May 13, 2008
Bersembunyi DiSebalik Website? bantu saya…
Assalamualaikum & Salamsejahtera,
Penulisan kali ini tidak berkaitan dengan Google AdSense secara khusus tetapi berkenaan Internet Marketing secara umum. ![]()
Saya perlukan bantuan anda dalam menghadapi cabaran mengurus email-email yang diterima… pandangan, komen dan juga cadangan anda.
Begini, apa tanggapan anda pada seseorang internet marketer yang apabila anda menghantar email kepadanya tetapi tiada reply?
Sombong, ego, tak layan atau sibuk kot!
Ini terjadi kepada saya, memang terjadi kepada saya… iaitu ramai subsciber menghantar email kepada saya tetapi saya yang tidak mampu untuk menjawap kesemua email tersebut…
Mungkin…anda juga salah seorang subscriber yang menghantar email kepada saya tetapi saya tidak sempat balas… 
Saya ingin kalau boleh mendekati kesemua subscriber saya tetapi secara realitinya saya tidak mampu untuk berbuat demikian atas faktor masa dan juga kadang-kala terlupa dan terlepas pandang kerana terlalu banyak email di terima.
Saya dapat email… saya baca dan kalau email tu agak complicated saya tutup dulu dan akan jawap kemudian, saya baca email yang lain pula.. kalau mudah saya jawap..lepas tu teringat kerja yang sedang saya buat dan buat kerja kembali lepas tu lupa email yang saya baca sebelum ini..
Ada kadang-kala pula, saya balas email 2 kali..
Mungkin anda juga mengalami situasi serupa?
Jadi… saya tuliskan hal ini di blog ini dan saya perlukan bantuan anda untuk memberikan pandangan yang baik dan bernas di ruang komen blog saya, bagaimana cara terbaik mengatasi cabaran ini.
Apa pun pandangan yang diberikan saya hargai dan kalau anda tak sempat nak berikan komen sekarang, sekejap lagi atau petang sikit pun boleh.
Saya menunggu…
P.S: masa sekolah dulu selalu dapat surat…"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
Spread the Word!
Filed under internet marketing by Nawar


































Comments on Bersembunyi DiSebalik Website? bantu saya… »
Bile bekerja kite perlukan disiplin… pasti encik ade memperuntukkan masa utk semua keje2 en…
Saya pasti masa itu ade….
Kite yg menyusunnye……
Semoga bertambah berjaya..
terima kasih…
Salam,
Kita juga melalui masalah yang sama.. Apa kata En Munawar sortkan folder khusus untuk respon subscribers.. atau email khusus utk support subscribers..
Jadi, kiranya memang bila En Munawar ada masa untuk balas semua email mereka.. boleh balas ikut yang mana masuk inbox dulu
pasti mereka faham cepat atau lambat email mereka di balas… insyaALLAH
Saya memang sort folder khusus untuk semua email pembaca.. Dengan itu saya boleh balas dari masa ke semasa.. Itu pun masih, banyak kekurangan…tapi, dapat mengurangkan kekeliruan hampir 80%
salam cik nawar,saya faham keadaan dan situasi cik nawar,bagi saya,saya pun tak mampu untuk membalas kesemua email yang dihantar,pendapat saya,cik nawar setkan satu hari dalam seminggu untuk membalas email subsciber cik nawar,itu sahaja komen yang boleh saya berikan,terima kasih
salam nawar,
saya tak nafikan didalam situasi sedara telah menjadi seorang yang paling sibuk ,dimana hendak menjaga email2 subscriber dan juga kerja2 yang perlu disiapkan…sombong,ego bukan persoalannya sekarang,bagi mereka yang tak memahaminya…..apa yang dapat saya cadangkan bagi nawar ialah cari seorang P.A bagi membantu,mejawab email2 menyelesaikan sebarang masaalah yang dihadapi.insyallah
wassallam…azirali
Salam,
Seperti dicadangkan Frank Kern, buat satu video atau
audio webinar atau pdf yang dapat menjawab kebanyakan soalan
dan lain-lain yang dihantar melalui email. Melalui video,
subscriber dapat mengenal anda lebih dekat berbanding email
dan pada pendapat saya taktik ini sangat berkesan.
