April 25, 2009
Pengumuman: Maklumat Login Pakej JWAv2.1 (kemaskini)
Pelanggan Yang Dihormati,
Kepada pelanggan lama JWA yang BELUM/TIDAK menerima email “notification” memuat turun Pakej JWAv2.1, maklumat login anda adalah SAMA ketika anda membeli Pakej JWAv2.0.
Sila rujuk email anda ketika melakukan pembelian dan sekiranya GAGAL juga untuk akses, sila hantarkan masalah anda dibahagian SUPPORT.
http://support.jana-wang-adsense.com
Semoga anda terus maju dalam perniagaan internet anda
——————————-Customer Email Notification—————————-
Assalamu’alaikum & Salamsejahtera Hi, Munawar disini dari Jana-Wang-Adsense.com! Untuk makluman anda, Pakej Kemaskini dilakukan disebabkan oleh Ada juga teknik yang saya keluarkan dari Sila download Pakej JWAv2.1 sebelum tarikh Maklumat login anda adalah seperti Username (login): Pautan Login:
Sekiranya ada masalah login, sila hantar http://support.jana-wang-adsense.com Saya juga ingin memaklumkan, dengan berat Secara "nature" saya memang kurang suka Jadi, semua soalan teknikal sila hantar ke http://support.jana-wang-adsense.com Itu sahaja dari saya berkenaan update Saya akan maklumkan kepada anda Yang Ikhlas, Munawar P.S. Seperti yang saya maklumkan sebelum
JWAv2.0 telah saya update kepada JWAv2.1
sepanjang 2 minggu lepas.
perubahan yang berlaku pada laman web
rujukkan yang terdapat didalam ebook JWA.
Pakej tersebut sebagai contoh DiggScript,
ini disebabkan oleh "overuse" oleh pelanggan
JWA.
tamat yang tertera ketika anda
login.
berikut:
Password:
tiket pesanan berserta login id ke
hati saya akan menutup Forum JWA kerana
tidak dapat meluangkan masa untuk berada di
forum.
beforum dan sekiranya ahmad perhatikan saya
tidak berada dimana-mana forum internet
marketing.
bahagian support saya di
JWAv2.1, sila download, print-out dan bind
kerana ebook saya boleh diprint untuk
memudahkan anda membuat rujukkan.
sekiranya ada update dimasa akan datang.
Jana-Wang-Adsense.com
(Tidak lagi menerima tempahan Pakej JWA)
ini, JWAv3.0 yang berasakan wordpress
platform tidak dapat saya "Releasekan" buat
masa ini. Mohon jutaan maaf kepada yang
email kepada saya meminta pakej JWAv3.0.
March 31, 2009
Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union
Assalamualaikum & Salamsejahtera
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor (salah seorang pelanggan Pakej JWA) kerana sudi untuk membantu saya menyediakan tutorial bagaimana cara untuk mengeluarkan pendapatan Adsense melalui Western Union.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Puan Nor kerana berjaya menjana pendapatan melalui Google Adsense sebanyak USD $600.88 ( RM 2,159.06) pada bulan March 2009.
Sila rujuk tutorial bergambar (di ambil dari akaun Puan Nor) sebagai rujukkan bagaimana untuk mengeluarkan wang Adsense anda.
Langkah#1: Login ke Akaun Google Adsense
Langkah#2: Klik "My Account"
Langkah#3: Klik "Payment History"
Langkah#4: Klik "Payment issued – details" (anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah)
Langkah#5: Klik “Statement of Earnings” (maklumat lanjut akan dapat dilihat seperti dibawah)
Langkah#6: Pergi ke mana-mana Bank yang ada menawarkan perkhidmatan Western Union atau ke pejabat POS Malaysia.
Pastikan anda membawa maklumat seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang
2. Maklumat No. Kawalan Pindahan Wang ( MTCN number)
3. Alamat Pengirim seperti yang tertera pada "Statement of Earnings"
Sila rujuk borang yang di isikan oleh Puan Nor seperti dibawah:-
Sebelah kanan borang “Untuk Kegunaan Pejabat” tidak perlu di isikan. Sila semak bahagain ini setelah proses pengeluaran wang berjaya dilakukan. Maklumat penting akan di printkan dibahagian ini termasuk jumlah wang yang telah di tukarkan ke matawang Ringgit Malaysia. (RM 2,159.06 dalam contoh ini).
Sila kira wang anda sebelum meninggalkan kaunter dan pastika ianya betul dan tepat.
Harap tutorial ini membantu.
Assalamualaikum & Salamsejahtera,
Akhirnya… Google secara tiba-tiba membongkar maklumat sebenar nilai carian keyword di enjin pencari mereka (Google.com)! dan pada para internet marketer ini suatu KEJUTAN yang dilakukan oleh Google kerana selama ini Google merahsiakan (tidak berkongsi) maklumat ini kepada public.
Mungkin dari pengalaman anda sendiri, selama ini nilai carian "keyword phrase" yang diberikan oleh keyword tools percuma lebih kepada estimation (anggaran) dan kadang-kala agak tersasar jauh dari nilai carian sebenar.
Namun tidak lagi SEKARANG!… dengan maklumat yang didedahkan oleh Google (saya berharap)
Ramai juga dari kalangan pelanggan JWA yang mendapati blog mereka pada kedudukan yang baik di Google untuk carian keyword yang disasarkan namun oleh kerana nilai carian yang tidak tepat (tidak kesemuanya), mereka tidak mendapat trafik yang disasarkan (terpaksa membina blog dengan keyword yang lain pula).
Kalau anda masih tidak memahami apa yang saya maksudkan, mari kita sama-sama melihat maklumat yang saya berikan dibawah:
Google Keyword Tools => https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal

