niche market

July 11, 2008

BERITA BAIK: Google Membongkar Maklumat Sebenar Nilai Carian Keyword!

Assalamualaikum & Salamsejahtera,

Akhirnya… Google secara tiba-tiba membongkar maklumat sebenar nilai carian keyword di enjin pencari mereka (Google.com)!  dan pada para internet marketer ini suatu KEJUTAN yang dilakukan oleh Google kerana selama ini Google merahsiakan (tidak berkongsi) maklumat ini kepada public.

Mungkin dari pengalaman anda sendiri, selama ini nilai carian "keyword phrase" yang diberikan oleh keyword tools percuma lebih kepada estimation (anggaran) dan kadang-kala agak tersasar jauh dari nilai carian sebenar.

Namun tidak lagi SEKARANG!… dengan maklumat yang didedahkan oleh Google (saya berharap)

Ramai juga dari kalangan pelanggan JWA yang mendapati blog mereka pada kedudukan yang baik di Google untuk carian keyword yang disasarkan namun oleh kerana nilai carian yang tidak tepat (tidak kesemuanya), mereka tidak mendapat trafik yang disasarkan (terpaksa membina blog dengan keyword yang lain pula).

Kalau anda masih tidak memahami apa yang saya maksudkan, mari kita sama-sama melihat maklumat yang saya berikan dibawah:

Google Keyword Tools => https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Gkt.png

Sekiranya anda dapat perhatikan gambar diatas, Google keyword tools diatas menunjukan "data nilai carian" berbanding sebelum ini ia hanya menunjukan indicator (petunjuk) seperti yang anda lihat pada kotak hijau diatas namun sekarang mereka menunjukkan nilai sebenar untuk keyword yang dimasukkan.

Apa yang boleh kita fahami dari data tersebut adalah begini, ada sejumlah 12,100 carian di enjin pencari yang menunjukan jumlah mereka yang mencari maklumat berkenaan "Straightening Irons" untuk bulan June dan purata pencarian bulanan untuk keyword itu setahun adalah sebanyak 14,800. Lebih menarik kalau kita dapat melihat keyword pharse "flat iron" iaitu 368,000 sebulan dan purata pencarian bulanan untuk keyword itu dalam setahun adalah 450,000.

Ini adalah data yang diberikan oleh Google sendiri dan ia sangat mengujakan saya.

Walaubagaimanapun anda harus mengambil kira persaingan untuk keyword seperti yang saya tunjukan didalam 6 Modul Adsense.

Saya hanya menyentuh bahagian carian keyword yang saya rasa amat-amat membantu para internet marketer dalam membuat keyword research dengan lebih tepat lagi.

Namun saya sebenarnya masih menunggu sekiranya ini hanya perubahan sementara yang dibuat oleh Google kerana ia agak tiba-tiba dilakukan oleh mereka.

Saya berharap ia tidak mengenakan bayaran khidmat dimasa hadapan setelah melihat ramai internet marketer beralih kepada tools ini dalam melakukan keyword research.

Saya lebih suka membuat ujian berkenaan data yang diberikan untuk melihat sejauh mana data ini boleh dijadikan sebagai rujukan tetap dalam membuat keyword research.

Saya juga akan melakukan update terhadap 6 Modul Adsense setelah dapat memastikan perubahan yang dilakukan oleh Google ini kekal dan bukan hanya sementara.

Anda mungkin ada mempunyai pandangan yang ingin dikongsikan berkenaan berita tebaru ini.

Tinggalkan komen anda dibawah.. ingin tahu juga apa yang anda fikirkan!

Ikhlas,

Munawar

Jana-Wang-Adsense.com

Filed under AdSense, Keyword, niche market, tools by

Permalink Print 89 Comments

January 31, 2008

Bhg 2: Pencarian Dengan Quote (“”) & Tanpa Quote

sponebox-confused.jpgSebelum ini saya ada menerangkan tentang pencarian keyword dengan quote "" dan tanpa quote di enjin pencari untuk menentukan persaingan terhadap sesuatu keyword yang ingin anda gunakan untuk membina laman blog AdSense anda.

Namun ianya masih belum dapat difahami dengan baik oleh sebahagain subscriber dan pembaca blog ini bahkan mengelirukan.

Secara umumnya pengguna internet melakukan pencarian maklumat di enjin pencari dengan menggunakan sesuatu keyword tanpa menggunakan quote "". Sebagai contoh pengguna ingin mencari maklumat berkenaan dengan electric bicycle (sebab orang dah malas nak mengayuh) maka Google akan memberikan keputusan seperti yang anda lihat dibawah.

More on Bhg 2: Pencarian Dengan Quote (“”) & Tanpa Quote

Filed under Artikel, Keyword, niche market, optimisation by

Permalink Print 15 Comments

October 27, 2007

Pendapatan Niche Blogging

Didalam penulisan saya pada kali ini, saya ingin anda flash back ke 6 Modul AdSense percuma yang saya berikan dimana saya telah menunjukkan kepada anda cara membuat "keyword brainstorming" dan seterusnya mendapatkan niche keyword yang dikehendaki.

Saya telah menunjukkan contoh bagaimana saya mendapat satu niche market dan niche market tersebut hanya mempunyai pencarian 1,159 sebulan, kalau dibahagikan kepada 30 hari, keyword tersebut mempunyai pencarian ~35 pencarian sehari sahaja. Sebenarnya tak banyak, tapi saya tak kisah sebab saya lihat ianya tidak mempunyai banyak persaingan hanya 11,200 pages dan saya ingin menjana secepat mungkin (dalam masa 30 Hari).

More on Pendapatan Niche Blogging

Filed under niche market by

Permalink Print 106 Comments

September 12, 2007

Page#1 Google Dalam Masa 7 Hari

Dengan merujuk kepada "6 Module Adsense Percuma" dimana saya berkongsi teknik bagaimana anda boleh mendapatkan "Niche Market" atau keyword yang membolehkan anda membina laman blog berdasarkan keyword tersebut. (Sekiranya anda belum mendapatkan modul tersebut sila subscribe dan muat turun sekarang di http://www.Jana-Wang-Adsense.Com)

Didalam modul tersebut saya telah menjumpai keyword "magnetic jewelry clasp" sebagai niche market untuk membina laman blog dan URL blog tersebut ialah http://magnetic-jewelry-clasp.blogspot.com [ *** Minta kerjasama dari anda jangan melakukan klik di iklan AdSense diBlog Tersebut. Saya berkongsi maklumat ini untuk kebaikan bersama***]

Keyword tersebut mempunyai pencarian anggaran sebanyak 1,159 sebulan dan telah bersaing dengan 502,000 pages tanpa quote "".

keyword search

Kurang dari ~72 jam, blog tersebut telah di index di enjin pencari Google tetapi berada jauh ke belakang SERP (Search Engine Result Page). Tetapi dalam tempoh 7 hari ia berada di antara page#4 dan #5 Google untuk keyword "magnetic jewelry clasp" iaitu posisi ke 54. (Result dibawah diambil ketika saya menulis blog ini. Ia mungkin berubah)

More on Page#1 Google Dalam Masa 7 Hari

Filed under blogging, niche market, Traffic by

Permalink Print 31 Comments