agreement… lebih dari 4 jam system down… mungkin berjuta penalty yang dikenakan sebab customer loss revenue.

No Life.. No Life… No Life…

Kalau waktu tu jugak anak sakit, bini merengek "NAK" memang tidak dilayan. Ya Allah, tidak boleh nak lupa saya pengalaman-pengalaman ini. Pernah tak anda kerja "around the clock, follow the sun"? Kalau bab travel oversea ini usah cakap la… airport dah jadi rumah. Kalau bab teknikal ini setiap byte dan bit saya buat tracing…

Cukuplah setakat itu saya cerita pengalaman kerja saya lebih kurang 5 tahun…Kata mat salleh ENOUGH is ENOUGH!

Jadi keadaan itulah yang membuatkan saya berfikir dan termenung… SAMPAI BILA?

Lebih kurang 4 bulan selepas saya di assigned sebagai Customer Support Manager iaitu August 2006…. saya QUIT!

Kalau saya tunggu beberapa bulan lagi.. boleh la cecah 5 angka pendapatan disitu.

Perniagaan Internet Saya Bermula

Bertitik tolak dari situ lah saya mula cari peluang untuk buat online business secara part time..

Saya berfikir macam ni, kalau lah aku gunakan MASA, TENAGA dan COMMITMENT yang aku beri pada company untuk perniagaan aku sendiri, pastinya perniagaan aku dah berjaya dan yang lebih penting saya buat untuk diri sendiri bukan untuk orang lain… own satisfaction!

Jadi perjalanan bermula disini…ketika itu tahun Mid 2004 kalau tak silap saya.

Saya seperti anda juga, saya buat search di Google, cari bagaimana nak buat online business yang tidak memerlukan banyak masa dan saya boleh buat part time memandangkan masa saya terhad. berkerja.

Tak Faham Dan Rasa Tertipu (Salah Sendiri)

Adalah tah macam mana saya terbeli satu produk "making money online" dari USA, rasanya masa itu saya cari maklumat pasal kereta Volvo (peminat Volvo katakan) dan saya terbeli pun sebab saya klik iklan Adsense yang terdapat di laman web forum tersebut (pada masa itu saya tak tahu yang itu iklan Adsense)… kelakar betul

Sampai sekarang produk itu masih saya simpan, tak guna pun sebab tah apa-apa kandungan dia.. borak je dalam video tu tetapi caranya tak diajar… TERTIPU? mungkin!

Saya PUTUS ASA? KECEWA?….No Way!

Pernigaan Internet Yang Pertama

Kemudian dalam pencarian saya tu saya terjumpa satu laman web (lead capture website) yang owner dia adalah gadis dari Indonesia bernama Anne Ahira. Saya kagum sebab dalam usia yang masih muda mungkin masa itu sekitar awal dua puluhan dah jadi international internet marketer. Beliau promosikan produk Financial Freedom Society (FFSI) secara network marketing. Team dialah yang paling TOP sebab dia create satu system yang kita boleh easily duplicate. Team dari US dan Europe bawah dia.

On the spot, next day saya terus join sebab pertamanya saya memang minat dengan produk tersebut yang mengajar untuk mengurus kewangan dan kedua saya tertarik dengan system yang Anne Ahira bina.

Knowledge & Skills First

Dari situlah saya belajar tentang internet marketing, apa itu Lead Capture Website, opt-in, Autoresponder (Email Marketing), Prospecting skills, Blogging, Adwords, Ezine, Solo Ads dan sebagainya dan fikiran saya mula terbuka seluas-luasnya mengenai internet marketing.

Beberapa hari selepas saya join, saya berjaya recruit prospect dari USA, Australia, Ireland, Malaysia, Singapore, Africa dan banyak lagi… semua saya buat secara online. Tidak ada satu meeting dan call pun yang saya buat… upline saya pun terkejut :-)

Masa itu memang saya nekad dan determination, saya memang terus terjun dan berenang. Saya cakap dalam hati saya, aku mesti belajar, buat dan praktikkan.

Menjana pendapatan online saya letak belakang dulu, yang UTAMA ialah KNOWLEDGE dan SKILLS. Tak pandang belakang lagi dah… kalau satu benda tu saya tak tahu, saya akan baca dan buat sampai faham.

kalau anda nak lihat blog pertama saya, boleh lihat pada link yang saya berikan dibawah, saya bina Disember 2004 dan saya dah lupa apa password nak login.

http://Give2Gain.blogspot.com

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahari

Dalam keadaan rancak itulah ketika mula nak merasa pendapatan dari online dengan bergaya, seperti kata orang tua-tua kita "panas tak sampai kepetang". Company FFSI tidak lagi menerima members untuk international market, mereka hanya terhadkan kepada USA sahaja… market shrink

Anne Ahira terpaksa bubarkan team network marketing beliau masa itu dikenali sebagai "Elite Team International". Sekarang beliau buka Internet Marketing Center (IMC) di Indonesia dikenali sebagai AsianBrain.com

Saya PUTUS ASA? KECEWA? Oh ho.. NO WAY! Tidak ada dalam kamus hidup saya.

Kenapa? sebab saya gain knowledge yang saya boleh expand in the future.

Dengan skill yang saya ada sebelumnya, saya mula buat Google Adsense. Pada masa itu bermulanya saya dengan Google Adsense sehingga pendapatan saya melebihi Gaji saya.

Segala teknik dan strategi saya belajar secara online, letih, buat salah, buat tak jadi, tangan/siku jadi kematu, mata merah (sampai bini cakap, cukup lah Bang mari tidur, esok sambung lagi), pergi office macam zombie, air tertumpah atas laptop, frust, semua itu dilalui sebab ada "burning desire" nak buat online business full time.

Seminar Dan Bengkel

Mungkin anda tidak mengetahui, mungkin juga ada yang tahu.. di Malaysia ni dulu ada satu Team yang buat Adsense ini secara Network Marketing.

Jadi salah seorang dari mereka mengenali saya yang bergiat dengan Adsense, dan dari situ saya dipanggil untuk buat Seminar mengenai Adsense dan juga bengkel Adsense untuk TEAM mereka.

Bermula dengan seminar di Hotel sehingga lah mengendalikan bengkel di lab komputer di UPM, saya mula mengadakan bengkel saya sendiri. Sehingglah saya pernah dijemput untuk beri briefing mengenai Internet Marketing, sejam saya dibayar RM1,000.

Seminar dan bengkel Adsense hanyalah sampingan kerana fokus saya lebih kepada Google Adsense itu sendiri.

Menulis Ebook

Memandangkan bengkel hanya terhad kepada 20 orang dalam satu masa dan tidak semua orang mampu untuk hadiri bengkel, maka saya mengorak langkah membuat ebook berkenaan Google Adsense. Oleh kerana kesilapan saya sendiri, tidak dapat menyiapkan ebook Adsense seperti yang saya janjikan pada subscriber, jadi saya releasekan 6 Modul Adsense secara percuma terlebih dahulu.

Itu semua hikmah dari Allah s.w.t, rupanya dengan 6 Modul Adsense yang saya berikan percuma menjadikan subscriber lagi bertambah tak sabar. Bila saya launch jualan Pakej, habis bersih serdak pun tak tinggal…sampaikan Server saya pun DOWN!

Sabar, Fokus dan Konsisten

Kalaulah dari awal dulu saya sudah kecewa dan putus asa, ini mungkin tidak akan terjadi.

Jadi jangan sekali-kali anda putus asa dan kecewa dalam berusaha membina perniagaan internet anda, setelah anda pastikan apa yang anda niagakan itu LEGAL dan VIABLE, teruskan belajar, fahami, praktikkan dan kalau buat salah pun tak apa sebab belajar.

Seperti yang saya katakan sebentar tadi letakkan "menjana pendapatan" nombor dua yang penting KNOWLEDGE dan SKILLS yang anda perlu anda bina untuk diri anda.

Belajar

Kalau tak tahu buat blog, lapangkan masa belajar buat blog, buat website, minisite, squeeze page, landing page, autorepsonder dan sebagainya.

Mahirkan teknik dan cara untuk membawa trafik ke laman web atau blog anda, mahirkan teknik email marketing, blogging dan sebagainya.

Sebulan, dua bulan, 6 bulan dan mungkin juga setahun anda perlukan untuk mula membuahkan hasil dalam perniagaan internet tidal mengapa sebab itu satu proses yang perlu anda lalui.

"No Magic" Please…

Berapa banyak hari, minggu, bulan dan tahun yang sudah lepas dalam hidup anda tanpa anda mahirkan diri anda dengan internet marketing dan anda mengharapkan sesuatu yang "MAGIC" berlaku tiba-tiba anda terjumpa kononnya lubuk emas, perigi duit dan tah apa-apa lagi yang boleh jadikan anda KAYA sekelip mata.

It Will NEVER Happen That Way!

Kesimpulanya, jangan sekali-kali putus asa dan kecewa. Rancang betul-betul dan mulakan, stay fokus. Jangan lompat dari satu program ke satu program, anda tidak akan kemana.

Kalau sebelum ini ada ada menerima email tips saya berkenaan Adsense dan Affiliate dengan teknik list building, that is where you should focus yourself…"membina list"… itu adalah ASSET yang penting.

Make your first dollar then the rest will come. [Yakin lah Rezeki Dari Allah!]

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan kepada anda, tetapi ini pun dah panjang sangat. Nanti Bos anda marah. Saya sambung pada email yang akan datang.

Berikan pandangan anda, nasihat dan komen di ruang yang disediakan dibawah, mudah-mudahan pembaca yang lain mendapat manfaat darinya.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Spread the Word!