waalaikumsalam… pada pendapat saya,kita patut reply email yg dihantar oleh seseorang utuk sesuatu tujuan… untuk menjawab email2 tersebut memerlukan masa…biar lambat asal semua dapat dibalas… cadangan saya supaya Encik Nawar memperuntukkan masa khas untuk membalas email… banyak bersabarlah ye… sekian
Saya amat memahami situasi yg dihadapi oleh seseorg mcm Nawar. Sibuk dgn urusan google adsense.!Walaubagaimana pun mesti la di pantau email subscriber yg masuk.Bukan la mudah nk puaskan hati sumer org.Tapi x sumer org puas hati dgn kita.
salam.
rasanya adalah molek sekiranya cik nawar compilekan soalan yang ditanya oleh subscriber dan diletakkan dalam section FAQ. insya-Allah takkan ada lagi soalan yang berulang-ulang dan perlu dijawab berkali-kali.
Assalamu'alaikum nawar,
Oleh kerana anda menguruskan program dan email anda secara bersendirian, maka anda terpaksa mengambil masa untuk menjawab semua email yang banyak anda terima, anda harus maklum secara auto responder kpd penghantar email bahawa email berkenaan akan di jawab secepat mungkin mengikut turutan ia di terima, cara ini akan memberikan sedikit keyakinan kepada mereka untuk terus berurusan dengan anda di masa hadapan dan saya yakin mereka sedia menunggu jawapan dari anda walaupun agak lewat, sekaligus menghilangkan tanggapan negatif terhadap anda dan mereka akan menaruh harapan bahawa adanya ketulinan dan kebenaran tentang sesuatu program yang anda anjurkan khususnya program yang berkaitan dengan menambah pendapatan "generate income program". Saya ada menyertai 2 program sepertinya di internet yang bertapak di usa, setiap masalah, mereka menjawabnya dalam masa 24 jam, mereka ada "support-team" yang bertanggungjawab memberi response kepada setiap permasalahan yang dibangkitkan oleh orang yang berdaftar dengan mereka. Tindakan seperti ini sedikit sebanyak akan memberikan keyakinan kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya walaupun kesan sebenar atau pulangan dari yang dinyatakan dalam program itu belum dirasai lagi. Saya rasa sedikit maklumat ini dapat membantu anda 'melapang' fikiran anda.
Semoga anda terus berjaya dan mendapat keberkatan dari usaha anda yang jujur itu. Sebagai orang islam kita teramat yakin Allah swt amat melihat dan amat mendengar dan amat mengetahui segala-galanya.
Kita yakin pertolongan Allah swt pasti datang.
Assalamu'alaikum.
abu bakar.
kalau tak kesempatan membawa semua email, minta bantuan seseorang samada isteri atau anak. Buka 2 email satu ditujukan kepada isteri untuk menjawab separuh kepada saudara. Jadi dapatlah dijawab separuh oleh anda, separuh oleh isteri.
salam en nawar..
tidak di nafikaan walaupun kita bekerja sendiri di rumah,belum tentu dapat menjamin kelapangan masa kita.apatah lagi seperti en nawar yg sedg sbuk dengan pelancaran modul terbaru.oleh itu,sy syorkan en nawar memperuntukkan sdikit masa dengan kata lain membuat tme table en nawar sndr untuk menjwab email2 berkenaan.ia sngat efektf jka kita mempraktikkannya secara konsisiten.jika kita teliti,ahli2 korporat yg berjaya sememangnya mempunyai tme table mereka sndr.so mengapa kita tdak? smge en nawar dapt mnyelesaikannya..
