February 26, 2008

Tarik Traffic Dari Forum

Minggu lepas saya ada memberikan subscriber saya senarai keyword yang mahal (High Paying Keyword) dan kemudian ada yang bertanya bagaimana untuk manfaatkan keyword tersebut.

Untuk pengetahuan anda High Paying Keyword, lazimnya mempunyai pesaingan yang tinggi kerana semua publisher berlumba-lumba membuat website/blog untuk menjana pendapatan dari keyword tersebut. Sekiranya anda menggunakan teknik Search Engine Optimization, ianya akan memakan masa kerana anda perlu mempunyai kandungan blog yang fresh, unik, menarik dan perlu melakukan on-site dan off-site optimization dari semasa ke semasa.

Satu teknik yang mudah tetapi berkesan untuk menarik traffic ke laman web/blog anda yang mengandungi HPK adalah dengan menggunakan teknik Forum.

Sekiranya anda baru mendengar tentang forun ini, forum adalah laman web yang berasaskan komuniti dimana ahli kominiti di forum tersebut membincangkan antara satu sama lain berkenaan dengan sesuatu topik. Forum juga mempunyai banyak jenis dan iannya juga ada berdasarkan kepada sesuatu Niche Market. Sebagai contoh ada forum untuk mereka yang minat tentang sukan, online games, wedding, aviation dan sebagainya.

Saya rasa anda mungkin juga salah seorang dari ahli forum yang banyak berada di internet sekarang ini dan juga aktif dalam memberikan contribution terhadap soal-jawap di forum tersebut. Kenapa tidak anda menggunakan teknik forum untuk menjana pendapatan dari Google AdSense.

Bagaimana anda mendapatkan traffic dari sesuatu forum tersebut? Kalau anda dapatkan perhatikan, selalunya ahli forum akan diberikan satu ruang untuk anda meletakkan signature dimana anda boleh membuat iklan ringkas tentang produk ataupun blog anda.

Disini saya tunjukan contoh signature tersebut didalam salah satu forum:-

forum-signature.jpg

Untuk lebih effektif signature anda perlu lebih menarik atau pun catchy yang akan menyebabkan ahli forum klik signature anda dan seterusnya pergi ke blog anda. Katakan mereka sedang membincangkan masalah cara untuk mendapatkan wedding gown yang simple tetapi nampak menarik. Maka anda boleh menggunakan signature yang catchy sebagai contoh.

"7 Simple Steps To Make Your Wedding Gown Look Simple But Attarctive!"

"4 Deadly Tips How To Prepare Your Wedding Gown In Just 30 Minutes!"

"Why Everyone Must Have This 5 Simple Wedding Gown Tips!"

Dengan signature yang menarik mereka akan teruja untuk klik signature anda dan seterunya pergi ke blog anda maka anda mendapat traffic dari forum tersebut. Sememangnya mereka yang datang ke forum ingin mendapatkan maklumat untuk permasalah mereka, sekiranya anda dapat menyediakan blog yang membantu mereka menyelesaikan masalah mereka pastinya mereka amat menyukainya dan menghargainya.

Lebih banyak traffic maka lebih banyak klik, lebih banyak klik maka lebih banyak anda dapat menjana pendapatan AdSense anda.

Bagaimana untuk mendapatkan forum berkenaan niche market anda ataupun keyword yang saya berikan? Gunakan Google.com untuk mendapatkan forum yang boleh anda sertai.

1. Pergi ke google di http://www.Google.com

2. Taipkan <keyword> forum

Katakan keyword anda adalah online games maka anda taipkan "online games forum". Anda akan dapat melihat result seperti dibawah.

google-online-games-forum.jpg

3. Klik salah satu senarai forum yang diberikan, dan anda boleh mendaftar untuk menjadi ahli forum tersebut…OK saya tahu… jangan takut… ianya percuma sahaja.

4. Baca Forum rule sebelum anda membuat sebarang posting di forum tersebut.

5. Selepas register anda boleh pergi kebahagain signature untuk membuat signature anda. Sebelum itu anda mesti mempunyai blog atau website yang ingin anda promosikan.

Beberapa tips penting untuk mempromosikan website/blog anda di forum antaranya ialah; 

1. Dapatkan web forum yang mempunyai traffic yang tinggi. Lebih tinggi traffic di web forum tersebut lebih besar potensi anda untuk mendapatkan traffic ke laman blog anda dan lebih ramai yang akan mengunjungi laman blog anda dan mungkin mereka akan menjadi peminat blog anda yang setia.