Filed under Uncategorized by

Permalink Print Comment

Comments on Jangan Putus Asa dan Kecewa! »

April 24, 2009

Zulkifli Hassan @ 10:28 am

Tercabar rasanya dengan pengalaman saudara…Begitu kukuh matlamatnya. Kalaulah saya dapat buat seperti itu… Tahniah atas kejayaan saudara sekarang… Saya seorang new bie Terima kasih…

En. Tat @ 10:42 am

Salam. Tips yang amat bagus bagi org2 macam saya ni. Harap setiap pengalaman Bro Nawar boleh diceritakan lagi… biar suma dapat manfaat dari crita benar nii..

Yang penting adalah ilmu. Dan kita perlukan ilmu tu.. tugas kita adalah cari dan belajar.

Moga dimurahkan rezki ya Bro Nawar

p/s: nak sangat jd anak murid, nak blajar sampai dapat. :-P

ABDUL SUHKOR @ 10:43 am

Cerita yg sepatutnya jadi teladan serta patut dicontohi. yang penting terus bergerak mencari peluang dan ruang. Sebenarnya rezeki ada di mana2, jgn penting usaha mencari teknik dan method. salam bahagia

k.faze @ 10:45 am

Salam semua,

Benar sangat apa yg En Nawar ceritakan ini. Tak terkecuali diri saya sendiri. Saya juga kerja mcm tak ada rumah. Anak jumpapun sekejap aja waktu malam hingga saya sendiripun bosan dgn life yg saya jalani. Macammana terror pun kita bekerja dan diiktiraf hakikatnya kita tetap pekerja. Of course kita kena dedikasi pd kerja sebab kita dibayar gaji itu amanah tapi keluarga? Saya belum lagi berjaya dlm dunia internet biz ini tapi sekali saya melangkah saya akan pastikan saya mengenggam kejayaan itu. Ramai telah berkorban utk saya (anak, suami, wang, tenaga, masa) spt kata En Nawar NO WAY saya give up sbb segalanya akan menjadi sia-sia nanti.

faiz @ 10:45 am

wah mcm2 dugaan.. tapi ok la encik nawar boleh melakukannya sendri..hehe..

saya lain..dari skolah sampai la sekarang..mmg xboleh hendak belajar sendri.. semua perlukan seseorang utk mengajar..

saya rase kene menghadiri bengkel adsense jugak la utk mahir lebih mendalam.. serius saya btul2 bute pasal blog2 ni sume.. link la ape la.. haha xpaham langsung..

da cube search kat internet.. lagi pening bile baca.. da beli mcm2 ebook,pasal blog,coding.. bahasa melayu tuh..tu pon kantoi jugak.. adess..

zainal @ 10:45 am

fuh…. memang merangsang minat saya. ini kerana saya asyik je.. review produk orang dan program orang tak tahu skill sendiri,sampailah sekarang ni beli hosting tapi website tak siap siap hampeh .

motivasi yang power..

amy @ 10:46 am

Jangan Putus Asa dan Kecewa!

Terima kasih saudara atas kata2 motivasi

Sebenarnya ramai dari kita tak berjaya sebab tak ada motivasi, xda semangat..macam juga saya, dapat ilmu dan pengetahuan dari ebook saudara…tapi sebab tiada motivasi dan dorongan maka usaha setengah jalan je………dan hasil nye pun tak seberapa:-p

Tak semua orang ada motivasi yang tinggi dan boleh dorong diri sendiri serta nekad macam saudara. nekad berhenti kerja! Sya pun tak sanggup buat mcm tu hehe

Apapun semua orang berpotensi sebenarnya, nak atau tak nak sahaja. trima kasih kerana memberi dorongan dan semangat. semua terus sukses!

1001rahsiadiri

pakteh @ 10:49 am

waa.. menarik dan terkesan sekali membaca coretan sdr nawar. byk olmu yg saya dah dapat utk dijadikan panduan. apa kata kisah sdr nawar ni di compile jadi ebook. apa-apa pun saya suka tajuk "Jangan Putus Asa dan Kecewa!"

Terima kasih

ABDUL SUHKOR @ 10:52 am

Cerita yg sepatutnya jadi teladan serta patut dicontohi. yang penting terus bergerak mencari peluang dan ruang. Sebenarnya rezeki ada di mana2, yg penting usaha mencari teknik dan method. salam bahagia

aziani @ 10:58 am

Salam semua,

Pengalaman pahit yang bertukar MANIS akhirnya.Tahniah, semoga SUCCESS selalu. Saya pun dah habis byk duit join program atau beli ebook, tp setakat ini belum ada apa-apa hasil. SABAR dan FOKUS itu prinsip yg saya pegang, ada org yang CEPAT dapat hasil dan ada yang LAMBAT. Tp itulah RENCAH UNTUK BERJAYA. Cuma sy agak terkilan, sbb dalam berhati2 sy terlepas nak beli EBOOK Adsense saudara.Anyway, semoga kita semua SUCCESS akhirnya.! Wasalam

abdul rashid @ 11:01 am

terima kasih saudara. saya ingatkan saudara dah melupai saya. atau saudara dah ada biz lain yg lebih baik.kerana dah lama tak dengar khabar. alhamdullillah rupanya kita masih lg boleh bersua walau pun di alam maya. putus asa??? no way saudara biar tak dapat 1 sen pun ilmu akan terus saya cari biar pun saya lambat saya tak kisah. pada saya kalau orang lain boleh saya juga akan boleh.

zaman5931 @ 11:02 am

alhamdulillah atas nasihat sdr, selama saya ni saya rasa dengan join usahawan internet saya boleh dapatkan duit dengan banyak dan segera. saya beli banyak eebook tetapi masih ragu2 nak mula ke atau tidak? nanti gagal macam mana? saya buka website beli domain, pasarkan barangan herba asli daripada minyak kelapa dara tetapi sehingga kini belum ada pembelinya. saya berharap dengan nasihat sdr dan paduan yg sdr berikan dapat memberikan saya semangat dan kekuatan untuk lebih maju lagi… terima kasih, wassalam

haris @ 11:02 am

motivasi yang sungguh menarik..terima kasih saudara munawar…saya akan terus mencuba dan mencuba..hingga berjaya…semoga diberkati..

nuri @ 11:10 am

Salam tuan,

Kata orang pengalaman guru yang terbaik.Motivasi tuan memang bagus memberi semangat baru.

Banyak program internet saya join ,tapi ada yang menjadi, ada yang tidak menjadi malah sentengahnya modal pun tak balik.

Ada website tak bertahan lama kena band(tak boleh buka lagi).Jadi modal yang dilabur dapat ke admin je.Admin yang dapat duit.

Mudah-mudahan saya akan temui program yang betul-betul dapat hasilkan duit.

yie @ 11:24 am

Bro,

Bagi aku otak SUBSIDI masih menebal pada orang melayu kita ni..

Bagi aku ni cabaran yang kita kena lawan…manja sangat…

Fail sikit terus down….

Apalah sangat kalau kira jika kita banding kerugian Bisnes Internet dengan Bisnes diluar yang kadang2 kerugian BERJUTA-JUTA….sampai ada yang bankrap

Yang penting cari kat mana salahnya…KADANG-KADANG KITA TAK TAHU KAT MANA SILAPNYA…tapi dok hentam tak tentu hala.

Sepatutunya kita improve yang mana kita lemah….

Aku pun dah 3, 4 tahun study dan buat pasal internet marketing, walaupun hasil masih tak memberansangkan dan banyak jugak aku melabur, tapi aku akan tetap teruskan…

Because..I want to work at home…..tu je impian aku.

NUR SYAHIDA @ 11:31 am

terima kasih encik nawar, atas kata2 semangat yang di berikan. moga ALLAH murahkan rezeki encik sekeluarga =)

rusliesophian @ 11:35 am

Salam,

Setelah membaca coretan pengalaman bro Nawar itu membuatkan saya semakin bersemangat untuk meneruskan pencarian saya dalam menjana pendapatan dari Internet.

Meskipun sudah 6 bulan saya bertatih ke arena ini dan masih belum meraih apa2 income lagi, namun saya masih belum berputus asa.

Banyak juga ebook2 saya beli daripada IM tempatan dan ada setengah ebook itu hanya hampas, saya tetap bersabar dan saya yakin insya-Allah saya akan diberi pertunjuk suatu hari hari nanti.

hajar @ 11:37 am

salam.. en.nawar..saya telah pun membaca pengalaman en. nawar dalam perniagaa internet ni..saya rasa sungguh kagum, terharu dan bersemangat untuk belajar perniagaan internet ini melalui google adsence. walaupun saya sudah pun membeli Jawa 2.0 tapi terus terang saya katakan sehingga kini saya masih belum mulakan google adsence tersebut. bila mendapat email dari en.nawar tentang maklumat2 google adsence saya rasa malu pula sebab saya belum berbuat apa2 lagi. dalam masa yang sama saya bangga dengan usaha2 yg en.nawar lakukan.terima kasih en. nawar..betul kata en.nawar rezeki itu Allah yan bagi kita sebagai manusia usha sahaja dan jgn putus asa. antara salah satu sebab saya masih tidak memulakan google adsence ni kerana tiada komputer dan internet dirumah. tetapi sekarang suami saya telah pun membeli broadband maxis dan laptop pun company bagi (pinjam je benti pulang balik)so, boleh lah saya memulakan google adsence dirumah.terima kasih en.nawar atas perkongsian kerana sedikit sebanyak memberi semangat saya untuk memulakan google adsence ini.terima kasih:)

syarih @ 11:40 am

Assalamualaikum saudara Nawar,

Amat menarik topik ini. Sebenarnya bagi pendatang baru dalam bisness ini amatlah perit di tambahlagi dengan tiada pengalaman teknikal dalam komputer, internet, software, hosting dan yang berkaitan dengan dunia komputer. Saya bernasib baik kerana dengan pengalaman selama 21 tahun dalam bidang komputer memberi dan membantu saya dalam mendalami selok belok dunia IM.