salam ikhlas dr sy.. =) kei
sallam buat nawar, saya adalah dalam gulongan yang baru nak menjinakkan diri dalam internet tapi bagi saya memang susah untuk memjawab semua emel tetapi kata kawan kita kena ambil masa untuk menjawab, sedangkan emel yang datang hampir 15 – 20 emel sehari bagaimana harus ditunggu ianya makin bertambah. En. Nawar saya tiada cadang untuk mekomen apa-apa cuma saya baru nak belajar mencari rakan internet tapi tak lah sebanyak mana emel yg datang seperti En Nawar kan. Lagipun En Nawar adalah seorang pakar internet tentu ada cara yang dapat menyelesaikan masallah ni.
sekian, terima kasih
semuga semua nya dapat di atasi oleh En. Nawr,
wallaikum sallam.
keren dah
kalau tak sempat tu bukan bukan maknanya tak nak balas kan…. Ada masa balas le… Lagi pun kalau pertanyaan tu penting mesti dorang hantar lagi buat kali kedua….
atau pun en nawar boleh buat satu email dan borang just untuk sebarabg persoalan
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu sy nak minta maaf kerana sy skrg jrg on line. Bagi sy en. Munawar blh compilekan soalan2 yang ditanya oleh subscriber dan diletakkan dalam section FAQ. Ni blh jimatkan masa en.munawar. ataupun buat program auto reply, yg akan menjawab persoalan2 yang dikemukakan.
hmm….tengok juga soalan yang ditanya…kalau kebanyakan lebih kurang sama encik munawar boleh jer buat ebook percuma satu. Kredibiliti meningkat.
Tak pun buat tutorial macam video atau apa sahaja utk tontonan subscriber.
Kalau yang lebih spesifik, pada pendapat saya, sebab saya sendiri pernah ajukan soalan kepada otai IM lain, saya tak kisah tapi bagi saya ada jawapan. Sebab dalam amsa yang sama saya pun akan mencari jawapan kat source yang lain-lain.
Ini cuma pandangan dan pendapat. Kalau soalan yang tidak berkaitan lansung kemungkinan boleh diabaikan sebab saya pun pernah bertanya soalan yang tidak related sangat dan blh dianggap remeh…otai tak jawab. Saya tak kisah sebab soalan remeh. Jawapan ada kat saya cuma keberanian tak ada utk melaksanakan. hehehehe
Assalamualaikum,
Sahabat saya di Ipoh menggunakan (kalau tak silap saya) Incredimail untuk mengurus semua akaun emailnya (gmail, yahoo mail dsb).
Kalau ada email client software yang lebih baik, saudara Nawar patut guna dan lihat keberkesanannya.
Saya juga setuju dengan pendapat Tajudin guna FAQ untuk menjawab dengan lebih professional.
Salam Munawar,
Pada saya, pengurusan masa memainkan peranan penting. Rasanya munawar pun sendiri maklum dan mungkin lebih arif tentang bagaimana untuk menjadi penurus masa yang bijak.
Rasanya, email itu boleh dikumpulkan dan seperatekan mengikut kategori pertanyaan. Mungkin akan ada email yang persoalannya hampir sama dgn email2 yg lain..
Ataupun cadangan saya….segala pertanyaan daripada subsciber munawar….munawarkan jadikannya sebagai satu post di blog ini. Maksud saya setiap minggu akan ada satu post tentang pertanyaan (FAQ) pada blog ini…
Thanks.
saya faham situasi en nawar yang kesuntukkan masa.
Permasalahannya adalah masa. nah,sekarang faktanya: update blog adsense=? reply emel=? rehat=? saya cadangkan,en nawar buat jadual waktu untuk sehari merangkumi seminggu. maksud saya,en nawar susun jadual waktu yang wajib dilakukan setiap hari.
p/s:item di atas adalah cadangan.
Assalam mualaikum En Munawar, memang tidak di nafikan masa kita itu sangat berharga dalam masa 24 jam terpaksa kita bahagikan masa itu dengan bijak,barulah rumah tangga bahagia.Ada masa untuk keluarga ada masa untuk bekerja.So kalau You rasa tak cukup masa untuk melayan email carilah pembantu yang boleh memahaminya.OK TERIMA KASIH…….
Alhamdulillah dan terima kasih atas comment yang diberikan, banyak nasihat dan juga pandangan yang bernas saya terima.
