January 31, 2008

Bhg 2: Pencarian Dengan Quote (“”) & Tanpa Quote

sponebox-confused.jpgSebelum ini saya ada menerangkan tentang pencarian keyword dengan quote "" dan tanpa quote di enjin pencari untuk menentukan persaingan terhadap sesuatu keyword yang ingin anda gunakan untuk membina laman blog AdSense anda.

Namun ianya masih belum dapat difahami dengan baik oleh sebahagain subscriber dan pembaca blog ini bahkan mengelirukan.

Secara umumnya pengguna internet melakukan pencarian maklumat di enjin pencari dengan menggunakan sesuatu keyword tanpa menggunakan quote "". Sebagai contoh pengguna ingin mencari maklumat berkenaan dengan electric bicycle (sebab orang dah malas nak mengayuh) maka Google akan memberikan keputusan seperti yang anda lihat dibawah.

electric-bicycle-1.jpg

Google akan memberikan anda senarai website yang mengandungi keyword Electric dan Bicycle dan jumlah pages yang mempuyai keyword Electric dan Bicycle adalah sebanyak 778,000 pages.

Tetapi anda sebagai Publisher yang ingin membina laman blog berkenaan dengan keyword electric bicycle, anda perlu melakukan pencarian dengan menggunakan quote ("") untuk mendapatkan jumlah pages (pesaing) yang telah mengoptimisekan blog/website mereka dengan aturan keyword electric bicycle.

electric-bicycle-2.jpg

Jumlah pesaing (R) anda yang sebenar ialah 553,000. Ini adalah jumlah pages yang telah diindex oleh enjin pencari yang telah dioptimisekan dengan keyword electric bicycle.

Didalam Package Jana Wang AdSense saya telah menunjukkan bagaimana anda melakukan optimisation keatas blog dan juga artikel anda. Apabila anda menulis artikel atau mencari artikel untuk blog anda pastikan anda mempunyai keyword density antara 2-5%. Ianya bukan bermaksud anda perlu menulis artikel dengan perkataan "electric bicycle" didalam artikel anda.

Filed under Artikel, Keyword, niche market, optimisation by

Permalink Print Comment

Comments on Bhg 2: Pencarian Dengan Quote (“”) & Tanpa Quote »

February 1, 2008

Jason Martin @ 6:32 pm

hi.. terima kasih untuk 6 modul yg encik berikan. boleh tak kita bertukar2 link? saya dah masukkan link blog encik ini kat laman blog saya. jadi saya harap encik juga akan masukkan link blog saya di laman web atau blog encik. terima kasih..

February 2, 2008

khizul @ 1:35 am

salam..
en. nawar, sy nk tnya pekej yg kedua tu bleh ke sy dapatkan skrg?

Nawar @ 9:05 am

Khizul,

Pakej JWA2.0 akan available selepas Tahun Baru China. Saya harap Khizul dapat bersabar.

February 3, 2008

nazri @ 6:42 pm

good info..tq

May 26, 2008

dhomidyaz @ 5:11 pm

assalamualikum..

boleh terangkan tak macamana caranya kita nak dapatkan page pertama dalam SERP kat google??

June 14, 2008

nizam @ 11:50 am

Assalamualaikum,
Harap saudara sihat sekeluarga,

saya ingin bertanya tentang account Adsense.

Bolehkah kita gunakan hanya satu account untuk beberapa blog kelolaan kita?
terima kasih

jen @ 9:16 pm

salam en nawar..saya ada soalan…kenapa kita perlu letak “-” antara keyword dlm domain name?

October 18, 2008

rahim @ 10:31 pm

adakah tuan mengadakan bengkel adsense?

February 10, 2009

manaf @ 1:42 am

ni saya nak tanya kepada en nawar bila akan anjur kan lagi bengkel adsence saya ingin tahu?

adakah buku 2.0 ada

saya nak ketahui bila bengkel akan buat

May 3, 2009

zam @ 11:51 am

Terima kasih atas 6 modul yang telah diberikan. Ia banyak membantu. Namun saya perlukan aliran trafik yang banyak untuk menjana pendapatan. Itu lah kekurangan saya. Harap dapat membantu saya.

May 15, 2009

haris @ 3:37 pm

salam en munawar,
saya nk tny ckit pasal jwa 2.1…bla tarikh tutupnya?
sbb skrg sy xde duit nk beli..bru kumpul ckit2..

May 18, 2009

Nawar @ 9:54 am

Haris,

Buat 6 Modul Adsense yang saya berikan secara percuma terlebih dahulu. Fahamkan dan praktikan baru dapatkan pakej JWA.

July 6, 2009

lan @ 12:38 am

Assalamualaikum bro munawar?,…
saya nak tanya..berapa lama masa untuk senarai blog kita akan masuk dalam google search? terima kasih..

July 22, 2009

razak @ 11:09 pm

en.munawar,
sy nak tanya kenapa blog saya tiada dalam senarai carian google sedangkan saya dh submit site to google dan yahoo.sy cuba mencari dgn menaip keyword saya dan check satu persatu hasil carian ttp tiada.boleh bantu..tq.

July 24, 2009

ann nur ain @ 3:32 pm

wah..en nawar..terima kasih atas penjelasan diatas,,baru saya paham…tq tq…..luv u luv u…(ops …jgn ader gosip2 ok)hehehehe

Leave a Comment