Kepada mereka yang baru dan hanya bergantung kepada resource yang tertentu sahaja untuk mendapat bahan maka tidak akan kemana-mana usaha mereka itu dan akhirnya tamat begitu sahaja bersama harapan, kesedihan dan kekecewaan. Maka timbulah tanggapan bahawa segala bahan atau iklan yang beriya-iya boleh menjana pendapatan itu adalah bohong semata-mata.

Pada saya walaupun saya masih belum menjana pendapatan pada sekala yang diharapkan namun strategi yang betul perlu ada. Saya perlu belajar dengan guru-guru yang lebih arif. Namun begitu saya mesti pandai berinteraksi kerana sekiranya saya tidak berhati-hati saya akan perlu berhabis wang yang banyak untuk mendapatkan segala maklumat dari mereka dengan membeli ebook atau utility yang ditawarkan dengan jaminan yang begitu teruja. Tetapi pada saya terdapat punca-punca yang boleh saya mendapat segala resource yang saya perlukan secara percuma atau seminima mungkin jikapun kalau saya perlu membayar.

Saya juga perlu mempelajari segala istilah yang digunakan oleh IM seperti autoresponder, landing page, domain hosting, white / black hat, tracking, trafficking, adbrite dan sebagainya. Setelah memahami semuanya barulah saya berupaya merancang strategi untuk membina laman web dan blog yang boleh bertahan lama mengikut TOS adsense. Selepas itu barulah saya merancang untuk menjalankan pengiklanan untuk memandu traffik yang saya perlukan. Saya tidak boleh lagi seperti pepatah enggeris "shooting in the dark". Setiap tindakan yang saya buat saya boleh mengawasi (monitoring) melalui google analytic atau mana-mana utility. Dengan itu saya boleh tahu keberkesanan kempen saya tersebut.

Untuk makluman En. Nawar saya sedang membangunkan website yang tiada adsense code yang akan menjadi landing page untuk saya tumpukan aktiviti pengiklanan saya nanti. saya tak perlu risau lagi keselamatan blog-blog saya nanti jika di click oleh mereka yang tak di jemput. Disamping itu juga saya telah membuka akaun di CLICKBANK dan telah subscribe beberapa produk yang berkualiti tinggi untuk diletakkan di landing page website dan juga di blog-blog saya.

Insyaallah berikan sedikit masa pada saya selepas saya siap saya akan iklankan di Adbrite dan sebahagian lagi di Adword. Seterusnya saya sedang meneliti bagaimana untuk memudahkah submission ke sosial bookmarking kerana utiliti yang ada amat mahal bagi saya.

Kepada mereka yang masih tercari-cari, nasihat saya belajarlah dahulu sepenuhnya dan fahami dahulu semua istilah dan cara penggunaannya supaya anda tidak tersalah guna senjata nanti. Setelah faham semua barulah fikirkan plan bersama strategi yang anda ingini. Janganlah terlalu memikirkan soal-soal pendapatan adsense atau PR ranking kerana jika blog atau website anda baru tiada siapa yang tahu. Mahu tak mahu terpaksalah anda aktif melakukan pengiklanan. Jika pengiklanan anda berkesan dan anda mendapat traffik yang banyak maka dengan sendirinya website atau blog anda akan meningkat dalam PR nya insyaallah. Pesanan saya berhati-hatilah dengan setiap maklumat yang ditawarkan samaada percuma atau berbayar kerana semua itu adalah bukan sahaja sebagai penawar kepada anda tetapi sebagai sokongan kepada blog-blog atau website tuan punya tersebut dimana akan mendapat peningkatan traffik dan PR.

Soal malling list dan autoresponder insyaallah saya akan mulakan pada bulan hadapan selepas saya selesai membina landing page website.

Mohon en. Nawar beri komen di website terbaru saya di http://www.mue-venture.com saya amat perlukan komen-komen dan nasihat dari en. Nawar kerana en. Nawar adalah sebagai guru dan mentor saya.

salam dari saya

syarih.

[WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us '0 which is not a hashcash value.

azwar @ 12:03 pm

Salam Nawar.. lama dah tak dengar berita yerk.. since kita semua membawa diri masing2 dari company lama.. email JWA jer yg banyak masuk hehehe… well done bro.. aku tengah cuba belajar dari infor2 yg ko bagi nie.. coz aku pun tengah berusaha utk mencari pendapatan tambahan.. since my wife dah tak kerja.. pendapatan sorang belum mampu nak tampung semua expenses.. perasaan putus asa tu idak ler.. cuma kekadang tu teragak2 nak mencuba.. dan yg sebetulnya.. tak berapa paham dengan internet marketing nie.. insyaAllah.. aku cuba study lagi penerangan2 yg ko bagi tu.. hope dapat ikut jejak langkah ko sekarang..

PakarHowTo @ 12:07 pm

saya dulu pun pernah merasai pelabagai pengalaman pahit. namun itu semua mematangkan saya. saya banyak belajar dari kesilapan. saya banyak belajar dari 'try & error'.

saya setuju dengan syeikh Nawar. ILMU DAN SKILL adalah ASAS! nak buat apapun kena ada ILMU. kan nabi SAW dah pesan, nak dunia kena ada ILMU. nak akhirat pun kena ada ILMU. jadi, carilah ILMU itu TANPA JEMU.

pada pendapat saya, salah satu punca utama kita gagal ialah KURANGNYA ILMU atau TAKDE ILMU.

so, jangan salahkan sesiapa kalau kita gagal. salahkan diri kita sendiri. check balik diri kita. dah cukup ke ilmu kita. betul ke kita dah berusaha sedaya upaya?

apa2pun…pokok pangkalnya…jangan mudah putus asa. teruskan belajar. cari ilmu. tingkatkan usaha. doa2 banyak pada ALLAH supaya beri kekuatan dan mudahkan jalan. insyaAllah kita pasti berjaya.

bak kata pepatah arab… MANJADDA WAJADA… SIAPA BERUSAHA, DIA BERJAYA!!!

sekian…all the best!

Abooain @ 12:21 pm

Salam,

Satu motivasi yang amat berguna untuk kita semua.

Kesimpulan :

1- Minat 2- Kesungguhan

Dua perkara yang amat penting untuk berjaya jangan CEPAT PUTUS ASA atau JANGAN CEPAT MELENTING apabila tidak berjaya.

Terima Munawar.

melayu boleh @ 12:22 pm

Salam En. Nawar.

Bagus la ada artikel penambah semangat camni. saya pun harap agar saya tidak mudah berputus asa walaupun saya dah hampir setahun masih belajar lagi ttg adsense nih. Tak pernah dapat lagi hasil dari adsense nih. Nak tunggu sampai bayaran minimum pun cukup perit. Betul la kata en nawar, yg penting ilmu, pendapatan kemudian. saya pun ada menyimpan cita2 nak buat online marketing secara fulltime. Tapi nampaknya masih lagi kena tunggu sehingga betul2 da pandai dan pendapatan pun da tetap la.

yana @ 12:25 pm

salam,motivasi yg baik.Saya sokong apa yang en.munawar katakan.Saya pun sama pernah melauli pengalaman pahit.Dan ingin sy berkongsi pada semua.

Sebelum itu,sy adalah org baru gak dlm dunia internet ni.Baru lebih kurang 6 bulan. Namun utk dapatkan ilmu, sy belanjakan beratus-ratus RM untuk beli ebook/video tutorial.

Dan satu hari saya berminat nak join satu portal jualan yg memang popular.Bulan pertama saya tak dapat apa2 jualan,tapi bulan kedua saya gembira sgt sebab dapat jualan,keuntungan dalam RM70++ memang tak banyak,tapi cukup beri semangat pada saya ketika itu.Namun saya telah diduga,saya telah tertipu dengan seorg pembeli dari luar negara,saya kerugian kira2 RM1000++.Masa tu hanya air mata yg dapat menjadi teman.

Mula2 saya berputus asa gak,namun sy berfikir semula 'SETIAP APA KEHILANGAN PASTI PASTI ALLAH HENDAK MEMBERI YG LEBIH BAIK PADA KITA'

Sekarang ni sy sedang berusaha mendapatkan lebih ilmu, walaupun saya belum lagi merasa apa2 pulangan selepas kebangkitan ini,namun saya percaya dgn USAHA,DOA & TAWAKAL sy pasti berjaya.

Nasihat saya pada rakan2 berusaha lah dan terus berusaha.Insyallah,suatu hari kita akan merasa hasil dari usaha kita itu…..

Izwan @ 12:30 pm

Salam syeikh Munawar! tmakasih atas smua tips & panduan, semoga bro & famili mendapat rahmat & kasih syg Tuhan, amin!

sharul @ 12:54 pm

…askom,sblm g solat jumaat nie saya nk minta bro nawar dpt beri masa bila bro nak jual produk baru nie terima kasih askom..

Nawar @ 2:49 pm

Wa'alaikumsalam Sharol,

Pasal jualan Pakej itu saya belum decide lagi dan tidak semesti Sharol mesti membeli Pakej saya.

"Experience Sharing" yang saya tulis adalah general maknaya apa pun bentuk perniagaan internet yang Sharol lakukan perlu sabar… beri ruang pada diri kita untuk belajar dan jangan sekali-kali putus asa.

Nawar @ 2:52 pm

Yana,

Kuatkan semangat dan teruskan usaha… biar sedikit asalkan berhasil.

Mulakan dengan target yang kecil… buat tracking… analisa teknik dan method mana yang membawa pulangan dan tumpukan pada teknik atau strategi yang ada good result.

