June 28, 2008
Apakah Adsense Channel?
Sebelum ini saya ada membuat post berkenaan pendaftaran akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina. Jawapanya ialah anda tidak perlu register akaun Adsense yang baru untuk setiap blog anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog, maka anda boleh menggunakan Google Adsense Channel untuk memantau prestasi blog-blog yang anda bina.

AdSense Channel terbahagi kepada dua kategori:-
1. URL Channel
2. Customise Channel
Apakah perbezaan antara "URL Channel" dan "Customise Channel"? disini kita akan lihat URL Channel terlebih dahulu.
URL Channel
URL channel digunakan untuk mendapatkan Adsense statistik atau laporan prestasi iklan adsense yang berada pada laman web atau blog anda. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan URL blog anda ataupun laman web anda pada bahagian URL channel. Ia tidak akan mengubah kode Adsense anda.
Ianya sangat membantu sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog dimana anda akan dapat lihat prestasi setiap blog anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL laman blog anda… itu sahaja!

Katakan sebagai contoh anda mempunyai blog dan URL blog anda adalah http://fisher-cat-screech.blogspot.com. Lihat langkah dibawah untuk memasukkan URL blog anda.

Setelah anda melakukan langkah yang ditunjukkan pada gambar diatas, anda telah berjaya memasukkan URL blog anda pada Adsense Channel anda.
Google Adsense akan memberikan laporan berkenaan dengan adsense statistik terhadap iklan yang berada di blog anda. Ia akan memberikan laporan untuk keselruruhan blog tersebut bukan hanya sesuatu page sahaja.
Sekiranya anda hanya ingin melihat prestasi iklan Adsense anda pada page (mukasurat) tertentu pada blog ataupun laman web anda maka anda perlu define (tentukan) page mana yang ingin anda pantau.
Anda mungkin tertanya apakah itu pages? jawapannya begini, dalam contoh diatas saya gunakan blog "fisher cat screech". Kalau anda pergi ke laman utama seperti dibawah, itu dikira satu page.
http://fisher-cat-screech.blogspot.com <—— ini satu page
Sekiranya anda pergi ke previous post atau post yang sebelum ini, maka itu dikira sebagai page yang lain.
http://fisher-cat-screech.blogspot.com/2008/01/fisher-cat-screech_16.html <—- ini page yang lain
Jadi, ada juga mereka yang hanya ingin melihat prestasi iklan adsense pada sesuatu page di blog mereka bukan keseluruhan blog, jadi anda perlu memasukan URL pages tersebut pada URL channel.
Saya harap penerangan diatas jelas untuk "URL channel". Sekarang kita akan melihat kepada "Customise Channel" pula.
Customise Channel
Cutomise Channel pula digunakan untuk melihat prestasi format/layout iklan Adsense pada blog anda. Untuk memudahkan anda memahaminya, katakan anda mempunyai layout iklan adsense dan kedudukan iklan seperti berikut.

Anda ingin mendapatkan maklumat pada setiap format iklan tersebut iaitu layout iklan (A) atau (B) untuk melihat iklan adsense yang manakan lebih mendapat klik atau tumpuan pengunjung, maka anda boleh menggunakan "Customise Channel".
Lihat langkah yang saya tunjukkan dibawah bagaimana untuk menggunakan "Customise Channel".

Sebaik sahaja anda melakukan step seperti didalam gambar diatas, anda akan diminta untuk memasukan nama channel anda. Katakan anda ingin membina channel untuk layout Iklan (A) anda boleh namakan dengan format berikut sebagai contoh <Nama Blog>-<Nama Iklan>.
Gantikan <Nama Blog> dengan nama blog anda, sebagai contoh blog saya berkenaan fisher cat screech jadi saya namakan FisherCatScreech.
Gantina <Nama Iklan> dengan nama format iklan anda, sebagai contoh saya namakan iklan tersebut layout A.
Maka nama channel anda ialah FisherCatScreech-A. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:

Lakukan langkah yang sama untuk channel yang lain. Setelah anda memasukan customise channel seperti diatas, anda telah boleh menggunakan channel tersebut apabila anda mendapatkan kode Adsense.
Langkah dibawah menunjukan kepada anda bagaimana untuk membina kode iklan adsense dengan memasukan customise channel. (langkah dibawah ditunjukan dengan anggapan anda sudah mengethaui bagaimana hendak membina kode Adsense anda)

