July 11, 2008
BERITA BAIK: Google Membongkar Maklumat Sebenar Nilai Carian Keyword!
Assalamualaikum & Salamsejahtera,
Akhirnya… Google secara tiba-tiba membongkar maklumat sebenar nilai carian keyword di enjin pencari mereka (Google.com)! dan pada para internet marketer ini suatu KEJUTAN yang dilakukan oleh Google kerana selama ini Google merahsiakan (tidak berkongsi) maklumat ini kepada public.
Mungkin dari pengalaman anda sendiri, selama ini nilai carian "keyword phrase" yang diberikan oleh keyword tools percuma lebih kepada estimation (anggaran) dan kadang-kala agak tersasar jauh dari nilai carian sebenar.
Namun tidak lagi SEKARANG!… dengan maklumat yang didedahkan oleh Google (saya berharap)
Ramai juga dari kalangan pelanggan JWA yang mendapati blog mereka pada kedudukan yang baik di Google untuk carian keyword yang disasarkan namun oleh kerana nilai carian yang tidak tepat (tidak kesemuanya), mereka tidak mendapat trafik yang disasarkan (terpaksa membina blog dengan keyword yang lain pula).
Kalau anda masih tidak memahami apa yang saya maksudkan, mari kita sama-sama melihat maklumat yang saya berikan dibawah:
Google Keyword Tools => https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Sekiranya anda dapat perhatikan gambar diatas, Google keyword tools diatas menunjukan "data nilai carian" berbanding sebelum ini ia hanya menunjukan indicator (petunjuk) seperti yang anda lihat pada kotak hijau diatas namun sekarang mereka menunjukkan nilai sebenar untuk keyword yang dimasukkan.
Apa yang boleh kita fahami dari data tersebut adalah begini, ada sejumlah 12,100 carian di enjin pencari yang menunjukan jumlah mereka yang mencari maklumat berkenaan "Straightening Irons" untuk bulan June dan purata pencarian bulanan untuk keyword itu setahun adalah sebanyak 14,800. Lebih menarik kalau kita dapat melihat keyword pharse "flat iron" iaitu 368,000 sebulan dan purata pencarian bulanan untuk keyword itu dalam setahun adalah 450,000.
Ini adalah data yang diberikan oleh Google sendiri dan ia sangat mengujakan saya.
Walaubagaimanapun anda harus mengambil kira persaingan untuk keyword seperti yang saya tunjukan didalam 6 Modul Adsense.
Saya hanya menyentuh bahagian carian keyword yang saya rasa amat-amat membantu para internet marketer dalam membuat keyword research dengan lebih tepat lagi.
Namun saya sebenarnya masih menunggu sekiranya ini hanya perubahan sementara yang dibuat oleh Google kerana ia agak tiba-tiba dilakukan oleh mereka.
Saya berharap ia tidak mengenakan bayaran khidmat dimasa hadapan setelah melihat ramai internet marketer beralih kepada tools ini dalam melakukan keyword research.
Saya lebih suka membuat ujian berkenaan data yang diberikan untuk melihat sejauh mana data ini boleh dijadikan sebagai rujukan tetap dalam membuat keyword research.
Saya juga akan melakukan update terhadap 6 Modul Adsense setelah dapat memastikan perubahan yang dilakukan oleh Google ini kekal dan bukan hanya sementara.
Anda mungkin ada mempunyai pandangan yang ingin dikongsikan berkenaan berita tebaru ini.
Tinggalkan komen anda dibawah.. ingin tahu juga apa yang anda fikirkan!
Ikhlas,
Munawar
Jana-Wang-Adsense.com
Spread the Word!
Filed under AdSense, Keyword, niche market, tools by Nawar


































Comments on BERITA BAIK: Google Membongkar Maklumat Sebenar Nilai Carian Keyword! »
Assalamualaikum…. Terima kasih Encik Munawar, info ini amat membantu saya. Alhamdulillah, kebetulan saya sedang melakukan research tentang keyword bagi laman web saya yang terbaru.