Nawar @ 2:54 pm

Abooain, pakarhowto, Sharih.

Terima kasih kerana berkongsi pandangan dan nasihat.

Julius @ 3:07 pm

Hai Nawar…sangat mengujakanlah cerita Nawar ni, membuatkan saya lebih bersemangat. Semoga berjaya selalu…

zaki @ 3:07 pm

pengalaman abg nawar memang mencabar. dan memotivasikan orang lain. Saya juga mempunyai pengalaman tapi tidaklah sehebat abg nawar. Terus terang saya katakan azam untuk tidak mengalah ini menyebabkan saya masih active sebagai internet marketeer sejak 2006 hinggalah sekarang.

Nasihat saya kpd newbie.. jangan putus asa. Jangan kedekut wang untuk beli panduan atau pun video tutorial. Jangan asyik nak tunggu duit untung senang je. Kalau anda malah usaha.. lupakan sahaja untuk jana wang secara online.

Birwan Ismail @ 3:35 pm

Salam nawar,

Saya amat kagum dengan saudara nawar kerana tidak pernah mengenali penat lelah dan rasa putus asa dalam mengejar kejayaan walaupun pernah mengalami masalah yang begitu rumit.setelah membeli ebook saudara nawar saya telah menjana pendapatan adsense saya yang pertama walaupun sedikit tapi ia adalah hasil usaha saya sendiri. saya akan berusaha mempertingkatkan lagi skill dan mempraktikan lagi ilmu adsense saya melalui Ebook JWA jana adsense saudara. Saya amat berharap saudara nawar akan terus membimbing saya. terima kasih banyak-banyak saudara nawar..

alantanblog @ 4:12 pm

Newbie ni memang "dijanjikan" boleh dapat pendapatan mewah sekelip mata tanpa banyak usaha…..

Tapi hakikatnya, IM sama dengan bisnes conventional….semuanya perlu usaha, masa & skills!

Malik @ 4:31 pm

salam,

cerita saya dengan Mr Munawar.

pertama kali saya amat hormat dan kagum dengan Mr Munawar.

dan saya memang anggap Mr Munawar adalah IM yg terbaik dan jujur yg pernah saya jumpa.

kenapa?sebab ramai IM kat luar sana yg hanya untung jual ebook pasal adsense, tapi bukan nya adsense tu fokus pendapatan utamanya. lebih kepada jual ebook.

pertamanya, selepas banyak ebook IM lain saya beli, layan forex pun rugi, buat adsense pun tak jadi. memang ada perasaan putus asa dalam diri saya.

dipendek kan cerita, satu hari ada kenalan memberitahu saya bahawa dia pernah mendapat 5 Angka dgn panduan JWA. Akibat tidak jelas di tanya "website apa" melalui telefon, first sekali saya masuk hxxp://www.janawang.com/

tapi bile search betul2 kat google, baru la jumpa link yg sebenar.

apa lagi, cepat2 la saya menyambar JWA. Dengan rasa putus asa, lega dgn jasa baik Mr Munawar dapatlah diskaun sikit. hehe.tq brother!

Genap setahun buat acuh ta.k acuh cari duit dgn laptop ni, alhamdulilah dapatlah komullatif nya 4 angka baru. InsyaAllah akan lebih maju nanti.

Zainal @ 5:13 pm

Salammm,

Hebat saudara,tahniah kerana berjaya mengatasi "PUTUS ASA" dalam kitab ada sebut tu, jadi LAWAN saja lah. Hasilnya kan dah nyata "ada rezeki".Jadi kawan-kawan jangan buat jangan tak buat. ok bye

Zainal @ 5:14 pm

Salammm, Maaf bukan jangan buattapi BUAT JANGAN TAK BUAT. ok bye

gabotmetal @ 5:43 pm

saya dah melalui separuh pengalaman en munawar nie tapi masih lagi belum berjaya. buat adsense sejak dr 2005 lagi seminar en menuwar pun penah hadir tpi … memang dah ade niat nak putus asa tapi kalau saya putus asa saya akan langsung tak dapat… so tiada istilah putus asa..

saya harap en munawar segera kuar kan adsense dengan wordpress tu :)

bard @ 6:45 pm

Jutaan Terima Kasih atas perkongsian pengalaman Sdr Nawar.

Semoga dapat di jadikan sebagai motivasi & semangat utk saya berusaha dgn lebih gigih lagi dlm melibatkan diri ke arena penjanaan wang menerusi bidang adsense atau yg lainnya.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ILMU yg bermanfaat perlu di cari sama ada secara PERCUMA atau BERBAYAR.

Setiap hari kita mesti belajar sesuatu sama ada benda itu remeh atau serius, sebab dgn mempelajari sesuatu bidang ilmu itu kita akan dapat menambahkan serta memberikan kita panduan yg berguna agar kita tidak gagal dgn secara sengaja atau tidak sengaja. Namun KESABARAN ama-amat dikehendaki dlm mempelajari sesuatu ilmu itu.

Macam anak kecil; mereka mesti belajar merangkak seterusnya bangun dan berjalan bertatih.. Jatuh bangun merupakan asam garam dlm masa bertatih itu.. tentu kita tidak ingatkan, namum ibu dan bapa kita tahu masa zaman kecil kita dulu.

Apa-apa jua pun yg kita ingin lakukan semestinya kita perlu menetapkan MATLAMAT serta juga TUJUAN SEBENAR mengapa kita perlu lakukan bidang yg kita minati itu.

Ilmu yg kita perolehi itu sebenarnya merupakan kurniaan bagi mereka yg berusaha dgn gigih sama ada utk tujuan diri sendiri atau utk kegunaan orang lain.

Mengapa terjadinya rasa putus asa dan kecewa itu? Ini adalah kerana besar kemungkinan NIAT utk kita memperolehi rezeki wang itu boleh jadi kita letakkan pada 'Level' no. 1… Sedangkan kita sepatutnya meletakkan pada tempat yg sepatutnya niat kita itu iaitu dgn memberikan infomasi kepada orang ramai tentang 'keistimewaan' jika menggunakan sesuatu produk itu DAN kita sendiri TELAH menggunakannya atau sekurang-kurangnya kita mempraktikkan ilmu yg kita beli dari sesuatu ebook itu.

Mahukah kita digelar "Blogger Taklid Buta!"?.. hhmm tentu kita tidak mahu bukan.

Kalau nak diceritakan hal keadaan saya sekarang ni.. boleh jadi panjang pulak ceritanya kat dlm komen Blog Nawar ni kang.. hehe..

Insya Allah dilain kali dinukilkan serba sedikit cerita itu tapi bukan di sini.. kat blog saya ler.. hehee

Salam ceria dari saya utk semua. WASALAM

syed nizam @ 7:26 pm

Salam Munawar,

Memang betul lah tu, there is no such things as easy money in this world unless offcourse you're borned in a silver platter!

Hakikat kehidupan: Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah! Kalau hendak seribu daya…

samdaddycool @ 8:01 pm

… Satu cerita yang membangkitkan semangat. Saya memang dari dulu cuba aktif dgn GA, tp sampai sekarang belum pernah cecah min payout.. Sebab, mungkin information overloaded.. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Walau bagaimanapun, saya masih mengikut track asal (ebay). Apa-apa pun ,sekarang nak cuba track back GA…

Syabas atas entry yang sungguh menaikkan semangat.

hairiy @ 9:22 pm

Asalammualaikum,

Saya tertarik sekali dengan cerita suadara Anuar mengenai pengalamannya dalam perniagaan Internet secara on line nie,macam yang suadara cerita bergitu juga saya rasa dan alami,cuma tak terbalik ler lagi.

Kerja yang sauadara lalui itu,banyak manafaatnya,jangan putus asa,tetapi memang berat untuk saya laksanakan,tetapi saya akan cuba dengan sedaya upaya agar tips ini dapat di manafatkan bersama.

Semoga niat murni dan jasa baik suadara Anuar akan terus berkekalan untuk memajukan diri dan perniagaan anda

Sekian untuk renungan bersama.

wangnada @ 9:24 pm

Um…menarik dan memotivasikan kisah Sdr. Nawar ni.

Cuma kadang-kadang banyak tahu pun tak guna gak kalau tak praktik dan fokus (sayalah tu!). Setakat ni saya suka melompat-lompat. Kejap buat tu kejap buat ni, hasilnya tak ada yang betul-betul konsisten. Gagal lebih banyak dari yang berjaya.

Lepas ni rasa macam nak fokus balik kat GA teknik Sdr. Nawar laa…. Mudah-mudahan saya tak hilang fokus kali ni.

Terima kasih atas perkongsian pengalaman.

sapawi @ 9:39 pm

Terima kasih En. Nawar kerana sudi berkongsi pengalaman. Pengalaman Tuan hampir sama dengan saya,cuma Tuan lebih lama dalam 'business online'. Saya masih baru 3thn menceburi bidang ini, berkat usaha dan tidak pernah putus asa, google adsense yang saya buat menampakkan impak yang positif.

Apa yang Tuan katakan,adalah benar belaka dan yang paling penting kita mesti buat 'try & error' dan perlu buat 'investigation'. Walaupun x seberapa income yang diperolehi,cukup la 120~150usd/month.Ebook from Joel Comm,saya cuba memahami dan baca berulang kali. Ebook ini menjadi panduan dan amat berharga bagi saya dalam menjana pendapatan google adsense.

Jangan mudah putus asa!!!!