Saya rasa FAQ tu sesuatu yang wajib…insyAllah saya akan kemaskinikan page untuk FAQ.
Saya juga sudah install helpdesk script yang boleh digunakan untuk handle support.
http://support.Jana-Wang-Adsense.com
Anda mungkin terkejut, kenapa saya tanya kepada subscriber sendiri? sebab saya mahu lakukan sesuatu yang disukai oleh subscriber dan mengambil pandangan mereka.
Kita tidak akan tahu, sebab setiap orang ada keunikanya
Comment anda sangat dialu-alukan…
Wah, banyaknya idea daripada para pembaca semua. Semuanya bagus2.
Satu tip yg boleh diamalkan ialah, saya utamakan emel yang penting dahulu. Tak kisah emel tu sampai dulu atau kemudian, tapi kalau ia urgent atau mesti dibalas segera, emel tu mesti dibalas segera.
Tak semua emel perlu dibalas. Ada emel yang 'mengada-ngada' seperti emel yang tak berkaitan. So, emel ni boleh diabaikan. Tak balas pun tak apa.
Saya guna gmail yg mana dgn gmail ni, saya boleh labelkan setiap emel tu seperti urgent, pending, dan sebagainya. Lepas balas emel, saya akan set dgn label sent atau dijawab. Then saya masukkan ke dalam Archive. So, tak berserabutlah di Inbox.
Malah dgn set label juga, kita boleh dapatkan sesebuah emel dengan cepat. Walaupun ia free, tapi it's very powerful.
saya rasa semua emel perlu di balas.mungkin kita rasa emel tu mengada-nyada.tapi hakikatnya orang yang kita angap "ngada-ngada" tadi betul-betul tak tahu.ini pernah terjadi pada saya masa baru-baru kenal internet.semua benda saya tak tahu.
balas la.jagn tak balas.pelanggan kan ibarat periuk nasi.kalau ada produk baru,sumpah pelanggan taknak beli lagi.hehe.
Azim87,
Itulah sebenarnya objektif saya tulis topik ini kerana ingin mendapatkan pandangan bagaimana secara effektif mengurus semua email yang diterima dan dalam masa yang sama dapat menggunakan masa secara produktif untuk kerja-kerja yang lain.
Assalamulaikum Encik Nawar saya mencadangkan Encik membuat sesi pembelajaran @ bengkel dengan lebih kerap lagi.. Pelawa org yang bertanya dengan Encik supaya menyertai bengkel tersebut,pasti mereka akan berfikir dan berpuas hati
http://snooker-shots.blogspot.com
Saya rasa semua pendapat yang diberikan bagus-bagus belaka dan turut membantu saya membuat perancangan pada masa akan datang.Saya pun rasa kita semua perlu bijak menguruskan masa dan membuat sesuatu mengikut kepentingan tetapi mesti konsisten.Sebenarnya, sebaik-baiknya kita kena setkan jadual dan apa-apa plan yang bersesuaian mengikut situasi kerja dan kesibukan diri masing-masing.
Assalamualaikum en nawar… kekdg saya rasa serba salah bila dpt email drpd en nawar hinggalah ke email yg baru ini.Banyak email saudara yg terdahulu diabaikan. Terus terang saya bagitau saya lebih kepada ingin mendapat guru bagi memberi petunjuk kelangsungan hidup atau dgn kata lain sebagai sumber pendapatan sampingan selain drpd pekerjaan tetap. Namun hingga kehari ini adakah saya sekarang benar2 menuju kearah itu. Adakah saya keliru atau kurang percaya adakah semua ini benar.
Abdul,
Anda menjadi subscriber saya pun dah cukup berharga buat saya tidak semestinya Abdul membeli pakej atau membalas email saya.
Mana yang baik didalam email yang saya hantar, Abdul ambil dan yang tidak sesuai Abdul boleh jauhkan.
Abdul kena cari bentuk perniagaan internet yang sesuai untuk Abdul dan mulakan walaupun sedikit.
Tidak semua bentuk perniagaan di internet ni sesuai untuk kita.