Terima Kasih…
Malam tadi saya dah perasan perubahan tu tapi oleh kerana saya ni baru lagi so ingtkan perubahan tu tak penting
Perubahan tu bagus tak perlu lagi ke laman web lain macam worldtracker tu…
tapi lagi bagus kalau google masukkan sekali estimation untuk berapa banyak jumlah iklan adwords untuk sesuatu keyword
Pertama kali tgk memang nampak menarik juga…ni kena pakat2 testing kot..
saya perasan mende ni semalam, memang pelik gak, sebab sebelum ni memang anggaran yg google paparkan agak mengelirukan sebab tak de figure, cuma ada indicator jer…tak kene gaya pas ni google nak charge pulak kot
Wahh..satu info yang menarik..sejak bila dia open ya En.Munawar? tak perasan plak..padahal semalam pun guna Externeal toll ni utk tgk estimation price dia..huhu.
Thanks..
assalamualaikum.. Terima Kasih en. Nawar kerana berkongsi info terbaru..
Baru sy tau kolum yang bertambah itu adalah jumlah carian ..sy igt tak penting sbb tak faham..hehe..info ni amat berguna utk sy..thanx
Din Beramboi,
Saya sendiri baru perasan pagi tadi bila saya buat keyword research untuk siapkan manual untuk JWA keyword generator software. Saya ingat nak cancel manual tu sebab tools ini lebih baik untuk digunakan.
Saya rasa la, mungkin dalam minggu ini.
tksh bg info sy x brp fhm sngt tp klau mcm google buat perubahan baru ok jgk tp jgn la kena charge
satu fakta yg menarik….mungkin blh tmbh income kte lg…
salam brother,
selama ini memang saya gunakan dua kolum tersebut, tapi betul la kali ni google lebih memudahkan keje mencari keyword yang lebih tepat lagi. Selama ni saya hanya mengagak, kali saya boleh mendapat dengan tepat. Cuma, earning saya masih kosong. Hmm.. ;(
Terima kasih atas info ini.
Assalamualaikum,
Minta maaf mengganggu..saya berminat untuk belajar Adsense, malangnya setakat belajar dari ebook saya susah nak faham. Bilakah lagi bengkel jana wang Adsense akan diadakan?
Terima kasih di atas info ini ..saya bukan nya buat kajian sangat ..tapi atas keperihatinan encik Munawar lah saya rasa saya akan menerima check pertama saya dari google dalam masa terdekat ….sekarang ni dah bernilai $US90.00 …tak sabar nak terima check pertama ini ..terima kasih encik Munawar
terima kasih dengan info saudara munawar berikan.
terima kasih En.Nawar kerana memberi info terbaru ini.. harap dimasa akan dtg, anda akan terus memberikan info atau tips2 yg berguna bg membantu blogger2 dimalaysia utk menjana pendapatan dengan google adsense ini..
ok,selamat!:)
terima kaseh..
sy nk bertanye kpd saudara munawar.. kenape blog saya tidak ade di dalam Google search engine? adakah saya telah buat blog dgn tidak betul?
terima kasih kerana berkongsi info ni. saya tak perasan pun, saya lambat sket faham hal internet ni.
camne pun saya tetap terus mencuba. semuga berjaya….
Terima kasih diatas maklumat yang diberikan. Ia amat berguna kepada saya yang biasanya menggunakan wordtracker.com untuk buat keyword research.
Pada pandangan saya keputusan yang dibuat oleh google ini bukan bersifat sementara. Alasan saya ialah mungkin google telah menyedari bahawa lebih banyak kelebihan berbanding kelemahan untuk google sendiri apabila menyediakan kemudahan ini kerana selama ini ramai internet marketer menggunakan perkhidmatan laman web luar yang secara tidak langsung menyumbang kepada penjanaan traffic web tersebut. So mungkin google ingin menarik kebanyakan traffic tu masuk ke google semula.
salam…saya lg blurr dan tk tahu ape bndanye tu…mang tkde asa…sbnarnye perniagaan ni mcmne….nk masukan ape…iklan berupa ape en nawar…bantulah saya ..wslm kak ummi
Assalamualaikum, En Munawar. Sehingga sekarang saya masih gagal memasukkan ads dalam pos macam blog munawar. Boleh tak En Munawar berikan contoh code kepada saya. Terima kasih.