Sekiranya anda dapat perhatikan gambar diatas, Google keyword tools diatas menunjukan "data nilai carian" berbanding sebelum ini ia hanya menunjukan indicator (petunjuk) seperti yang anda lihat pada kotak hijau diatas namun sekarang mereka menunjukkan nilai sebenar untuk keyword yang dimasukkan.
Apa yang boleh kita fahami dari data tersebut adalah begini, ada sejumlah 12,100 carian di enjin pencari yang menunjukan jumlah mereka yang mencari maklumat berkenaan "Straightening Irons" untuk bulan June dan purata pencarian bulanan untuk keyword itu setahun adalah sebanyak 14,800. Lebih menarik kalau kita dapat melihat keyword pharse "flat iron" iaitu 368,000 sebulan dan purata pencarian bulanan untuk keyword itu dalam setahun adalah 450,000.
Ini adalah data yang diberikan oleh Google sendiri dan ia sangat mengujakan saya.
Walaubagaimanapun anda harus mengambil kira persaingan untuk keyword seperti yang saya tunjukan didalam 6 Modul Adsense.
Saya hanya menyentuh bahagian carian keyword yang saya rasa amat-amat membantu para internet marketer dalam membuat keyword research dengan lebih tepat lagi.
Namun saya sebenarnya masih menunggu sekiranya ini hanya perubahan sementara yang dibuat oleh Google kerana ia agak tiba-tiba dilakukan oleh mereka.
Saya berharap ia tidak mengenakan bayaran khidmat dimasa hadapan setelah melihat ramai internet marketer beralih kepada tools ini dalam melakukan keyword research.
Saya lebih suka membuat ujian berkenaan data yang diberikan untuk melihat sejauh mana data ini boleh dijadikan sebagai rujukan tetap dalam membuat keyword research.
Saya juga akan melakukan update terhadap 6 Modul Adsense setelah dapat memastikan perubahan yang dilakukan oleh Google ini kekal dan bukan hanya sementara.
Anda mungkin ada mempunyai pandangan yang ingin dikongsikan berkenaan berita tebaru ini.
Tinggalkan komen anda dibawah.. ingin tahu juga apa yang anda fikirkan!
Ikhlas,
Munawar
Jana-Wang-Adsense.com
Filed under AdSense, Keyword, niche market, tools by Nawar
June 28, 2008
Apakah Adsense Channel?
Sebelum ini saya ada membuat post berkenaan pendaftaran akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina. Jawapanya ialah anda tidak perlu register akaun Adsense yang baru untuk setiap blog anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog, maka anda boleh menggunakan Google Adsense Channel untuk memantau prestasi blog-blog yang anda bina.

AdSense Channel terbahagi kepada dua kategori:-
1. URL Channel
2. Customise Channel
Apakah perbezaan antara "URL Channel" dan "Customise Channel"? disini kita akan lihat URL Channel terlebih dahulu.
URL Channel
URL channel digunakan untuk mendapatkan Adsense statistik atau laporan prestasi iklan adsense yang berada pada laman web atau blog anda. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan URL blog anda ataupun laman web anda pada bahagian URL channel. Ia tidak akan mengubah kode Adsense anda.
Ianya sangat membantu sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog dimana anda akan dapat lihat prestasi setiap blog anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL laman blog anda… itu sahaja!

Katakan sebagai contoh anda mempunyai blog dan URL blog anda adalah http://fisher-cat-screech.blogspot.com. Lihat langkah dibawah untuk memasukkan URL blog anda.