Kena cari dimana kekuatan kita.
en nawar.. mungkin anda perlu membahagikan masa untuk reply email diorang. jikalau lambat pun tidak mengapa. saya ada satu soalan, saya nieh ialah seorang yang mempunyai adsense $ sifar. bolehkah pakej jana wang adsense nieh menjana wang daripada google adsense. saya adalah pembeli ebook X dengan Y. namun, saya masih tidak dapat menjana keuntungan daripada google adsense. saya seorang pelajar dan tidak ada modal untuk adwords mahupun kad kredit. jadi bolehkah pakej jana wang adsense membantu saya?
1st, asingkan folder cadangan, soalan dan lain2.. 2nd, peruntukan dlm beberapa minit dlm 1 hari tu utk menyusun email2 baru ke folder. 3rd, kemudian baru jawab email berkenaan.utamakan kpd yg hantar email dulu.. 4th, tanda right kpd email yg sudah dijawab 5th, tanda kiv pada email yg nk balas kemudian 6th, utamakan email berkaitan masalah2 dan soalan2 dulu..
sy rase tu je la yg dpt buat..
W'slm,slm sejahtera utk anda dan pembaca.
Hal bergini terjadi apabila kita lupa utk "Label Priorities Management"….Pd pandangan saya utk anda encik nawar, Label your daily follow-up folders such Perkenalan,subcriber,KIV contacts, follow up…bla,bla,bla
Daily or 3 kali seminggu saya akan keep in touch dengan KIV contacts to understand depa punya consents. Saya sokong pandangan saudara adam. Tak kurang juga cadangan lain yang baik.
Anyway namanya pandangan….dan ini adalah cara encik nawar yang saya tumb -up!,m still around…berlega-lega
Best wishes to your success Wassallam, Aj
assalamualaikum saya rasa encik munawar dan lakukan tugas yg sebaik mungkin n saya takde komen yg membina lagi buat mase ini..cuma saya mengharapkan setiap pertanyaan saya dpt encik munawar balas melalui email..saya antara ribuan yg tak berkesempatan menghadiri kelas en. nawar dan setiap jawapan yg en.munawar berikan amatlah dihargai..saya tak tau bgaimana hendak membantu encik,tetapi sayalah yg sgt memerlukan bantuan encik..sekian terima kasih
salam en.nawar sy memang mengikuti pekembangan en.nawar sejak dr mula lg pelancaran jwa (walaupun sy tk beli lagi
). bagi sy en.nawar seorang yg ikhlas dlm perniagaan. pandangan sy berkenaan dgn email yg tak dibalas oleh en.nawar, sepatutnya mereka perlu faham dgn situasi seorang internet marketer.walau bagaimanapun en.nawar perlu jelaskan kepada subsriber en.nawar tentang perkara ini. contohnya seperti email yg en.nawar hantar kepada sy..
good luck for you..
sy cadangkn..cuba bg masa untk mnjawb soalan2 tu..pruntukan shari 1jam ka..k la tu.. x pun cari pmbantu untk mmbalasnya.. bubuh siap2 soalan yg sering ditanya di dlm blog anda siap2 dan mnjwbnya siap2 agar owg leh baca siap2.. xpun bg ms kt situ..dlm 48jam anda akan bls ka..tp anda kena jwb la..nnt kecewa lak plangan tu..hehe
bnyak lg la pndapat leh bg..cuba satu prsatu yg mana ssuai dgn anda..dan anda leh lakukan..insyaALLAH
Pembaca yang dihormati,
Jangan pula lepas membaca topik ini anda tidak menghantar email kepada saya
Tumpuan hanya untuk mendapatkan pandang bagaimana secara effektifnya saya dapat menguruskan email-email yang diterima dan dapat memastikan email yang dihantar kepada saya dapat dijawap dengan sebaik mungkin.
Cuma saya minta sedikit kelapangan dalam tempoh membalas semula email yang dihantar.
zackrulz,
Bila mentioned ebook dari internet marketer yang lain yang sama niche dengan saya in public, just mention produk X dan Y, jangan mention nama ebook tersebut.
Berkenaan bolehkah anda menjana pendapatan Adsense dengan ebook saya, agak tidak sesuai saya yang memperkatakannya sebab saya produk owner sudah pasti saya kata ya.