maklumat yang en. munawar bagi amat berguna bagi newbie seperti saya.saya pun baru dapat account google adsense,sekarang saya tengah mencari keyword yang sesuia untuk saya renewed blogger saya untuk mendapatkan traffic yang tiggi. terima kasih atas bantuan en.munawar
Bagussss….tapi maseh kureng lagi. Sampai sekarang takde org nak ajar adsense secara percuma semuanya kene bayar. Secara logiknya kalau pendapatan adsense sangat lumayan kenapa nak jual ebook baik bagi je, ajar kat blog adsense supaya org bleh tgk tiap2 hari disamping tuh dapat duit adsense betul tak. Logik tak, logik kan. Ataupun pendapatan adsense ni tak lumayan seperti yang dinyatakan.
Assalamualaikum Sdr Munawwar,
Saya dah menggunakannya beberapa kali. Ingatkan benda ni dah lama. Sebab inventory yang disyorkan oleh sdr tu tidak boleh diakses oleh pc saya. Hari ni baru sempat baca email saudara.
Adwords Tool External apabila lama digunakan kadang-kadang ia lembap sikit. Seingat saya hari selasa (08 Julai) saya gunakannya dalam beberapa window. Kalau satu lembap saya beralih ke window satu lagi, bagaimanapun ia suatu yang baik untuk pencari keyword. Nak senarai saya …. taiplah domains yahoo, domain name yahoo,domain registration yahoo,domain yahoo,best buy gift card, adverse credit remortgage, mesothelioma information, google affiliate, buy gift card dll dengar kata mahal cpcnya. Wassalam.
thanks to let me know about this. i'm rare to use this tools lately
Assalamualaikm…Terima Kasih kepada saudara Munawar kerana memberikan info terbaik kepada saya….
Well bro kalau semuanya free bagaimana pula google adsense jika mereka benarkan kita publish blog kita di google dan tidak di bayar bagaimana?? google pun mungkin nak free gak,so in this case there is no such free in this world remember that nak buat ebook pun perlu menghabiskan masa berhari2 lupa makan minum,bermesra dgn keluarga dan sebagainya dan dgn effort itu takkan la nak bagi free cukup la 6 module adsense tu di bagi free sebagai permulaan dan sy rasa google adsense generate revenue lebih baik dr harga yg e-book yg di jual.
Pikir2kan la
Sebab untuk menghasilkan ebook tu bukannya percuma… dari buang masa percuma baik tumpukan utk buat blog sendiri yang baru. Begitu jugak computer yang digunakan tu pakai letrik yang bukannya percuma. Ditambah lagi untuk mengumpulkan maklumat ni semua bukannya makan masa sehari dua. Bertahun… dan dalam tempoh bertahun tu dah berapa banyak kos yang telah dihabiskan.. kos yang tak mampu kita nak bayar kalau kita nak lalu proses yang telah en munawar lalui. Logik tak kalau nak kasik free gitu jer? tak logik kan?
lagi satu en tengku sy ingin bertanya sedikit! agak2 ada tak org yg berniaga tapi tidak mengenakan bayaran apa2 kalau nak barang ambil aje freeeee,agak2 ada ke?? so kalau ada sy teringin juga hendak tahu dimana tempat perniagaan tersebut?
Bagi pendapat sy la kan jika ingin menceburi sesuatu perlu ada modal tak kira la modal itu kecil atau besar yg penting modal perlu ada and lately ni pun harga masuk tandas awam dah naik dan tidak wujud lagi perkataan "PERCUMA" kecuali tandas surau,masjid,rumah atau pejabat yg lain CPE (charge per entry)
@ Tengku..
Kalau nak semuanya percuma, boleh cari Google sendiri kat Google. tengok berapa lama kamu boleh expert..rasanya setahun dua tahun blum tentu..
Saper2 yg buat ebook dan jual sebenanrnya nak kasi info dgn lebih cepat dan mengikut turutan..lengkap.
Kita bkn beli semata-mata ebook, tetapi sebenanr telah membeli masa dan tenaga dia habiskan utk hasilkan ebook tu.