Klik "Continue" dan seterusnya klik "Submit and Get Code".
Selamat mencuba!
Sebarang masalah sila hantar ke Ruangan Bantuan (support) saya.
Spread the Word!
June 27, 2008
Satu Akaun Adsense Untuk Semua Blog
Saya menerima banyak soalan berkenaan "Adakah saya perlu memohon Akaun Google Adsense setiap kali membuat laman blog untuk Adsense?".
Jawapan yang ringkas…
"Tidak Perlu"
OK,…mari kita sama-sama belajar, dibawah saya terangkan dengan lanjut…
Untuk makluman anda, satu akaun Google Adsense adalah untuk kesemua blog yang anda bina. Anda tidak perlu memohon Akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina.
Katakan anda pertama kali membina laman blog berkenaan sesuatu topik contohnya "computer speaker" dan anda menggunakan blog tersebut untuk memohon Google Adsense.
Itu tidak bermakna akaun Google Adsense yang anda daftar hanya boleh digunakan pada blog berkenaan "computer speaker" sahaja sehingga anda tidak boleh menggunakan kod AdSense yang diberikan untuk blog anda yang lain.
Walaupun anda mendaftar menggunakan blog berkenaan "computer speaker".
Itu hanyalah sebagai rujukan kepada pihak Google bahawa anda telah mempunyai blog atau website untuk anda berkelayakan mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense.
Jadi kod AdSense yang sama boleh digunakan untuk kesemua blog anda. Kod tersebut akan secara automatik membaca kandungan blog anda dan akan mengeluarkan iklan dari Advertiser yang berkenaan dengan topik blog anda.
Jadi, adakah anda perlu daftarkan kepada Google setiap blog anda?
Jawapanya "Tidak Perlu"
Anda boleh gunakan Adsense Channel untuk memantau setiap blog yang anda bina. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Adsense Channel pada post yang lain.
Harap jawapan saya jelas dan membantu.
Spread the Word!
May 12, 2008
Niche Market: Jana Pendapatan Walaupun Anda Tidur?
Saya mempunyai banyak blog yang saya "set dan forget", maksudnya ialah blog yang saya buat menggunakan niche market kemudian saya tidak lagi perlu melakukan update selalu tetapi ianya tetap dan sentiasa menjana pendapatan dari AdSense walaupun anda tidur
Lihat blog magnetic jewelry clasp yang berada di posisi # 5 Google yang setiap masa membawa pelawat ke blog tersebut dan menjana pendapatan dari AdSense.

Pendapatan Google Adsense

Begitu juga dengan blog fisher cat screech yang berada di rangking #1 Google

Pendapatan Google AdSense

Kebaikan sekiranya kita dapat membuat blog yang Niche ialah kita boleh set dan forget kerana ianya tidak banyak persaigan, kita boleh diam-diam generate incoem dari Niche yang macam ini. Untuk blog yang macam ini hanya ambil masa most 1 jam untuk disiapkan dan cuba bayangkan berapa banyak blog yang niche kita boleh buat untuk menjana income dari Google AdSense walaupun kita sedang tidur.
Tetapi jangan tidur saja tanpa membuat blog.. kerana kalau tidur saja apa pun tak datang 
Spread the Word!
Filed under AdSense, Keyword, blogging, niche market by Nawar
January 30, 2008
Berapa Kerap Saya Perlu Update Kandungan Blog?
Saya kerap menerima soalan tentang berapa kerap saya perlu update kandungan blog saya? Jawapan mudah yang boleh saya berikan adalah dengan mengambil kira 2 element penting dalam blogging.
1. Search Engine (Enjin Pencari)
2. Pengunjung
Kedua-dua element tersebut menyukai kandungan blog yang mempunyai NEW update. Saya menyarankan anda tidaklah perlu melakukan update terhadap blog anda setiap hari tetapi cukuplah dengan seminggu sekali.
Spread the Word!
September 12, 2007
Page#1 Google Dalam Masa 7 Hari
Dengan merujuk kepada "6 Module Adsense Percuma" dimana saya berkongsi teknik bagaimana anda boleh mendapatkan "Niche Market" atau keyword yang membolehkan anda membina laman blog berdasarkan keyword tersebut. (Sekiranya anda belum mendapatkan modul tersebut sila subscribe dan muat turun sekarang di http://www.Jana-Wang-Adsense.Com)
Didalam modul tersebut saya telah menjumpai keyword "magnetic jewelry clasp" sebagai niche market untuk membina laman blog dan URL blog tersebut ialah http://magnetic-jewelry-clasp.blogspot.com [ *** Minta kerjasama dari anda jangan melakukan klik di iklan AdSense diBlog Tersebut. Saya berkongsi maklumat ini untuk kebaikan bersama***]
Keyword tersebut mempunyai pencarian anggaran sebanyak 1,159 sebulan dan telah bersaing dengan 502,000 pages tanpa quote "".

Kurang dari ~72 jam, blog tersebut telah di index di enjin pencari Google tetapi berada jauh ke belakang SERP (Search Engine Result Page). Tetapi dalam tempoh 7 hari ia berada di antara page#4 dan #5 Google untuk keyword "magnetic jewelry clasp" iaitu posisi ke 54. (Result dibawah diambil ketika saya menulis blog ini. Ia mungkin berubah)
Spread the Word!
Filed under Traffic, blogging, niche market by Nawar