Saya cadangkan Zackrulz dapatkan pandangan dari mereka yang telah mendapatkan eook saya.
Saya check statistik di webiste saya banyak traffik datang dari forum internet wangcyber, rupanya mereka membuka topik berkenaan ebook/pakej saya.
Lihat disini.. http://www.wangcyber.com/forum/program-jana-wang-online/4986-jana-wang-adsense.html
Dan juga disini… http://www.wangcyber.com/forum/program-jana-wang-online/6539-pernah-pergi-bengkel-en-munawwar-adsense.html
Harap membantu.
Assalamualaikum En Nawar, pada pandangan saya walau sesibuk mana pun saudara.saudara perlu memperuntukan masa utk subcribe saudara kerana saudara perlu ingat mereka banyak mamabantu saudara dalam bidang yang saudara ceburi skrg.saya rasa saudara perlu ada seorang pembantu utk menjalankn tugas2 ini.Namun anggaplh ini semua cabaran dlm dunia perniagaan.saya harap en nawar tabah meghdapinya.wassalam
Assalamualaikum, En. Munawar
Terima Kasih dia atas perlawaan en. Munawar tentang komen ini.Saya setuju dengan kawan-kawan yang lain iaitu meluangkan sedikat masa untuk menjawab semua email sebab meekala anda di sini. Seperti saya ni. Dah cuba beberapa kali masaih tak dapat apa-apa hasil.Rasa bosan menunggu saya biarkan begitu aje. Kecewa membuatkan saya malas nak buat apa komen.Contohnya; Saya cuba beberapa kali membuat blog tersebut tetapi setiap kali saya hantar setiap kali itu juga pihak google adsense minta email baru dan password baru.Harapan saya en. munawar dapat membantu.
Salamat,
Kalau Salamat ada beli Pakej saya, sila hantarkan soalan teknikal ke http://support.jana-wang-adsense.com
salam nawar,
I tak pasti pasal jana wang melalui internet dah.. bg i mesti kena kuar duit yg byk (modal) br bleh berjaya tp mungkin dah selalu ditipu.. serik pulak.. seronok tgk email yg u hantar selalu tu.. tp masih jauh hati utk mencuba.. serik sgt2
Salam Zila,
Tidak dinafikan, ianya buka sahaja berlaku pada Zila tetapi ramai lagi yang lain.
Saya harap Zila dapat memberi peluang pada diri Zila untuk belajar perniagaan internet dengan cara yang betul dan memulakannya satu hari nanti.
Gunakan 6 Modul Adsense yang saya berikan secara percuma untuk buat perlahan-lahan blog kegemaran Zila dan letakkan Iklan Google Adsense disitu.
Kalau ada pengunjung datang, adalah juga potensi untuk dapat income dari blog tersebut.
Semoga berjaya!
Nawar,
Adakah Pakej JWA v2.0 sesuai untuk orang yang hanya boleh online internet seminggu sekali, macam saya ni.
bila saya ingin gunakan internet saya terpaksa pergi ke cafecyber pada hujung minngu.
harap membantu…
Mat,
Berkenaan soalan seminggu sekali online itu, bagi saya better then nothing (lebih baik daripada tidak ada langsung).
TETAPI… kita kena terima kenyataan hasil yang kita akan dapat berkadar kepada usaha (lumrah kehidupan dunia).
Satu batu kecil kita baling dalam kolam kecik riak gelombang dia.
Kalau kita baling batu besar dalam kolam tu, besar la riak gelombang dia.
Jawapan saya agak berfalsafah sikit tetapi itulah yang tersirat.
Pakej saya bukan "MAGIC"…ianya tidak begitu.
InsyAllah kalau Mat fokuskan masa dan usaha walaupun dapat seminggu sekali, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan pendapatan.
Assalaamulaikum wrt., Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terhadap kebanyakan internet marketer seluruh dunia, mahu tak mahu terpaksa menggunakan khidmat pekerja e.g setiausaha peribadi yg tahu selok belok internet biz. Walau macam mana sekalipun ini memang perlu apabila internet biz. kita semakin berkembang. T/kasih. Saadon.