Anyway en munawar sy ada submit report pada en munawar dan belum terima lagi jawapannya,harap2 dpt la kiranya en munawar review report sy tu ye…mengharap sgt jawapan dr en munawar.
sekian terima kasih
Apa yg din beramboi tu kata betul..tu en Tengku.
Beli ebook adalah untuk memendekkan tempoh masa pengajaran.
Jaganlah lah marah penulis ebook sekiranya kita tak dapat keuntungan seperti yg digambarkan. Setiap org mempunyai tool masing2.. kadng2 keberatan utk berkongsi segala2. Maklumlah dah 2 tahun bertungkus lumus.. tak kan senang senang je nak ajar kat org cara percuma.. heh
saya maseh x phm lagi mcm mane nk jadikn blog tu ade kt search google engine?
x phm..
En munawar Q1:merujuk kepada generate keywords kita akan melihat mana yg paling tinggi graf carian dan juga nilai per click tetapi setelah memilih satu keyword yg tinggi dan nilai PC, sy akan gunakan keyword tersebut dan pergi ke engine carian tetapi malangnya apa yg sy lihat PERSONALIZED RESULT 1-10 about 22,000,000,banyakkkkkkkkkkkkk tuuuuuuuuuu so sy click salah satu site disitu yg mengandungi keyword sy utk di diagnosa menggunakan generate keywords.
selepas berbuat demikian sy dapati nilai per click hanya us0.65 per click berbeza dr keyword yg sebelum iaitu us19.80
so maaf sy pun jadi blurrr….
Q2: Seperti yg dinyatakan dimuka surat 116 didalam JWV2 bagaimana utk mencari blog kita samada sudah di index oleh google atau tidak maka boleh berbuat demikian type site:(nama blog)tapi malangnya blog sy tidak di recognize oleh google,mengapakah begitu?
Q3: Seperti yg dinyatakan dimuka surat 109 didalam JWV2 bagaimana utk melakukan add friends secara automatik! sy telah mengikutinya satu persatu dr apa yg diterangkan tetapi malangnya didalam akaun digg.com tiada satu pun yg tersenarai secara automatik tetapi didalam diggscript mereka sibuk mencari nama2 yg tidak di add kan lagi,jadi boleh sy tahu mengapa ia tidak berfungsi seperti yg dinyatakan dlm JWV2?
Q4: Seperti yg dinyatakan dimuka surat 102 didalam JWV2 bagaimana utk melakukan BACKLINK ha yg ini langsung sy tak paham cuba paham tapi tak paham2 cuba juga paham dgn pendekatan yg lain tetap juga tak paham mungkin sy ni bodoh kot well mungkin agaknya jadi sy harap dpt la kiranya en munawar meringkaskan lagi apakah fungsi BACKLINK dan bagaimana utk mengaplikasikannya
Sekian terima kasih
Sambungan soalan Q5:Mengapa setiap kali sy mencipta blog baru atau update blog sy(yg masih tak index2 lagi dr google :))google akan email sy email peringatan,mengapa ye? adakah sy membuat salah?? irritating betul email dr google tu mentang2 la kita tak pandai bahasa inggeris
@ Nor Hisyam,
Mungkin En.Munawar tgh busy..so, saya cuba jawab soalan berkenaan Q4 dan Q5.
Q4: Backlink ni boleh jugak di mengertikan sebagai incoming link. Populariti sesuatu laman web atau meningkat menurun PR (page ranking) blog kita bergantung kepada jumlah backlink yang diterima…juga kualiti backlink yang diterima. Kalau dapat backlink dari web yang PR rendah, takde maknanya jugak..hehe. Seeloknya kita cari web atau blog yang mempunyai PR tinggi dan dapatkan backlink dari situ.
Backlink boleh dibuat byk cara. Contohnya melalui comment di blog org lain, social bookmark dan sebagainya..benda ni ada diterang dlm JWA2.0
Q5: Email peringatan tu mcm mana? boleh jelaskan x? saya pun pernah kena warning..ini biasanya disebabkan kita memasukkan terlalu byk metatag meyword..so, blogger akan anggap ini sebagai spam blog…mengikut pengetahuan saya la.
tq..Sory En.Munawar kerana mencelah..