Sekian,

Sapawi,Puchong

http://hot-stamping.blogspot.com/

infocyber @ 9:50 pm

Syabas kerana saudara dah menulis sesuatu yang patut di ketahui oleh semua orang. Orang sekarang hanya nampak kejayaan pada masa sekarang, tapi mereka tak tahu bagaimana penat jerih kita untuk capai kejayaan tersebut, malah lebih menyedihkan saya sikap orang kita yang mahu duit cepat, buat hari ni esok dapat, tetapi bende mcm tu agak mustahil, sebab tuhan dah berjanji, kejayaan dan kemenangan hanya untuk orang yang berusaha sahaja serta sabar. Itulah kunci utama kejayaan, gagal sekali jgn terus kecewa, cuba lagi. Kegagalan adalah panduan yang paling baik untuk kita pelajari, sy juga sudah banyak kali gagal, apalagi ketika akaun google adsense saya kena banned, baru bermula dapat duit setiap hari, tetapi apakan daya, saya gagal. Tetapi saya belum berputus asa, banyak lg peluang di internet untuk buat duit…janganlah kita jadi orang yang mudah putus asa…satu lagi sy nak pesan kepada anda, nak buat duit di internet sebenarnya mudah kalau anda tahu caranya…cari lah ilmu berterusan…saya yakin kita boleh berjaya…

rosnizar @ 10:00 pm

salam utk semua… terlebih dulu saya mohon maaf andai ungkapan saya ada yg terkasar dan ada yg terasa.. bg saya ada senario ambik kesempatan atas newbiz dgn menjual ebook tp tk lengkap.sekadar utk menjadi pengikat agar newbiz tk lari dan dapat menpromosi mcm2 lg di masa depan.itulah teknik businessman kt internet…

semua yg dibuat ada udang disebalik batu,buat PTL semata2 nk cari list utk promosi..bg ebook percuma tu pn utk cari list..jd mana ada sorang pn yg pikir utk majukan org ln kecuali diri sendiri. buat apa nk wujudkan pesaing utk diri sendiri..betul tak.

kepada newbiz,lupakan tentang semua omongan kosong businesman internet,semuanya semata2 utk dorang dapatkan list lepas tu hantar email kepada list hari2 utk promosi..betul tak..

apa yg business man internet berikan sekadar idea rambang tp motif sebenarnya hanya utk mendapatkan list utk di ikat bg tujuan promosi.kalau anda sbagai sorang businessman sanggupkah anda mengajar orang ln utk menjadi pesaing anda..logikkan..kepada newbiz pikir panjang2,cari ilmu dulu..

kepada yg baru nk mencuba(tktau nk bg nma pa)jangan main serbu je..jgn terpengaruh dgn iklan internet,memang cerita duit ribu2 tp pikirlah,apalah sangat jual ebook yg harga 20-30rm kalau dh boleh jana 5 angka..pikir itu pn dh cukup..

nasihat saya kepada anda yg berminat utk menjana di internet….

1-dapatkan gambaran sebenar perniagaan yg anda hendak buat.anda kena tahu apa yang anda buat..

2-dapatkan ilmu sebanyak mungkin.keperluan asas yg perlu ada atau yg perlu digunakan di internet utk menjana duit.spt server,autorespond,mailling list,add dan mcm2 lg.

3-cara mudah join affiliate(tp kena tau nk promosi kt mna)

4-jual ebook(tk perlu pengalaman sebenar atau figure yg tepat dan sebenar,reka je atau tiru yg orang dh buat,lepas tu jual)buat tajuk yg agak grand,garenti laris..semua orang buat mcmtu sebab itulah terlalu ramai yg tertipu.malah ada diantara anda masih belum mendapat satu pn yg betul,maknanya semua tak betul.

5-dapatkan list yg genuiene.maknanya setiap perniagaan mesti ada prospek,dr prospek baru jd pelanggan. jika anda ada 1ribu list,anda promote product pertama,katakan 10% minat lg 90% tk berminat,ok tkpe sekurang2nya anda dh ada pendapatan dr 10% tu.promote plak product ke2,jg 10% berminat..maknanya setiap product yg anda promote ada pelanggan wpn 10% tp kalau anda promote 10 product maknanya 100% list anda menjadi pelanggan anda..

6-PALING PENTING,..tempat promosi atau tempat iklan.. anda perlu tahu dimana nak promotekan product anda.iklan kena bagus dan tempat iklan kena ada ramai yg lihat..ini yg menjamin pendapatan anda.bg saya 80% pendapatan datangnya dari iklan yg bagus,teknik cuma 20% je..kalau teknik bagus camna pn,promote iklan tp takde orang tengok tk dapat hasil jg..tp kalau teknik hampehhh pn atau product tk betul pn,kalau iklan cukup grand dan ada 1juta orang tengok iklan tu setiap hari,maka pendapatan anda mencurah2..jd jangan terpengaruh dengan teknik selagi anda tk tahu tempat iklan atau tktau cara nk iklankan product anda..

ok la,ini cuma pendapat saya,harap2 jgnlah ada yg marah..

kalaulah saya ada cara yg baik menjana pendapat internet,saya akan dedahkan step by step,biar semua orang just follow je.free lg.biar semua orang berpeluang jana duit internet.lg plak ilmu tk baik jual kan,tuhan wajibkan manusia sampaikan ilmu yg kita ada wpn sedikit..berpesan2 tentang kebaikan..tkde jual ilmu mcm orang barat buat sampai orang islam terikut2.ini akan menyekat ilmu dr berkembang…

so sorry..minta maaf banyak2 semua..

April 25, 2009

Nawar @ 1:01 pm

Rosnizar,

Terima kasih kerana memberikan comment yang panjang lebar. Saya mendoakan supaya Rosnizar berjaya dalam cita-cita tersebut.

Satu cita-cita yang MURNI untuk memberikan tunjuk ajar dan ebook secara PERCUMA kepada orang ramai berkenaan teknik dan strategi Rosnizar.

Saya cadangkan ebook tersebut mengandungi gambar langkah demi langkah dan yang terbaik sertakan dengan video tutorial.

Untuk lebih menarik lagi, berikan support percuma yang memboleh Rosniza membantu orang ramai menjana pendapatan melalui internet.

Sila maklumkan kepada saya bila dah siap nanti boleh saya berikan kepada subscriber. Tentunya subscriber saya akan menghargainya.

Saya ada terfikir juga untuk kekedai buku berdekatan dan bertanyakan kenapa mereka tak beri PERCUMA sahaja buku-buku di kedai mereka secara PERCUMA kerana ILMU yang terkandung didalam buku-buku tersebut kan milik TUHAN.

Harap-harap satu hari nanti semua kedai buku, kolej, university memberikan ILMU secara PERCUMA.

AHMAD RIZAL @ 2:07 pm

Salam…terima kasih nawar sbb bg kata kata peransang mcm ni…saya pun dah nak down ni…saya beli ebook sampai 200+++ saya buat…baca email nawar…masih belum nampak hasil lgi..saya dah nak mula give up sbb saya perlu tambah pendapatan untuk keluarga saya….tapi bila nawar bagi kata perangsang supaya cari knowledge dan mahirkan skil skil yg perlu saya kembali bersemangat…..saya akan cuba yang terbaik nawar..semoga anda dapat memberi lagi tips tips yg boleh membantu newbie mcm sy nie…

fadil @ 2:42 pm

En Munawar. Macam mane nak dapat penawar untuk naikkan pendapatan adsense. muahaha! saya gurau je. Kalau tidak keberatan boleh tak bagi satu web/blog encik munawar yang MFA sahaja sebagai contoh kepada newbie. Pengalaman yang menarik sebelum jadi full time buat bisnes internet nih sampai saya mengikut jejak encik munawar. Thanks for sharing it sir. Tapi the best income yang pernah saya dapat dari online business semestinya GA. All the best.

hanita @ 3:45 pm

jutaan tahniah & terima kasih untuk nawar, saya rasa saya belum sampai ke tahap begitu, mungkin saya akan belajar menguruskan masa dahulu barulah saya dapat mempelajari modul yang en nawar berikan. apapun tahniah & terima kasih sekali lagi atas ilmu en nawar. saya akan cuba memahaminya semula dan memulakan langkah pertama

melayu boleh @ 5:42 pm

memang penyabar orangnya dan mantap citacita nya.

azizul @ 6:55 pm

terima kasih kerana menwujudkan blog ini.. dengannya kita semua yg baru belajar nk buat google adsense boleh belajar gan lebih mendalam drpd En Nawar..

sebenarnya ia tidaklah susah bagi saya.. tp..hehe tp yg bermasalah ni.. saya xde masa lagi nak xplore adsense ni..

adelah kali sya buat.. tp nampaknya xjalan jugak.. dulu sya ada guna email jijo86r@yahoo.com.. kalau en Nawar ada apa2 info kasi tau saya kat email kt atas 2.. sbb email jijo86r@yahoo.com sya akan cancel..

aswad @ 8:10 pm

salam encik munawar.. saya bangga dengan kesabaran dan keyakinan anda dalam bisnes di internet ini..saya akan ikut nasihat2 anda yg berguna ini.. hope dapat menjadi IM yg hebat kelak nnti.. insyaallah

abei @ 8:49 pm

salam n syabas ustaz nawar,xperiance sdr akan sy gunakan sebaiknye. ni haa website sy dah 4 hari invisible kat internet,anak2 sy tak habis2 tanye kenape? ini semua dugaannnn….sy akan cuba atasinye.

wasalam abei

myloo @ 9:07 pm

terima kasih atas kesungguhan saudara mawar memberi tunjuk ajar tengtang bisnes internet… saya faham dan yakin atas keikhlasan saudara ingin mambantu orang melayu kususnya… walaupun saya baru ingin mempelajari saudara tidak putus-putus mengirim email kepada saya walaupun saya mengunakan nama myloo saudara faham saya adalah orang melayu…syabas mawar semuga Allah lebih dekat pada yang ikhlas..

