June 28, 2008
Membina Lebih Dari Satu Blog
Satu akaun Blogger (Blogger.com) anda boleh digunakan untuk membina lebih dari satu blog tanpa mendaftar akaun blogger yang baru.
Saya menulis ini kerana ramai newbie yang tidak mengetahui bahawa anda boleh membina laman blog lebih dari satu dengan akaun Blogger yang sama.
Ianya juga tidak semestinya topik yang sama, anda boleh membina blog berkenaan home decoration, ringtone, handphone dan sebagainya mengikut niche market anda.
Bagaimana melakukannya? (tutorial ini beranggapan bahwah anda telah mempunyai satu blog dan ingin menambahkan blog anda).
Apabila anda login ke akaun Blogger.com anda akan dapat melihat panel seperti ini:-

Dashboard adalah panel management yang berfungsi sebagai panel kepada semua blog anda. Sekiranya anda ingin membuat blog yang baru, maka anda hanya perlu klik "Create a Blog" dan masukkan maklumat yang diminta untuk membina laman blog yang baru.
Sila rujuk 6 Modul Adsense yang saya berikan secara percuma bagaiaman membina lama blog.
Sekiranya anda ingin melihat kesemua post yang telah anda lakukan pada blog tertentu, anda hanya perlu klik Posts pada blog 1 katakan, maka anda akan dapat melihat kesemua post yang telah anda lakukan sebelum ini.
Sekiranya anda ingin membuat post baru, anda hanya perlu klik +New Post dan masukkan kandungan blog anda yang baru.
Mahirkan setiap fungsi yang diberikan didalam akaun blogger anda. Jangan takut sebab ianya tidak akan meletup!
Berikan diri anda masa untuk belajar dan mahirkan satu per satu, anggap ia satu proses pembelajaran dan hargai apa yang telah anda pelajari.
Harap artikel ini membantu.
Filed under Uncategorized by Nawar
January 30, 2008
Berapa Kerap Saya Perlu Update Kandungan Blog?
Saya kerap menerima soalan tentang berapa kerap saya perlu update kandungan blog saya? Jawapan mudah yang boleh saya berikan adalah dengan mengambil kira 2 element penting dalam blogging.
1. Search Engine (Enjin Pencari)
2. Pengunjung
Kedua-dua element tersebut menyukai kandungan blog yang mempunyai NEW update. Saya menyarankan anda tidaklah perlu melakukan update terhadap blog anda setiap hari tetapi cukuplah dengan seminggu sekali.