Sebagai contoh, forum ini mempunyai lebih dari 3 juta posts

forum-traffic.jpg

2. Keutamaan anda adalah untuk menjadikan post yang anda lakukan menarik perhatian ahli forum yang sedia ada. Subjek post anda mestilah menarik perhatian yang menyebabkan ahli forum tertarik untuk membaca post yang anda lakukan. Beri tumpuan pada topik yang PANAS atau bina topik PANAS anda sendiri. Dengan cara itu post anda akan sentiasa berada posisi teratas. Lazimnya orang menyukai sesuatu topik yang panas dan banyak reply.

3. Bila anda melakukan posting atau memberi respond pada sesuatu topik, pastikan anda menggunakan keyword yang orang selalu cari di enjin pencari. Letakkan keyword anda dibahagian subjek pada post anda kerana enjin pencari melakukan index terhadap web forum yang popular.

4. Jangan sekali-kali melakukan SPAM diforum yang anda sertai kerana itu adalah tindakan yang tidak beretika sama sekali.

5. Join sebanyak forum yang anda mampu untuk mempromosikan blog anda.

6. Gunakan high paying keyword senagai keyword di blog anda.

Kepada pelanggan JWA, gunakan senarai forum yang telah saya berikan dan juga forum software yang membantu anda melakukan posting dan manage forum anda secara automatik.

Anda juga boleh menggunakan ready made template serta artikel yang saya berikan untuk menjana pendapatan dari Google AdSense.

Saya harap post ini membantu anda dalam menambah pendapatan secara online.

Filed under forum by

Permalink Print Comment

Comments on Tarik Traffic Dari Forum »

February 26, 2008

udin @ 3:48 pm

satu tip yang menarik. Semoga Allah membalas jasa sdr.

aneka @ 4:53 pm

salam..

Terima kaseh en Munawar tips yang amat baik sekali saya akan mencuba menggunakan teknik dari saudara..

terima kasih

Azril @ 4:57 pm

Terima Kasih atas maklumat yang diberi. Maklumat yang diberikan memang berguna. Asalamualaikum

titan @ 5:30 pm

Salah satu teknik yg aku cukup mahir. forum marketing. Bagus untuk adsense, affiliate, dan jual barang. So far, lebih 200% berkesan!

emma @ 6:07 pm

Info yg sgt berguna untuk pendatang baru kedunia internet spt saya. T.kasih banyak, semuga Tuhan mencucuri rezeki melimpah2 keatas sdr.

najib @ 7:19 pm

saya harap teknik ini untuk menjana pendapatan terima kasih

khizul @ 11:35 pm

assalamualaikum..

saya nak minta tlg en. nawar, mcmana nak dapatkan balik “add page element” kat bahagian layout di blogger tu? sebelem ni saya dah terdelete dan skrg ni saya tak boleh nak letak code adsense dlm blog saya sbb dah takde “add page element”. harap en.nawar dapat membantu….. t.kasih…

February 27, 2008

azahari @ 1:02 am

Best tips ni. Memang informatif dan direct!

Nawar @ 1:04 am

Khizul,

Jawapan untuk masalah add page element ada di dalam forum support saya. Salah seorang dari pelanggan saya ada membrikan solution kalau add a page element ni hilang.

Kalau Khizul pelanggan saya pergi ke support forum utuk mendapatkan langkah yang diberikan.

Sain @ 7:08 am

Bagus tips mendalam yang en Nawar bagi pasal teknik forum ni….Ada gak saya guna teknik ni…Tq info menarik ni..Saya mula dah nak berkomen kat blog ni…hehehehe…

Alias @ 8:00 am

Terima kasih En.Munawar kerana you telah memberi tunjuk ajar yang senang di faham maalum sahaja saya pun baru di bidang ini.Saya harap You dapat terus membantu dari masa ke semasa.THANKS AGAIN……

Hjh Selmi @ 8:30 am

Walaikum slam, Hi juga. Terima kasih en Nawar kerana teknik forum yang sdra berikan sangat memberi menafaat kepada saya yang baru dlm bidang ini. Smoga Allah memberi rezeki yg luas kpda en Nawar. Tq Insya Allah saya akan cuba.

Ritz NM @ 8:53 am

Tips ini amat berguna.. selain mempromosikan GA.. teknik ini juga boleh digunakan untuk mempromosikan program affiliate dan produk sendiri

Saadon @ 12:46 pm

Saya telah membaca forum tuan dan terima kasih dgn article berkenaan. Ianya menarik dan membantu saya dlm menambah ilmu berkaitan adsense.
Saadon.

Salamat @ 9:29 pm

Terima kasih nawar, tapi saya masih keliru. Saya tak tahu bagimana nak update blog tersebut.
2. bagimana jika buat lebih dari satu blog? kena daftar dengan goggle lagi ke? saya dah cuba buat tapi tak boleh sebab goggle nak emal lain? saya taj faham. macam mana tu?

mohamad sadip @ 9:31 pm

Terima kasih En Munawwar atas pemberian high paying keyword yang diberikan.Memang berkesan teknik menyertai forum-forum ini sebab saya dah pun buat teknik ini.Sekarang ini pun masih lagi buat submit ke forum-forum.Alhamdullilah sekarang ni sedang menunggu no pin dari pihak GA.