FreeAutoresponder @ 11:08 pm

Salam en Nawar,

Saya salah seorang pembeli Ebook JWA keluaran en Nawar. Secara jujurnya, saya merasakan harga ebook tu paling mahal berbanding dengan ebook dari usahawan lain. Tapi saya beli juga. Mengapa? Saya merasakan ada aura 'keikhlasan' en Nawar selepas mendapatkan 6 modul Adsense percuma tu.

Saya kini telah menjana usd4 sahaja selepas 2 bulan lebih bergiat dalam adsense ni. Nilai ni mungkin terlalu kecil untuk ramai orang termasuk saya sendiri. Tapi bagi saya, nilai tu cuma ukuran kepada usaha saya. Kalau saya tak berusaha gunakan teknik yang betul, macam mana nak dapat pendapatan hingga ratusan dollar sehari. Masih banyak teknik yang di ada dalam ebook tu belum saya masterkan lagi terutama teknik video tu.

Anyway thanks sekali lagi kerana berkongsi pengalaman…

April 26, 2009

norli @ 12:42 am

Assalamualiakum,

Rasa begitu bangga dgn En Nawar coz begitu jujur, tabah, berani, tak mudah putus asa dan begitu cekal orgnya. Saya mula m'ceburi dlm bidang ni baru 2 minggu so memang byk perkara saya harus belajar dan terus belajar. Dgn izin ALLAH saya harap apa yg di impikan akan menjadi kenyataan.. Insyaallah…. *thanks atas tip2 yg begitu berharga!

mizan @ 1:07 am

Saya banyak mendapat inspirasi dan semangat dari en.munawar. Saya pun dari kalangan newbie. Pakej en. munawar belum sempat saya beli. Sekarang ni saya cuba membuat research sendiri. Banyak saya habis kan masa mencari cara-cara yang betul dalam adsense ni. Saya masih belum lagi berputus asa. Tetapi saya hairan kenapa saya masih belum mendapatkan approval dari adsense. Sesiapa yang dapat membantu amatlah saya hargai.

artramle @ 1:19 am

Salam, semakin bertambah semangat bila baca blog saudara nawar,insyaallah panduan dan tunjuk ajar dari saudara nawar amat diperlukan untuk newbie macam saya ni .untuk makluman saya ada 'terbeli' produk cara promosi affiliate clickbank baru-baru ni untuk rakyat malaysia dari rakyat malaysia katanya(harganya rmXXX.00) tapi hasilnya hampeh, produk atau ebook itu hampir-hampir membuatkan saya jadi putua asa dan kecewa mujurlah saya kuatkan semangat dan ambil pengajaran dari pengalaman itu.saya abaikan truma tersebut dan buat surveys online adalah dapat beberapa USD buat pengubat frust di hati.insyaallah saya akan cuba follow google adsense pula atas panduan dari sdr nawar moga kita akan terus berjaya dalam bidang buat duit di internet ni

ikmal @ 4:39 am

salam sdr nawar…saya kira catatan pengalaman sdr akan dpt memantapkan lg keyakinan bhw Allah dgn sifat-Nya yang Maha Pemberi Rezeki dan sifat al-RahmanNya tidak akan pernah mensia2kan usaha hamba2Nya…setkat mana usaha kita, byk itulah hasilnya…apo yg ponting —> tingkatkan ilmu, tambahkn skill, gandokan usoho…yakinlah kasih sayang Allah pasti melangkaui jangkaan akal kito.

p/s saya sgt baru dlm dunia im nih…masih meraba2 lg…bro nawar tak cdg nak jual lg JWA ko? dlm bntuk hardcopy pn ok

yusriza @ 11:51 am

Salam..

Pengalaman Nawar membuatkan saya betul2 teruja untuk memulakan bisness online saya sendiri…saya juga dah hampir berputus asa dgn bisness secara online ni..dah banyak wang saya yang habis dilaburkan untuk membeli ebook dan menyertai program2 yang kononnya menjanjikan pendapatan yang lumayan..tambahan pula saya tidak mahir dengan komputer,dan istilah2 yang selalu digunakan oleh internet marketer..rasa mcm tertipu pun ada…

Saya sekarang ni dalam proses belajar..email2 dari Nawar banyak membantu saya cuma buat masa ni saya belum betul2 bersedia untuk memulakan bisness online saya…tunggulah bila saya dah betul2 memahami dan bersedia saya akan mulakan langkah dan tidak akan berpaling lagi.. terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat dari semua..

zulkifli mohamad @ 1:59 pm

bagi saya ilmu dan juga kefahaman itu sangat penting…cuba kita gabungkan skill2 yg ader.cth kata kan Si a buat pasal google andsense si b pun buat benda yg sama cuba kita gabungkan skill si adan si b tu

Abu Hafiz @ 2:38 pm

betul kata en Munawwar, dulunya ibubapa kita ada kebun getah untuk menoreh, tapi kita ada kebun cyber…kena belajar teknik menoreh di alam cyber. tiada perkataan kecewa dan putus asa, saya kira usaha kita mencari rezeki yang halal di internet adalah satu perjuangan jihad, bila untung walaupun sedikit…mesti bayar zakat. Saya sudah buat apa yang diajar dalam JWA dan dah ada $50.00 cuma menuggu ianya jadi $100.00, nak keluarkan duit. Lepas tu usaha lagi, tambah kan blog dari 10 menjadi 100. Semua tu tak mustahil. dan tiada diskriminasi sama ada kita ni kulit hitam legam ke…kaki dua-dua belah tak ada ke…tak siapa peduli. Cukup $100.00 terpaksa saya berkerusi roda ke bank untuk ambil duit…nak minta kerja, tak ada siapa nak ambil saya bekerja. Tekadkan niat dan usaha….sehingga sapai kemuncak membayar zakat sebanyak rm1juta.

Nawar @ 3:02 pm

MasyaAllah Abu Hafiz!

Kalau Abu Hafiz dan berjaya menghasilakn $50, insyaAllah tidak mustahil untuk mencapai $100, $1,000 dan sebagainya.

Lihat blog/web yang mana menghasilkan pendapatan, apa keyword digunakan dan tumpukan pada blog tersebut.

Kemudian repeat untuk blog yang lain dengan kriteria keyword yang sama dan lakukan seperti mana yang Abu Hafiz buat pada blog sebelumnya.

Buat target, katakan satu blog $50 per bulan dan Hafiz hanya perlu 10 Blog untuk $500 per bulan.

Itu pun dah cukup lumayan.

MasyaAllah! berkerusi roda?

fadil @ 9:07 pm

Masya allah! sesuatu yang mengkagumkan bagi Abu Hafiz. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Insya Allah en hafiz boleh berjaya seperti en nawar. Saya pun dalam proses ke arah itu banyakkan blog. All the best.

Azmi @ 9:48 pm

Terima kasih Munawar atas pengalaman yang benar dan diadaptasi dengan terang sekali. Saya pun banyak mengalami kegagalan dalam perniagaan tetapi tidaklah sampai rugi teruk atas sikap berhati-hati. Sebenarnya saya dah lama mengenali internet dan pakar dalam graphic designer. Untuk mendapat income yang stabil takde masalah tetapi kena kerja keras hingga ke larut malam. Tetapi sampai bila saya harus bersengkang mata? Walaupun dah lama mengenali internet tetapi pasal buat duit kat internet ni saya baru study dua tahun lepas. Dah beratus duit habis beli ebook. Kebanyakan hampa! Sampai sekarang saya masih belajar dan belajar.. Selepas hampir satu tahun belajar pada akhir tahun lepas saya mula buat blog dan affiliate program selepas dua minggu dapatlah beberapa jualan…Ia memberi keyakinan untuk saya meneruskannya…Artikel En Munawar lebih memberi semangat kepada saya..Marilah sama-sama kita memberi semangat dan tolong menolong untuk lebih maju..jangan kedekut dengan ilmu..InsyaAllah. ILMU YG ADA BUKAN UNTUK DISIMPAN TETAPI UNTUK DISEBAR..Allah akan memberi ilmu yang lain pula..

Mazli @ 9:50 pm

pada pandangan saya, buat masa ni tak payah la harap sangat hasil mencurah2. betul kata en nawar, belajar la dulu cara nk buat. bila dah betul2 rasa boleh lari..pecut la sekuat hati. tp kalau tak mampu merangkak dulu pun takpe janji boleh sampai target. hidup nie pun bukan nak mati esok. umpama menanam pokok, bukan boleh dapat hari nie gak.ubi pun kena tunggu dlm 6 bulan (malas nk jaga).kalau pokok yg nk kena jaga hari2 mcm pokok sayur pn dlm seminggu gak (tp kena jaga sentiasa la). apa2 hal tawakkal dgn Allah. sbb DIA yg cipta kita, beri kita rezeki & mintak la kat DIA yg terbaik untuk kita dunia akhirat. salam :-)

MohdHafizKamal @ 10:15 pm

Sy juga inginkan kehidupan yg sy tentukan sendiri apa nak buat hari ini, esok, minggu depan, jam ini buat apa, jam berikutnya buat apa. Sebab tu sy belajar dan belajar lg semoga satu hari nanti sy dpt keadaan itu. Tp sy dah tetapkan matlamat tahun 2011 nanti sy dpt jd bos pd diri sendiri.

April 27, 2009

shahmir/hifiman @ 12:37 am

Thanks nawar atas email saudara berkenaan tajuk diatas. Saya dah melakukan banyak bisness. Tak menjadi kerana penuh dugaan dan hasad dengki. Perniagaan internet amat menyeronokan dimana saya boleh buat macam-macam tanpa modal ratusan ribu.