:)) terimakasih en din diatas penerangan tersebut,so maknanya kita perlu post di backlink yg mempunyai PR yg tinggi dan drp berbuat begitu apakah yg akan kita dpt?? seperti yg sy baca didalam JWV2 en munawar terangkan supaya setiap kali post perlu meletakkan blog site kite,tetapi dgn wujudnya email peringatan google itu membuatkan sy takut utk meletakkan blog site didalam post yg akan sy buat ini kerana takut google tangkap dan freeze akaun adsense aduhhhhhh ini yg keliru ni,didalam peringatan tersebut ada menyatakan yg pemunya blog dilarang keras drp menggunakan ayat click here,digg me,support me,you are my fren etc dan juga promote link…uish semakin blurr sy en din,tapi apa2 pun sy ucapkan terima kasih byk2 diatas penerangan tersebut
Ok..sama2..
Daripada backlink ni, kita akan dapat meninggikan PR blog kita..sebab tu kita dapatkan backlink dr blog yg ada PR tinggi..sebaiknya PR5 dan ke atas.
Sebabnya, blog yg PR tinggi ni selalu di crawl oleh spider enjin pencari. So, bila 'dia' nak keluar, 'dia' akan jumpa link ke blog kita pulak..itulah mksud yg mudah difahami. Bila dah jumpe spider akan crawl blog kita…
Ermm, sy tak faham blog site yg sedara Nor Hisyam maksudkan..tapi sememangnya kita tak boleh meletakkan perkataan "click here" dan sebagainya yg boleh mendorong pelawat klik ads adsense..
Nor Hisham,
Soalan-soalan tersebut sebaiknya ditanya didalam forum support yang saya sediakan kerana soalan tersebut khusus untuk pelanggan JWA.
ooopppsss minta maaf en munawar diatas terlepas pandang,sy sangkakan didalam ini boleh menyatakan apa2 soalan jadi sy silap,minta maaf ye en munawar dan sy harap dpt la kiranya en munawar menjawab soalan2 sy itu didalam pesanan sy.
sekian terima kasih
Disebabkan terlalu ghairah dan tidak sabar menunggu jawapan itu sebabnya sy menanyakan soalan disini…apa2 pun sy memohon maaf bagi diri sy
bang nawar, sebenarnya saya telah berputus asa sebab adsense saya dah kena blok….
Rasa-rasanya dah lama dah lama benda tu ada kat situ. Sebab masa saya cari keyword seperti yang ditunjukkan dalam 6 modul Adsense, benda tu dah ada dah. dan masanya ialah 1 bulan ++ yang lalu.
Saiful http://magnetictherapy2u.blogspot.com
sebenarnya saya lemah dlm internet kerana saya tak memahami bahasa inggeris so buat masa ini saya lihat kamu semua buat duit sedangkan saya masih mencari2 cara bagaimana untuk memahami bahasa inggeris sbb bahasa inggeris saya tak pernah lulus dan pernah dapat 4/100 dalam mata pelajaran B.I. ada sesiapadari kalangan kamu dapat tolong saya?
saya memang perasan benda ni sebab ada perbezaan antara wordtracker dan google . Cuma saya agak mungkin google buat statistik berdasarkan enjin carian mereka , dan wordtracker berdasarkan jumlah semua enjin carian semua. Saya berjumpa satu keyword yang mempunyai nilai carian setengah juta . Di word tracker nilai cariannya hanya 60 000.
Phrase "play the driving game" nilai carian di wordtracker lebih kurang 1.2 juta.
bolehkah anda menunjukkan cara, bagaimana meletakkan meta tag di blogger?
buka tab 'layout', pilih 'edit html' pastu cari kod yang nie—>
tukarkan dengan yg nie—->
saya teruja dengan jumlah komen dalam blog saudara. akaun adsense saya dah dibatalkan oleh Google. Saya telah cuba untuk membuat pendaftaran semula tetapi gagal, jadi dah putus harapan dengan Google Adsense. adakah cara lain untuk saya mendapatkan code Adsense semula?
Shahrir: Untuk mendapatkan Google Adsense kembali saya cadangkan guna nama yang lain (wife) dan alamat rumah yang lain. Jangan apply guna blog yang sama.