Assalamualaikum, Bukan you saja rasa begitu. kekadang saya pun sama bile forwardkan email internet marketing mengenai website saya tiada jawapan…mungkin cara penulisan saya tak bagus atau website saya tak menarik. Saya berminat jugak nak belajar mengenai google adsense ni. Saya bercita-cita nak jadi usahawan ICT setelah berenti kerja…nak jaga anak & keluarga dan dapat income work from home je… En Nawar boleh bantu? Termia Kasih Jem
Salam ust munawar. Sebenarnya saya sudah lama tidak menjenguk dalam web ustaz. Saya tahu saya tidak pandai dalam google adsense. Pernah sekali saya menghantar email pada ust. Hampir 3 bulan saya menunggu, tapi jawapannya tidak ketemu jua. Saya faham situasi ust. Bahkan ust juga seorang tabligh yang menyampaikan dakwah islam bukn sahaja di malaysia bahkan di luar negara termasuk indonesia. Saya sarankan ust munawar memilih satu hari dalam seminggu dari pagi ke petang dan menjawab pertanyaan2 yang diajukan. Saya lebih syorkan ust munawar membuka forum. AKhir kata.. Tegaklah daulah islamiah di mana kita berada.
Syukran Jazillan Ust Munawar.
Salam . En NAWAR.Tahniah kerna mengakui kelemahan Sendiri.Kesan Dari tindakan en NAWAR tak balas email dari suscribe terlalu besar .Jadi janganlah EN NAWAR tak Balas email Dari dieorang.
kesannya nye nanti Susbribe En Nawar sendiri akan Tak Layan En nawar.
Penyelesaiinya ;JAWAB LAH EMAIL BUKAN KENA BAYAR PUN
Tak de ke cara nak reply secara auto. Saya ada terima reply utk email saya tapi bukan from orang yang saya tujukan tapi dijawab oleh admin
as'kum enck munawar.. dalam ebook jana wang adsense, ader x cara-cara nak mendapatkan trafik secara percuma?
Zackrulz,
Dalam Pakej JWAv2.0 mengandungi lebih banyak cara mendapatkan traffic secara percuma dan berkesan.
Saya lihat kerja internet marketing ini sepertimana kerja rumah bagi seorang suri rumah tangga. Kerja-nya tak habis2. Saya pasti En Nawar faham sebab kerja you “home based” dan you lihat sendiri bagaimana your home manager menguruskannya. Mungkin you boleh ambil tips dan apply dalam your bisnes.
Buat jadual aktiviti bagi satu hari –dari waktu bangun pagi sehingga waktu tidur- yang mengandungi
Time dan tempoh setiap kerja mingguan- aktiviti yang akan di lakukan seminggu sekali( dalam kerja rumah – ironing, mending clothes, sewing project,crafts, etc)
Perkara penting perlu di beri perhatian ialah berdisiplin untuk ikut jadual dan jangan lupa special time untuk family yang perlu di beri sama ada setiap hari atau seminggu sekali. Ikut pengalaman saya jadual ini rasa macam menyusahkan. Memang pada mula nya, tetapi apabila sudah biasa memang sangat membantu. Lepas satu bulan kita dapati berbagai perkara kita dapat lakukan.
Saya juga bersutuju dengan FAQ. Cara ini dapat mengurangkan email yang masuk sebab maklumat penting telah di beritahu dan dengan itu En Nawar dapat memberi masa untuk projek baru yang boleh dimasukan dibawah katagori kerja mingguan.
Dalam kerja rumah kita boleh gunakan machine untuk jimat masa. Dalam internet bisnes ini saya setuju dengan cadangan penggunaan software untuk jimatkan masa.
Sekian, Terima kasih
Pembaca yang dihormati,
Alhamdulillah! dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana telah melapangkan masa menulis diruangan komen diblog saya (hampir 50 comments)
Saya secara jujurnya saya banyak belajar daripada nasihat, pandangan, teguran dan juga cadangan anda yang sangat membina berkenaan bagaimana secara effektifnya menjawab email-email yang dihantar oleh subscriber.