Kepada kawan-kawan jangan putus asa cuba lagi bila gagal. Sampai anda buat USD1.00 yang pertama…insyallah keseronokan akan muncul sekaligus usaha anda akan berganda. Cuma nasihat saya jangan habiskan banyak masa didepan komputer…jadualkan kerja internet anda. Kesihatan diri amat perlu….jangan sampai jatuh sakit….percayalah saya pernah alaminya.

Nak dapatkan traffic dan ranking terbaik terlalu banyak caranya dan saudara nawar telah banyak memberi tips…cuma kita perlu masa dan masa untuk promosikan website kita…dan jangan lupa kesihatan diri yang utama….Insyallah kita semua akan berjaya dengan usaha berserta doa memohon pada Allah agar memudahkan laluan untuk kita mencari rezeki di internet.

http://www.e-hifistuff.com

Farhan @ 9:01 am

nampakknya saudara nawar ada kelebihan dlm perniagaan internet ni. Sebabnya saudara ada basic.

kalau macam saya ni html pun taktau.. kena struggle sikit. ditambah pula selepas saya beli pakej jwa tu saya kena transfer ke kawasan pedalaman yang jangankan talian streamyx, talian telekom pun takde…

so sekarang pakej jwa tu terperap je la… maybe satu hari nanti saya berpindah kluar dari kawasan hutan ni saya akan praktikkan apa yang saya beli…

PanduanCendawan @ 9:37 am

Salam en Nawar dan kawan2 semua,

Terima kasih buat kerana berkongsi pengalaman anda semua dalam mengusahakan program adsense ni. Banyak betul2 komen2 yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Buat newbie seperti saya, pengalaman tuan2 boleh menjadi panduan berguna agar kami lebih bersedia.

http://www.panduan-cendawan.com

TQ

Ahyat Ladibi @ 4:27 pm

Ass. Terima kasih Munawar, Anda telah membangkitkan smangat saya untuk slalu belajar dan berusaha mudah2 saya termasuk orang2 yang tidak pernah mengenal kata PUTUS ASA seperti Anda, Thx U Wassalam, Ahyat

Malik @ 7:10 pm

To rosnizar,

sudah kah anda membeli JWA? mungkin dia tak tengok lagi isi dalam nya.

Nawar @ 8:13 pm

Malik,

Rosnizar bukan pelanggan saya tetapi salah seorang subscriber yang menerima email dari saya.

Komen yang sebegitu bukanya baru bagi saya.

InsyaAllah, berikan masa kepada beliau kerana satu msa nanti dia akan faham dengan sendirinya tentang komen yang diberikan.

April 28, 2009

Azmi @ 12:38 am

Saya setuju juga dengan komen Rosniza ni. Tapi Sdr Munawar saya rasa seorang yang jujur. Saya tak beli lagi produk Munawar. Saya subsbr dia je tapi dah banyak email dan nasihat serta kata-kata perangsang yg dia bagi tanpa mendesak saya membeli barang. Saya ada beli beberapa ebook hot tempatan dan Inggeris.Kandungannya tak seberapa, terbeli kerana sales letternya yg melampau powernya. Satu lagi saya sungguh benci dengan sales letter marketer melayu yang suka menggunakan ayat " Anda tak perlu tahu bahasa inggeris pun untuk buat duit di internet!!" Saya rasa kalau kita tak tahu bahasa inggeris kita tak kemana kecuali kat Malaysia je!!Memanglah kita boleh copy and paste! Sebenarnya kandungannya lebih kurang sama dengan ebook free yang bersepah skg. Untuk dapat ebook free dan berkualiti anda join saja sebagai free member masterreselright membership. Website ni akan bagi tools dan guide macamana nak promote link aff anda.Terima kasih dan selamat maju jaya. Untuk berjaya kita kena sentiasa belajar. Marilah kita semua berkongsi maklumat dan pandangan.. Terima kasih Munawar atas segalanya.

atim @ 8:04 am

salam.. nawar, rasanya anda masih mengingati saya.. sebenarnya saya tidak tau apa yg dibincangkan.. wlp ada degree in marketing, i don't know how to practise it.. i learn but not use it the knowledge.. nawar.. adakah saya perlu ada product yang perlu saya pasarkn baru sy boleh join this marketing online business.. mgkn nmpk bodoh soalan dari sy, tp bagi org yg xberpengetahuan ttg semua ni, mgkn m'jd satu persoalan yg besar.. sy tidak cuba utk explore sbb sy xtau arah tujuannya.. sometimes, baca kisah anda buat sy bersemangat.. tp bak kata pepatah "hangat2 tahi ayam"… i don'i know where should i starting.. apa yg saya tau, manage duit yg saya ada hasil dari bulanan kerja saya utk manfaat saya dan keluarga memandangkan sy masih bujang.. kalau blh, sy nak nawar jawab persoalan pertama sy samaada sy perlukan product, baru sy blh join this online marketing..

Nawar @ 8:24 am

Kepada Atim,

Untuk makluman Atim, ramai internet marketer yang background mereka bukannya marketing dan business.

Dr.Subramaniam seorang Dr pakar kanak-kanak tetapi salah seorang pakar internet marketing.

Ianya kerana minat dan kesungguhan.

Berkenaan produk, ia bergantung…

Atim boleh mulakan perniagaan internet tanpa Produk langsung contohnya Google Adsense.

Atim juga boleh mulakan tanpa produk sendiri dan website… ia dipanggil Affiliate marketing. Atim hanya tumpukan pada promotion untuk membawa traffic ke laman web yang Atim ingin pasarkan.

TETAPI walaupun tanpa produk, Atim perlu tahu "Niche Market" yang ingin disasarkan…"Utmost Important"

Cadangan saya kalau nak bermula, mulakan dengan dua ini Adsense kemudian Affiliate dan kemudia selling own produk then next workshop/seminar.

Saya harap jawapan saya membantu.

salam…lame sungguh rase x access blog saudare nawar…. bile nk masuk je…x boleh….x tahu kenape?server down ke… semua bende ken bermula dengan kesusahan…baru ade feel die….kalau kite x pernah lakukan kesilapan..kite x akan dapt belajr sesuatu…

REGARDS, -Muzri a.k.a Muyie - Kamrie Corporation +6012-6656874 add me @ YM:- nameless_oilux Skype : kamriecorp

faiz @ 11:23 pm

wah bro munawar..ramai sungguh orang yg komen…maknanya list build bro mmg byk…apa pun saya dah 1 tahun lebih menunggu kehadiran wang dari adsense..tah bila la nak merasanya…

April 29, 2009

Yaser @ 4:11 am

Rezeki Allah yg menentukan…so teruskan usaha dan redo sajalah…"Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yg dikehendakinya"…

Lanchini @ 9:23 am

4 Rahsia untuk berjaya ,

1) Usaha bersungguh2 2) Usaha bersungguh2 3) Usaha bersungguh2 4) Ulangi rahsia 1) hingga 3)

InsyaAllah berjaya..

Nawar @ 9:52 am

Faiz,

Kalau tunggu ianya tak akan datang :-)

Jumaint @ 10:59 am

Assalamualaikum saudara Munawar. Terlebih dahulu saya minta maaf sebab lama x bagi respon email, al-maklumla agak busy kebelakangan ni. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala email yang dihantar, dan terima kasih juga dengan panduan2 yang diberi. Moga-moga kita semua berjaya dengan bimbingan dan nasihat yang saudara munawar berikan. Untuk pengetahuan saudara, sebenarnya saya juga merupakan orang baru dalam dunia internet ni. Semoga panduan yang diberikan dapat saya manfaatkan dengan sebaiknya. Assalamualaikum.

alfie @ 1:11 pm

<

p>hmm…..tak tau pulak dah ader upgrade ebook JWA v2.1.Syukur ke hadrat Illahi kerana saya paksa jugak diri ini beli JWA v2.0 dan apa yang saya dapati ianya lebih merupakan satu Pakej yang amat bernilai.Sesuai dengan harganya RM100.Amat rugi orang yang tak beli ebook nih.Tau sebab apa saya kata rugi,selain Adsense,cara2 yang tercatat dalam ebook ni boleh diaplikasikan bukan saja Adsense,malah Clickbank,Clickbooth,Bidvertiser,program PPC dan CPA yang seangkatan dengannya.Untuk pengetahuan semua,saya dah beli satu skrip yang membolehkan kita letakkan ID publisher Adsense dan keywords yang kita buat search berdasarkan 6 Modul JWA melalui video YouTube.Mungkin yang tidak terlibat dengan Adsense tidak sedar yang Google telah pun mengeluarkan produk Adsense terbarunya iaitu Video For Adsense.Malangnya produk ini hanya untuk rakyat AS buat masa ni.Jadi alternatifnya,inilah skrip yang boleh dieksploit untuk menjana pendapatan pasif dari Adsense.Oohya…berkenaan skrip ini,ianya bernama You Tube Video Site Generator,Pro Edition.

joko @ 9:06 pm

Tahniah bro kerana telah berjaya…memang betui kita kena niat belajo. namun saya dah 2 tahun godek internet ni tapi hapah dapat RM 20 ja.silapnya semua program sy nak buat. jgn tiru saya. ha ha

Mazmin bin Korib @ 9:51 pm

Terima kasih Bro Nawar.

Saya sudah 2 bulan tidak aktif. Hasrat nak buat adsense pun terbantut. Ada join pelaburan internet, tetapi tidak menjadi. Malah ada sesetengahnya menipu. Kerana saya telah pun tertipu.