@ boleh juga mencuba company yang lain seperti Bidvertiser. Cumanya saya tidak dapat membantu secara praktikal atau teknik sebab tidak menggunakanya.
Saya rasa ada rakan internet yang menjual ebook berkenaan bidvertiser ini. Cuba lah buat search.
Am: Untuk meletakan meta tag ada saya tunjukkan didalam Pakej JWA.
Akaun adsense anda kena banned ya..huhu. Kesiannya…itu padahnya kalau melanggar tos Google Adsense.
Untuk soalan tu, boleh la tanya di forum bagi ahli…sory ya en.munawar kerana menjawab pd soalan yg lepas..
Klu bukan ahli, boleh jenguk blog saya utk settle akaun yg kena banned:
http://blog.dinberamboi.com/2008/07/02/toloooooonnnggg-iklan-adsense-aku-kena-disabled/
En Din baru sy bincang semalam mengenai perlanggaran policy google rupanya dah ada org yg dah kena banned dan freeze akaun,ini yg buat sy menggigil ni bukan apa blog sy dah mendapat sambutan dan revenue so takut la kalau2 tersilap langkah dungggggg freeezzeeeeeeeeee aduhhhhhhhhhh :((
Dgn bangganya sy telah berjaya mencipta 20 blog dlm masa 4 hari wow gileeee buat duit nampak sy ni well dlm 20 bloq tu hanya 5 yg response hehehehehehe well kalau ikut strategi marketing berjumpa dgn 10 pelanggan bukan semua pelanggan yg beli dlm 10 mungkin 2 org yg beli jadi sy ikut konsep tu,ni bangun awal2 buat blog lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampai muntah. tapi berpinar2 juga mata ni mencari keyword yg sesuai dan article yg mantap perrrggghhhhhh bukan senang nak buat duit tapi dgn usaha yg tak pernah putus asa sy teruskan juga la seperti pepatah mengatakan "berakit2 ke hulu,berenang2 ke tepian-bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian" eh ayat ni leh dijadikan blog ni hehehehehehehe convert pada english wow…ada je idea aku ni uish uish uish anyway tq pada allah kerana telah menjumpakan sy dgn en munawar walaupon pada mulanya agak rumit dan perih tapi dgn usaha yg tanpa putus asa sy teruskan demi kesenangan masa depan dan sy berharap en munawar dpt la menjawab Q sy didalam tools jawapan ye hehehehehehe (dah ok pun ada juga yg tak paham heheheh biasa la)
@Andak sedih mendengar rintihan andak,nak bantu tapi mcm mana ek…well andak awk ni ahli JWA ke atau awk cuma guna 6 module adsense yg percuma tu??
Terima KAsih Saudara Munawar atas info diberi…banyak membantu pulak tu.Terima kasih skali lagi
@ Andak,
Nak buat adsense tak semestinya kena bijak BI…ada cara2 dia. Kalau andak dptkan JWA, ada ditunjukkan cara utk dapatkan article utk ditulis dlm blog..
@ Nor Hisyam,
Wahh, 20 blog dalam masa 4 hari? banyak tu…sempat ke optimise semua tu? SEOkan blog, backlink, sosial bookmark.. Hermmm, tak tau la. Bagi saya, kualiti blog tu lebih penting dari kuantiti. Klu xde kualiti, akan jd pencemaran di internet iaitu wujudnya byk blog2 sampah..
Apa2 pun, moga Nor Hisyam selalu success..
Hehehehehehe yer sy cuma sempat update 10 blog saje dan yg sy add dlm google adsense akaun hanya 10 saje yg 10 lagi masih berada dlm blogger.com dan belum di upgradekan masih study yg kesepuluh itu,insyallah yg kesepuluh2 blog tu mmg informatif ia banyak mengisarkan kehidupan manusia sekeliling..lebih kepada news dan awareness
Selepas register kedalam forum janawang sy dapati semua thread takde comment naper ek?? tapi thread byk ada bila click kosong gitu…siapa2 leh tolong kenapa dan mengapa??
@ en din nak tanya la kan apa maksud ek kalau sy login blogger sy di blogger.com sy tenguk di page rank 5/10 apa maksud tu? adakah blogger.com tu punya rank atau rank blog sy yg ada dlm blogger.com??