February 28, 2008

Nawar @ 7:49 am

Salamat,

Untuk update blog buat post yang baru mengandungi artikel yang baru berkenaan niche yang sama. Lihat post saya sebelum ini bagaimana melakukan update.

http://www.jana-wang-adsense.com/blog/blogging/berapa-kerap-saya-perlu-update-kandungan-blog/

Kalau anda buat lebih dari satu blog tidak perlu register account Google Adsense lain. Gunakan kod yang sama untuk semua blog anda.

den @ 8:59 pm

salam, tahniah krn sumbangan anda.masalahnya saya tak fokus pd adsense,dah lama beli produk sdr tapi hilng fokus.

February 29, 2008

Sain @ 11:20 am

Sejak saya baca ebook 6 modul percuma dan beli PJWA tu saya terus tumpukan dan fokus adsense….Alahmdulillah,,,memang menjadi kalau buat sesuatu tu dengan FOKUS…..

March 4, 2008

mawar @ 10:06 am

assalamualaikum.
terima kasih En Nawar…jujurnya saya tidak pernah terlintas untk menyertai forum seperti itu…yang saya tahu hanya cari maklumat sahaja…terima kasih atas tunjuk ajar saudara…
wasalam

March 10, 2008

aniff @ 8:43 pm

tips cik nawar memang menarik.sy akan cuba utk mengunakannya.thanks…

May 11, 2008

AhmadAmir @ 12:35 pm

ya…tips yang menarik…niche forum marketing memang sesuai untuk tarik trafik..dalam adsense..trafik ialah perkara kedua penting selepas content..

May 28, 2008

hasliza @ 10:05 pm

en munawar telah stop operation download,

macam mana dengan saya yang dah buat payment ke account
en munawar, adakah ini bermakna saya tak akan dapat
ebook tersebut?

June 4, 2008

Maliki Hassan @ 2:01 am

salah satu teknik saya yg amat berkesan!

zattara @ 10:29 pm

teknik abg mmg best…huhu..:)
Terima kasih abg nawar…

June 12, 2008

aliff @ 10:47 pm

wau..thankz en nawar..saya hargai tips diatas..thankz

June 17, 2008

Ahmad Nizam @ 12:07 am

Assalamualaikum En Nawar,
Kenapa blog saya tidak di index?
Lagi satu, saya confuse dgn terlalu banyak website yang kita kena masuk. Adakah arahan ini perlu diikuti berturutan?

June 22, 2008

Nizam @ 12:54 am

tq. sy cuba lepas nii

July 30, 2008

yesbos2u @ 4:09 pm

Assalam…kum w.b.t apa khabar En. Munawar?Macam mana nak dapat trafik yang cepat selain masuk ke forum ini.

August 9, 2008

Fauzi @ 8:33 am

Terima kasih En. Munawar. Tips yang EN Munawar berikan tu amat membantu saya yang masih baru dalam Adsense. Terima kasih kembali.

August 28, 2008

mohd @ 12:45 pm

bagus,sgt memberi saya pengetahuan

September 10, 2008

AinaNor @ 10:08 am

Assalamualaikum,

Terima Kasih En Munawar kerana memberi kan tips ini. Sebelum saya membeli Pakej Janawang V2.0, saya telah pun menggunakan teknik ni dan ianya sangat berkesan. Lebih berkesan lagi selepas saya gunakan langkah Ads Filter dimana memasukkan Website yang ‘Low-Pay-Adsense’.

Soalan: Macamana saya nak optimisekan ads menggunakan kod adsense yang diberikan dlm Pakej Janawang v.2.0? Kalau menggunakan HTML/Javascript, x menjadi…

Terma Kasih

December 4, 2008

fazlee @ 1:14 am

terima kasih atas kerjasama EN.Munawar

February 19, 2009

John @ 9:40 pm

satu teknik yang bagus! berkesan!

April 26, 2009

jeng @ 2:18 pm

Bro, thanks for the tips k..
hope will work for me too..:)

April 29, 2009

adi_tau8605 @ 4:47 am

Terima Kasih saudara….

Semoga tips ini dapat digunakan sepenuhnya oleh orang Islam untuk meningkatkan ekonomi orang Islam sendiri.

December 4, 2009

Setubuh Malam Pertama @ 1:05 pm

Hi Nawar
Teknik2 yg diberikan di blog ini dan juga Pakej JWA sgt bagus. Sy juga tgh mulakan promote melalui forum pd pendapat sy forum lebih tertumpu. TQ

Setubuh Malam Pertama

Leave a Comment