internet marketing

May 24, 2008

Pelancaran Pakej JWA v2.0 – Tinggal 72 Jam!

Nampaknya Pakej JWA v2.0 hanya tinggal 72 Jam untuk dilancarkan. Saya sempat membuat video pendek menerangkan serba sedikit tentang Pakej Jana Wang Adsense ini. Kalau anda belum pernah melihat saya, mungkin kesempatan ini dapat digunakan untuk mendengar video daripada saya.

Saya mohon maaf kerana kualiti video agak kurang baik dan ada sedikit gangguan, maklumlah ambil didalam rumah.

 

Untuk makluman binder manual yang anda lihat didalam video hanyalah contoh sahaja dan produk yang sebenar adalah didalam bentuk digital yang boleh anda download terus kekomputer anda.

Didalam Pakej JWA ini saya berkongsi kepada anda dengan lebih lanjut lagi berkenaan Adsense dan juga Trafik. Teknik dan strategi saya lebih fokus kepada Niche Market dan bagaimana mendapatkan trafik kelaman blog tersebut.

Pandangan saya berkenaan Niche Market ini anda jangan fokus kepada internet business niche, contohnya anda membuat blog mengenai Adsense, internet marketing, make money dan sebagainya. Anda boleh sasarkan  niche sebagai contoh fireplace mantel shelves, denim vest, coffee roasting, torque wrench, drop ceiling tile dan sebagainya (contoh sahaja).

Niche yang begini sebenarnya yang akan membantu anda menjana pendapatan melalui Adsense. Jadi sebagai permulaan 6 Modul Adsense yang saya berikan sudah boleh membantu anda untuk mendapatkan niche.

Seterusnya adalah trafik, inilah yang banyak saya kongsikan didalam Pakej JWA v2.0. Ianya buka sahaja untuk Adsense, tetapi sekiranya anda membuat affiliate atau mempunyai produk sendiri anda akan pasti mendapat manfaat (insyAllah) dari strategi yang saya kongsikan.

Jangan lupa ya! Selasa, 27hb Mei 2007… tempahan akan dibuka jam 9:30 pagi Selasa.

Spread the Word!

Filed under AdSense, JWAv2.0, internet marketing by

Permalink Print 19 Comments

May 13, 2008

Bersembunyi DiSebalik Website? bantu saya…

Assalamualaikum & Salamsejahtera,

Penulisan kali ini tidak berkaitan dengan Google AdSense secara khusus tetapi berkenaan Internet Marketing secara umum.

Saya perlukan bantuan anda dalam menghadapi cabaran mengurus email-email yang diterima… pandangan, komen dan juga cadangan anda.

Begini, apa tanggapan anda pada seseorang internet marketer yang apabila anda menghantar email kepadanya tetapi tiada reply?

Sombong, ego, tak layan atau sibuk kot!

Ini terjadi kepada saya, memang terjadi kepada saya… iaitu ramai subsciber menghantar email kepada saya tetapi saya yang tidak mampu untuk menjawap kesemua email tersebut…

Mungkin…anda juga salah seorang subscriber yang menghantar email kepada saya tetapi saya tidak sempat balas…

Saya ingin kalau boleh mendekati kesemua subscriber saya tetapi secara realitinya saya tidak mampu untuk berbuat demikian atas faktor masa dan juga kadang-kala terlupa dan terlepas pandang kerana terlalu banyak email di terima.

Saya dapat email… saya baca dan kalau email tu agak complicated saya tutup dulu dan akan jawap kemudian, saya baca email yang lain pula.. kalau mudah saya jawap..lepas tu teringat kerja yang sedang saya buat dan buat kerja kembali lepas tu lupa email yang saya baca sebelum ini..

Ada kadang-kala pula, saya balas email 2 kali..

Mungkin anda juga mengalami situasi serupa?

Jadi… saya tuliskan hal ini di blog ini dan saya perlukan bantuan anda untuk memberikan pandangan yang baik dan bernas di ruang komen blog saya, bagaimana cara terbaik mengatasi cabaran ini.

Apa pun pandangan yang diberikan saya hargai dan kalau anda tak sempat nak berikan komen sekarang, sekejap lagi atau petang sikit pun boleh.

Saya menunggu…

P.S: masa sekolah dulu selalu dapat surat…"pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"

Spread the Word!

Filed under internet marketing by

Permalink Print 61 Comments
Register Login