Nak tgk ranking tak perlu pun login blogger..boleh tgk dekat google toolbar. Takpun, boleh guna Google PageRank Checker utk mengesahkan PR blog anda..
http://www.prchecker.info/check_page_rank.php
Kalau blog baru2, susah juga nak dpt PR 5/10//blog saya pun paling tinggi pernah dpt, PR 3/10 walaupun menurut alexa, blog saya ranking ke 100,000 lebih ajer.
Apa2 hal, kita bersoal jawab di forum..
Tudia…20 blog noh !!Kayalah pasni kan
Nor Hisham,
Forum support adalah private hanya untuk pelanggan JWA, jadi ia memerlukan approval daripada saya terlebih dahulu.
Nampaknya pacuan kuda Hisham agak laju, mungkin nak kena slow kan sikit kuda tu.
Perlahan-lahan tak pe
Salam tuan. Thanks sebab bagi maklumat ni. Tapi syang saya masih blurrr lagi ni… adsense saya masih 30usd walau dah 2 thn labih dah… ermm bila tuan nak buat kelas ni….insyaallah saya akan join….
Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama.
kawan2 semua doa kan saya agar berjaya. pening gak tengok mcmana kawan2 sana berjaya.
kawan sana apa maksud Approx Search Volume dan Approx Avg Search dan kepentingan nya
well done, my dear. You already give us useful info.
TQ.
@nawar itu lah en nawar sy tersilap guna kuda la,kuda yg sy guna ni kuda liar asyik nak berlari aje…hehehehehehehehe
Well kepada yg mencipta blog jgn risau sy tidak akan menggunakan apa yg dikatakan blog sampah and for sure sy tidak akan merosakkan mata pencarian blogger2 lain insyallah
Saudara Munawar terima kasih atas nasihat yang telah diberikan.
Saudara Din Beramboi terima kasih atas keperihatinan saudara serta kesudian untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Assalamu'alaikum En Nawar,
Terima kasih dgn info terkini…maklumat ini dpt membantu saya, di mana saya sekarang ini masih bertatih.. masih belajar.
Brapa lama nak kena tunggu untuk dapatkan Google Adsense Account
Salam,
Sdr, berapa agaknya purata setahun yang kita perlu fokus? Maksud saya, cthnya kalau purata bulanan carian 1500 ke bawah kita tidak perlu ambil pusing?
Saya masih lagi terkial kial untuk memasukkan Adsense dalam blog … tak tahu nak bermula walaupun modul Nawar saya rujuk
terima kasih dengan panduan yang en nawar berikan. sekarang saya sudah memiliki account adsense. sekarang saya baru memahami penggunaanya.
tp saya membuat account adsense google dr http://www.impeers.com/muzlina. adakah account dan code javascrip tersebut boleh digunakan untk blogger dan web2 yang lain?
En.Munawar, adakah kita boleh menggunakan satu account adsense google sahaja atau lebih?
tak payah tunggu lama2.. daftar jer.. saya baru daftar minggu lepas.. x sampai 30 minit akaun saya di approve
Terima kasih kerana tidak henti henti memberi maklumat berguna kepada saya
tapi yg pelik nya nape jumla nya semua tepat?contoh tak kan semua tepat 68,000 carian bukan seperti 68,592 carian..
Assalamualaikum…maafkn sya krn ingin btanya skit…ade sape2 yg bleh tolong jwb..br2 nie sya buat laman blog (dlm mggu lps)..tapi shingga arini apb sya cuba check dgn menaip nama blog saya, xxxxxx.blogspot.com di ‘google search engine’…resultnya pasti “Your search - xxxxxx.blogspot.com - did not match any documents”. Adakah sya ader trtinggal mana2 step..Sila tunjuk ajar saya…terima kasih
Assalammualaikum En. Nawar,
kenapa semua senyap aje?
saya nak tanya kenapa saya x dapat access forum JWA lagi.mungkin en nawar x verified lagi.tau x kenapa?
assalammualaikum saudara nawar…saya masih tidak faham lagi apa yang en nawar email kan kpd saya….tolong lah beri penerangan yang betulx tepat kpd sya…pls….wslam
segan nak bg URL… ntah betoi ntah tidak lerr…