Setelah anda melakukan langkah yang ditunjukkan pada gambar diatas, anda telah berjaya memasukkan URL blog anda pada Adsense Channel anda.
Google Adsense akan memberikan laporan berkenaan dengan adsense statistik terhadap iklan yang berada di blog anda. Ia akan memberikan laporan untuk keselruruhan blog tersebut bukan hanya sesuatu page sahaja.
Sekiranya anda hanya ingin melihat prestasi iklan Adsense anda pada page (mukasurat) tertentu pada blog ataupun laman web anda maka anda perlu define (tentukan) page mana yang ingin anda pantau.
Anda mungkin tertanya apakah itu pages? jawapannya begini, dalam contoh diatas saya gunakan blog "fisher cat screech". Kalau anda pergi ke laman utama seperti dibawah, itu dikira satu page.
http://fisher-cat-screech.blogspot.com <—— ini satu page
Sekiranya anda pergi ke previous post atau post yang sebelum ini, maka itu dikira sebagai page yang lain.
http://fisher-cat-screech.blogspot.com/2008/01/fisher-cat-screech_16.html <—- ini page yang lain
Jadi, ada juga mereka yang hanya ingin melihat prestasi iklan adsense pada sesuatu page di blog mereka bukan keseluruhan blog, jadi anda perlu memasukan URL pages tersebut pada URL channel.
Saya harap penerangan diatas jelas untuk "URL channel". Sekarang kita akan melihat kepada "Customise Channel" pula.
Customise Channel
Cutomise Channel pula digunakan untuk melihat prestasi format/layout iklan Adsense pada blog anda. Untuk memudahkan anda memahaminya, katakan anda mempunyai layout iklan adsense dan kedudukan iklan seperti berikut.

Anda ingin mendapatkan maklumat pada setiap format iklan tersebut iaitu layout iklan (A) atau (B) untuk melihat iklan adsense yang manakan lebih mendapat klik atau tumpuan pengunjung, maka anda boleh menggunakan "Customise Channel".
Lihat langkah yang saya tunjukkan dibawah bagaimana untuk menggunakan "Customise Channel".

Sebaik sahaja anda melakukan step seperti didalam gambar diatas, anda akan diminta untuk memasukan nama channel anda. Katakan anda ingin membina channel untuk layout Iklan (A) anda boleh namakan dengan format berikut sebagai contoh <Nama Blog>-<Nama Iklan>.
Gantikan <Nama Blog> dengan nama blog anda, sebagai contoh blog saya berkenaan fisher cat screech jadi saya namakan FisherCatScreech.
Gantina <Nama Iklan> dengan nama format iklan anda, sebagai contoh saya namakan iklan tersebut layout A.
Maka nama channel anda ialah FisherCatScreech-A. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:

Lakukan langkah yang sama untuk channel yang lain. Setelah anda memasukan customise channel seperti diatas, anda telah boleh menggunakan channel tersebut apabila anda mendapatkan kode Adsense.
Langkah dibawah menunjukan kepada anda bagaimana untuk membina kode iklan adsense dengan memasukan customise channel. (langkah dibawah ditunjukan dengan anggapan anda sudah mengethaui bagaimana hendak membina kode Adsense anda)

Klik "Continue" dan seterusnya klik "Submit and Get Code".
Selamat mencuba!
Sebarang masalah sila hantar ke Ruangan Bantuan (support) saya.
June 27, 2008
Satu Akaun Adsense Untuk Semua Blog
Saya menerima banyak soalan berkenaan "Adakah saya perlu memohon Akaun Google Adsense setiap kali membuat laman blog untuk Adsense?".
Jawapan yang ringkas…
"Tidak Perlu"
OK,…mari kita sama-sama belajar, dibawah saya terangkan dengan lanjut…
Untuk makluman anda, satu akaun Google Adsense adalah untuk kesemua blog yang anda bina. Anda tidak perlu memohon Akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina.
Katakan anda pertama kali membina laman blog berkenaan sesuatu topik contohnya "computer speaker" dan anda menggunakan blog tersebut untuk memohon Google Adsense.
Itu tidak bermakna akaun Google Adsense yang anda daftar hanya boleh digunakan pada blog berkenaan "computer speaker" sahaja sehingga anda tidak boleh menggunakan kod AdSense yang diberikan untuk blog anda yang lain.
Walaupun anda mendaftar menggunakan blog berkenaan "computer speaker".
Itu hanyalah sebagai rujukan kepada pihak Google bahawa anda telah mempunyai blog atau website untuk anda berkelayakan mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense.
Jadi kod AdSense yang sama boleh digunakan untuk kesemua blog anda. Kod tersebut akan secara automatik membaca kandungan blog anda dan akan mengeluarkan iklan dari Advertiser yang berkenaan dengan topik blog anda.
Jadi, adakah anda perlu daftarkan kepada Google setiap blog anda?
Jawapanya "Tidak Perlu"
Anda boleh gunakan Adsense Channel untuk memantau setiap blog yang anda bina. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Adsense Channel pada post yang lain.
Harap jawapan saya jelas dan membantu.