Hasil dari komen dan cadangan anda, saya telah mengambil beberapa tindakan iaitu:-
Ruangan Bantuan (Helpdesk)
FAQ – Soalan Lazim
Dengan ini saya menutup ruangan comments ini dan sekiranya anda mempunyai cadangan yang membina sila hantar melalui Ruangan Bantuan dan pilih kategori "Cadangan".
Sekali lagi saya menguncapkan Jutaan terima kasih tak terhingga kerana sudi berkongsi.
Akhir kata jangan lupa untuk mendapatkan Pakej JWA Versi 2.0 pada Selasa, 27hb Mei 2008 ini.
waaaaaaaaa…. penat skrol daaaaaa. pengurusan masa itu penting untuk menjawab segala persoalan. persoalan yang sedia dijawab dah tentu bleh divideokan aje…
Abdfatah,
Minta maaf laaa sampai penat skrol baca comment subscriber saya
Videokan pertanyaan yang diberikan? satu idea yang menarik… saya akan cuba lakukan.
TQ abdfatah
Salam Bro Nawar,
Mgkn kalau bro Nawar ada bnyk email yg x ter reply, boleh buat auto-responder yang mengucapkan terima kasih kepada pengirim email yg menghantar email kpd bro.
Saya x bnyk email terima lg..hehe..so relax je bila nak menjawab email..huhu
Memang pada masa kini kalau dengan adanya subcriber email yang akan masuk tidak kira masa. Oleh itu setiap soalan yang diajukan dimasukkan kedalam satu ruang yang mana setiap persoalan yang mungkin serupa dengan soalan yang sebelumnya, mereka boleh merujuk ke laman web. Lebihkurang soalan yang lazim la…
harap dapat membantu
Ini adalah perkara normal. Tak perlu pening2kan kepala. Kala boleh, setkan je dari awal2. Yang penting, hadapi hari anda dengan senyuman. Insya-Allah. semua kekurangan dan masalah akan selesai.
saya rasa cukup dengan menjawap di forom comment sahaja email-email tuh…
Saya belum penah .. Almaklumlah masih merangkak lagi… kalau dah kukuh ok gak..
Assalamuallaikum..sdr Nawar. Sebagai pengenalan, nama saya Mohd Sarbani, panggil saya Bannie, berusia lbih kurang 39 tahun..sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak..yang kedua-duanya perempuan..yang pertama berumur 15 tahun dan yang kedua berumur 12 tahun,masih bersekolah..isteri saya bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai Eksekutif Akaun..saya pula buat masa sekarang sedang menganggur dan sedang cuba untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan adsense ini..bidang ini amat jauh daripada perspektif pekerjaan saya sebelum ini (mechanical technician)..Pada dua minggu yang lalu,saya telah terbaca artikel percuma sdr Nawar (6 Modul Adsense ) dan saya telah membuat keputusan untuk mencuba dan mempraktikkan kaedah itu..alhamdulillah..selepas dua hari,saya telah berjaya membuat / membina laman web hasil daripada kaedah itu..terima kasih saya ucapkan pada sdr Nawar di atas info dan maklumat yang amat penting dan bernilai bagi seorang newbie seperti saya..untuk pengetahuan sdr Nawar, buat masa sekarang saya tidak mampu untuk membeli apa-apa program atau apa saja yang melibatkan kos kerana saya tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan..oleh itu, saya terpaksa mencari dan meneliti info-info yang di iklankan secara percuma di internet..akan tetapi bagi pendapat saya secara peribadi mengatakan yang kaedah 6 Modul Adsense teramat baik dan banyak membantu pada saya..terima kasih sekali lagi..jangka masa sekarang saya masih belum dapat menjana apa-apa sumber kewangan daripada internet..akan tetapi saya teramat yakin dan yakin dengan 6 Modul Adsense ( JWA )..Insyaallah..kejayaan pasti dikecapi dengan izin Nya..ok lah..cukup setakat ini dahulu bicara saya buat kali pertama..jumpa di lain masa..Assalamualaikum..Bannie,