June 28, 2008

Apakah Adsense Channel?

Sebelum ini saya ada membuat post berkenaan pendaftaran akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina. Jawapanya ialah anda tidak perlu register akaun Adsense yang baru untuk setiap blog anda.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog, maka anda boleh menggunakan Google Adsense Channel untuk memantau prestasi blog-blog yang anda bina.

 adc.png

AdSense Channel terbahagi kepada dua kategori:-

1. URL Channel

2. Customise Channel

Apakah perbezaan antara "URL Channel" dan "Customise Channel"? disini kita akan lihat URL Channel terlebih dahulu.

URL Channel

URL channel digunakan untuk mendapatkan Adsense statistik atau laporan prestasi iklan adsense yang berada pada laman web atau blog anda. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan URL blog anda ataupun laman web anda pada bahagian URL channel. Ia tidak akan mengubah kode Adsense anda.

Ianya sangat membantu sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog dimana anda akan dapat lihat prestasi setiap blog anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL laman blog anda… itu sahaja!

 adc1.png

Katakan sebagai contoh anda mempunyai blog dan URL blog anda adalah http://fisher-cat-screech.blogspot.com. Lihat langkah dibawah untuk memasukkan URL blog anda.

adc2.png

Setelah anda melakukan langkah yang ditunjukkan pada gambar diatas, anda telah berjaya memasukkan URL blog anda pada Adsense Channel anda.

Google Adsense akan memberikan laporan berkenaan dengan adsense statistik terhadap iklan yang berada di blog anda. Ia akan memberikan laporan untuk keselruruhan blog tersebut bukan hanya sesuatu page sahaja.

Sekiranya anda hanya ingin melihat prestasi iklan Adsense anda pada page (mukasurat) tertentu pada blog ataupun laman web anda maka anda perlu define (tentukan) page mana yang ingin anda pantau.

Anda mungkin tertanya apakah itu pages? jawapannya begini, dalam contoh diatas saya gunakan blog "fisher cat screech". Kalau anda pergi ke laman utama seperti dibawah, itu dikira satu page.

http://fisher-cat-screech.blogspot.com <—— ini satu page

Sekiranya anda pergi ke previous post atau post yang sebelum ini, maka itu dikira sebagai page yang lain.

http://fisher-cat-screech.blogspot.com/2008/01/fisher-cat-screech_16.html <—- ini page yang lain

Jadi, ada juga mereka yang hanya ingin melihat prestasi iklan adsense pada sesuatu page di blog mereka bukan keseluruhan blog, jadi anda perlu memasukan URL pages tersebut pada URL channel.

Saya harap penerangan diatas jelas untuk "URL channel". Sekarang kita akan melihat kepada "Customise Channel" pula.

Customise Channel

Cutomise Channel pula digunakan untuk melihat prestasi format/layout iklan Adsense pada blog anda. Untuk memudahkan anda memahaminya, katakan anda mempunyai layout iklan adsense dan kedudukan iklan seperti berikut.

adc3.png

Anda ingin mendapatkan maklumat pada setiap format iklan tersebut iaitu layout iklan (A) atau (B) untuk melihat iklan adsense yang manakan lebih mendapat klik atau tumpuan pengunjung, maka anda boleh menggunakan "Customise Channel".

Lihat langkah yang saya tunjukkan dibawah bagaimana untuk menggunakan "Customise Channel".

adc4.png

Sebaik sahaja anda melakukan step seperti didalam gambar diatas, anda akan diminta untuk memasukan nama channel anda. Katakan anda ingin membina channel untuk layout Iklan (A) anda boleh namakan dengan format berikut sebagai contoh <Nama Blog>-<Nama Iklan>.

Gantikan <Nama Blog> dengan nama blog anda, sebagai contoh blog saya berkenaan fisher cat screech jadi saya namakan FisherCatScreech.

Gantina <Nama Iklan> dengan nama format iklan anda, sebagai contoh saya namakan iklan tersebut layout A.