Walaubagaimana pun saya suka membaca pengalaman Bro Nawar. Sikapnya yang cekal dan tidak kenal jemu boleh dijadikan contoh yang baik.

ahfatlim @ 10:51 pm

Salam… betul kata org, knowledge is power.. hack this planet! =)

Nawar @ 10:54 pm

Joko,

2 tahun dalam internet marketing kalau tumpu betul-betul dah boleh jadi expert.

Tetapi disebabkan nak cuba semua dan tak fokus… semuanya tak dapat.

2 tahun kalau bina list mungkin dah lebih dari 10 ribu list.

Jadi.. cuba lah plan betul-betul

April 30, 2009

Amirol @ 12:18 pm

terharu pulak baca pengalaman abang nawar..saya ni pun newbie je dalam dalam ni.. ada jugak rasa nak putus asa kadang-kadang..tapi lepas baca blog abg nawar ni..ade semangat baru pulak datang..thank abg nawar!

athirahsal @ 6:28 pm

terima kasih bro nawar …anda banyak membantu saya dgn email percuma yang di hantar….

May 1, 2009

mohd fazuli @ 11:34 pm

salam.. pertama saya nak ucapkan ribuan terima kasih kpd en nawar. akaun sy telah diluluskan minggu lepas.. skg sy sedang menanti buah utk usaha sy, atas tunjuk aar dr saudara. sekali lagi terima kasih..

May 4, 2009

Haris @ 1:24 pm

Salam,saudara munawar..ebook jwa saudra dh xjual ke?sy amat brminat dgn ebook itu..

Nawar @ 1:55 pm

Haris,

Saya buka tempahan semula esok Selasa, 5hb Mei 2009 untuk beberapa unit sahaja. InsyAllah tempahan bermula jam 9:30 pagi.

Kalau ada rezeki lebih bulan ini, boleh dapatkannya esok :-)

May 5, 2009

sapawi @ 12:55 pm

Salam En. Nawar,

Saya sudah pun membeli 'new package V2.1. Hanya untuk menunggu feedback dari En. Nawar aje.Diharap dapat membantu saya mencari pendapatan sampingan. Nak harap gaji, bulan-bulan mesti x cukup, ditambahkan dengan kenaikan harga barangan. Diharapkan En. Nawar dapat membantu saya jika terdapat sebarang kemusykilan tentang 'google adsense' ni.

May 6, 2009

putra77 @ 8:40 am

salam bg nawar & salam semua semoga dlm keadaan c-hat walafiat hendaknya

utk pgtahuan, sys juga newbie dlm bidang ni, so cerita bg nawar 2 cukup memberi pencetus semangat dalam mengharungi arus kehidupan dewasa ini yg pastinya menuntut kecekalan & ketabahan individu.

syabas & tabik kpd bg nawar krn berjaya melalui proses yg bagi sya amat mencabar/tragik/haru itu. bukan senang nak ada hati secekal mcm bg nawar 2…

kpd yg hampir2 nak down 2… cubalah jadikan bg nawar ni sebagai contoh yg baik utk kita ikuti…InsyaAllah pasti bermanfaat. ibarat kata pepatah …'pantang menyerah sebelum berjuang'…cewah, semangat la man semangat!

inilah motivasi yg perlu ada selagi kita bergelar sebagai insan

salam hormat dari sya…doa sukses selalu utk bg nawar & semua solute bg nawar

Ikhlas,

'Bukan senang nak senang & bukan susah nak susah' tapi kalau dlm susah buat yg senang dulu…

ahmad @ 2:07 pm

Insyallah, alhamdulilah dan masyallah. Mudah-mudahan Allah memperbaiki hidup saya dan kita. Sila beri tunjuk ajar. ahmadsallyna

black-x @ 9:38 pm

assalmualikum,

saya tertarik ngan pakej nawar, dan jugak cerita susah payah nawar, saya bukanlah kaya dengan adsense tapi mampu untuk sara hdup hanya dengan adsense, (dalam lgkungan rm1000) dengan satu blog sahaja dan kejayaan tu saya kecapi baru tahun ni, setelah bermula 2007.

hanya 2 rahsia–

-jangan putus asa -sentiasa belajar walaupun brjya

ada dua senjata ini anda mampu, buat kerja ngan ikhlas, jangan cari teknik tipu atau mudah, kadang2 menangis pun ada sebab dah buat macam2 tapi xbjaya, jgn terlampau mengharapkan orang lain, kita tengok banyak orang yg bjaya, kita–bila? hanya pemerhati?, dan anggap mustahil untuk kita, buuat sesuatu untuk diri anda – tangisan kesedihan akn nertukar tangisan kejayaan, duit yang saya dapat tu saya nampak titk peluh disitu, biar bukan berjuta tapi puas denga apa yang diusahakan,

kalau jatuh berlari dan jatuh, bangunlah.. baru anda akan sampai,

–skadar renungan buat teman semua–wassalam

May 7, 2009

adzha @ 10:02 pm

sungguh kuat smngt abg nawar…ya allah kuatkan lah smngt ku dan rakan- rakan seperjuanganku untuk terus berjuang mencari rezeki yg halal di bumi ciptaan mu ini…thanks abg nanwar..sbnrnye td sebelum sy pg tahlil….sy mmg dah nekad nak stop wat sume nie…sy dah down sgt..give up dgn ape yg sy buat….ni lah org kate allah maha pemberi rezeki…sy balik dan check email tgk ade msg dr abg nawar…sy bc smpai habis….nak menitis air mate pon ade…sy terus bulatkan tekad untuk berjuang semula….harap dgn niat sy untuk berjaya mcm abg nawar dan pro yg lain di makbulkan allah..

May 8, 2009

rizal @ 5:57 pm

Kegagalan adalah satu pelajaran baru….

Tiada yang lebih bagus daripada kita terus mencari ilmu. Dalam pelbagai aspek manapun kalau kita putus dalam mencari ilmu maka kita akan menjadi mundur. dalam bab yang nawar ceritakan bagaimana dia cunba merdekakan dirinya dari dibelenggu dunia. Alhamdulillah dia berjaya. Kita bagaimana?

segala bermula mestilah dengan minat dan tujuan barulah ianya akan bermula. Pasang niat dan strategi yang terbaik… jika gagal jangan undur teruskan lagi usaha.

Dalam dunia yang seba moden.. manusia menjadi semakin malas. Jadi peluang untuk berniaga melalui ruang maya ini adalah satu peluang yang amat besar. Bagaimana? Ilmu itu harus kita belajar. Disamping doa yang kita pinta hari-hari. Saya berminat dengan dunia maya, mencuba pelbagai tetapi masih belum membuahkan hasil. Saya akan terus cuba-dan cuba. Saya mulakan membina blog dengan niche yang saya minat. Moga ia akan memberikan saya semangat untuk berjaya. Nawar doakan saya mencapai cita-cita saya dalam dunia maya ini… selamat jumpa lagi.. assalamulaikum

May 9, 2009

BAGAK @ 9:45 pm

Saya memang menunggu sehingga JWA2.1 untuk membelinya. Puas hati dan saya cadangkan dijual di kedai buku untuk membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia menjana wang.

June 6, 2009

Muhamad Sidek @ 2:22 pm

Assalamualaikum

Sdra Nawar

Saya telah menyertai seminar tuan pada 2007 dan membeli pakej JWA 2.0 tetapi sehingga hari ini saya masih gagal memperolehi pendapatan yang boleh membayar kos kursus dulu, ada beberapa sebab mungkin kegagalan itu berlaku, pertama; kita kena selalu update blog yg dibina kalau ada satu dua ok lagi tp saya dah buat berpuluh2 mengikut langkah2 yg diajar dengan keyword yg kompetetif tp sayang tak ramai yg masuk.Lama kelamaan mood kita mulai menurun.Kedua, mungkin kerana gagal mencari keyword yg memikat pengunjung dan ketiga ialah jumlah traffic yang masuk hanya melihat tetapi tidak klik pada iklan2 itu..

Cadanngan, sdra nawar boleh buat sedikit research terhadap masalah2 yg berlaku terutama kpd newbie sperti saya ini.

June 12, 2009

Zalina Zan @ 9:53 am

Assalamualaikum Cikgu Nawar

Terima Kasih atas segala email yg telah cikgu hantarkan ke email saya.. Saya sedang mempraktikkan apa yg cikgu Nawar ajar sekarang ni, dengan membina blog baru…masih dlm proses membina blog sambil baca nota cikgu di email saya…Saya harap kali ni saya mendapat sales di internet. Insyaallah..

Moga Allah memberikan ilmu yg baru kepada Cikgu Nawar dan dapat berkongsi kepada kita semua. Wassalam.

January 14, 2010

syarih @ 12:00 am

Assalamualaikum semua.

Saudara semua munkin telah membaca dan telah mengikuti semua panduan yang diberikan oleh saudara Nawar. Ya.. semua panduan itu tepat dan bernas sekali. Sekiranya anda mengikut sepenuhnya panduan yang telah diberi itu belum tentu anda akan dapat menjana pendapatan. Ini kerana sebahagian lagi berada pada kebolehan (skill) dan kreativiti anda sendiri. Sebagai contoh en. nawar menjual sebilah pisau yang tajam dan anda membeli pisau tersebut dengan harapan dapat memotong. Ermm…tetapi nak potong apa? Itu masalahnya. Jika kita bina blog yang baik mengikut panduan itu, untuk siapa blog itu? Anda kena jawab sendiri. Dan ia mestilah menarik, ceria, informatif, kontent blog itu dapat menyelesaikan masalah kepada yang melawatnya baru dikatakan unik. Letakkan diri anda sendiri didepan blog itu. Sekali pandang adakah anda akan klik dan membaca di blog anda itu. Jika ya maka anda mungkin berjaya, insyaallah..

Leave a Comment

Powered by WP Hashcash

Subscribe without commenting

Register Login