blog

June 28, 2008

Membina Lebih Dari Satu Blog

Satu akaun Blogger (Blogger.com) anda boleh digunakan untuk membina lebih dari satu blog tanpa mendaftar akaun blogger yang baru.

Saya menulis ini kerana ramai newbie yang tidak mengetahui bahawa anda boleh membina laman blog lebih dari satu dengan akaun Blogger yang sama.

Ianya juga tidak semestinya topik yang sama, anda boleh membina blog berkenaan home decoration, ringtone, handphone dan sebagainya mengikut niche market anda.

Bagaimana melakukannya? (tutorial ini beranggapan bahwah anda telah mempunyai satu blog dan ingin menambahkan blog anda).

Apabila anda login ke akaun Blogger.com anda akan dapat melihat panel seperti ini:-

blogbaru.png

Dashboard adalah panel management yang berfungsi sebagai panel kepada semua blog anda. Sekiranya anda ingin membuat blog yang baru, maka anda hanya perlu klik "Create a Blog" dan masukkan maklumat yang diminta untuk membina laman blog yang baru.

Sila rujuk 6 Modul Adsense yang saya berikan secara percuma bagaiaman membina lama blog.

Sekiranya anda ingin melihat kesemua post yang telah anda lakukan pada blog tertentu, anda hanya perlu klik Posts pada blog 1 katakan, maka anda akan dapat melihat kesemua post yang telah anda lakukan sebelum ini.

Sekiranya anda ingin membuat post baru, anda hanya perlu klik +New Post dan masukkan kandungan blog anda yang baru.

Mahirkan setiap fungsi yang diberikan didalam akaun blogger anda. Jangan takut sebab ianya tidak akan meletup!

Berikan diri anda masa untuk belajar dan mahirkan satu per satu, anggap ia satu proses pembelajaran dan hargai apa yang telah anda pelajari.

Harap artikel ini membantu.

Filed under Uncategorized by

Permalink Print 9 Comments

June 27, 2008

Satu Akaun Adsense Untuk Semua Blog

Saya menerima banyak soalan berkenaan "Adakah saya perlu memohon Akaun Google Adsense setiap kali membuat laman blog untuk Adsense?".

Jawapan yang ringkas…

"Tidak Perlu"

OK,…mari kita sama-sama belajar, dibawah saya terangkan dengan lanjut…

Untuk makluman anda, satu akaun Google Adsense adalah untuk kesemua blog yang anda bina. Anda tidak perlu memohon Akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina.

Katakan anda pertama kali membina laman blog berkenaan sesuatu topik contohnya "computer speaker" dan anda menggunakan blog tersebut untuk memohon Google Adsense.

Itu tidak bermakna akaun Google Adsense yang anda daftar hanya boleh digunakan pada blog berkenaan "computer speaker" sahaja sehingga anda tidak boleh menggunakan kod AdSense yang diberikan untuk blog anda yang lain.

Walaupun anda mendaftar menggunakan blog berkenaan "computer speaker".

Itu hanyalah sebagai rujukan kepada pihak Google bahawa anda telah mempunyai blog atau website untuk anda berkelayakan mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense.

Jadi kod AdSense yang sama boleh digunakan untuk kesemua blog anda. Kod tersebut akan secara automatik membaca kandungan blog anda dan akan mengeluarkan iklan dari Advertiser yang berkenaan dengan topik blog anda.

Jadi, adakah anda perlu daftarkan kepada Google setiap blog anda?

Jawapanya "Tidak Perlu"

Anda boleh gunakan Adsense Channel untuk memantau setiap blog yang anda bina. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Adsense Channel pada post yang lain.

Harap jawapan saya jelas dan membantu.

Filed under AdSense, blogging by

Permalink Print 18 Comments