Maka nama channel anda ialah FisherCatScreech-A. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:

adc5.png

Lakukan langkah yang sama untuk channel yang lain. Setelah anda memasukan customise channel seperti diatas, anda telah boleh menggunakan channel tersebut apabila anda mendapatkan kode Adsense.

Langkah dibawah menunjukan kepada anda bagaimana untuk membina kode iklan adsense dengan memasukan customise channel. (langkah dibawah ditunjukan dengan anggapan anda sudah mengethaui bagaimana hendak membina kode Adsense anda)

adc6.png

Klik "Continue" dan seterusnya klik "Submit and Get Code".

Selamat mencuba!

Sebarang masalah sila hantar ke Ruangan Bantuan (support) saya.

Filed under AdSense, blogging by

Permalink Print Comment

Comments on Apakah Adsense Channel? »

June 28, 2008

idham @ 11:51 pm

sebelum ni saya dah tahu skit melalui Pakej JWA2, mengenai adsense channel nie dah prakktikkn cuma hasilnya belum jelas pasal blog saya fresh lagi… ilmu baru abg munawwar bagi pasal Customise Channel nie. makasih baru saya nampak! nie yang sy nak! bleh kaji keberkesanan adsense kita..

July 12, 2008

bad @ 8:17 am

aslkm…memang hebat petua yg diberikan abg sheh kita….tabik la….sy cuba buat mcm yg dibagitahu memang berbalaoi la beli bukunya…www.www.insurance-partnership.blogspot.com

July 14, 2008

Noorsadawati @ 10:12 am

asalamualaikum………
slmt pg en.nawar wati nak tanya bagaiman hndk beli buku adsense ini berapa harganya.utk wati memulakanya haruskah bayar duit ahli dahulu selepas wati ikut peraturan en.nawar apa yang perlu wati mulakan adakah 6 modul adsense benar-benar yakinkan pada diri wati

Nawar @ 10:16 am

Noorsadawati,

Saya lebih suka kalau Noorsawati mengikuti 6 Modul Adsense yang saya berikan percuma terlebih dahulu sebelum membali Pakej JWA.

Bila dah ada blog dan akaun adsense dan ingin belajar lebih baru dapatkan Pakej saya.

Harap jawapan saya membantu.

Berbesar hati kalau soalan dihantar ke bahagian support

July 15, 2008

Idham @ 10:19 pm

saya tak pernah berniat anggap orang lain bodoh kerana bagi saya, tak tahu dan tak pandai itu berbeza.
ssaya beniat untuk membantu apa yg boleh dijawap. sila email saya idham78@gmail.com. saya tak suka berdebat tapi tapi saya suka berkongsi kerana saya tak mengaku saya pandai.
mengenai persoalan itu, saya rase awak perlu pergi ke LAYOUT > PAGE ELEMENT > masukkan kedalam ADD PAGE ELEMENT. jika iklan memanjang letakkan page eleman memanjang kalau menegak letakkan ditepi. Saya sudah pergi ke blog saudara , ada iklan memnajang yang tidak memenuhi ruang. In perlu diperhatikan ketika memilih kode untuk pixel ruang tersebut. Jika saya masih tak jawap soalan ini sila email saya saya suka membantu; idham78@gmail.com

July 16, 2008

AHmad @ 8:58 am

salam..nk tanya mcmn nk letak adsense bwh tajuk post 2?leh share2 ke?tq.

August 8, 2008

Rody57 @ 8:42 am

Assalamualaikum, Sdr Munawar saya cuba membuat beberapa bolg hasilnya memuaskan, sdr Munawar bagaimana nak letakkan kod table adsense yg separuh maksud saya bukan 468 x 60, kod adsense separuh tu pernah sdr berikan semasa bengkel tempuhari.

http://fishercatscreech.blogspot.com/

August 15, 2008

che rohizal @ 3:13 am

saya mahu tanya ni kalau kita buat blog tapi kita tak promotekan blog kita pada org setakat letakkan code adsense saja boleh ke kita dapat click dari org lain jadi bagaimana cara yg terbaik untuk saya promotekan blog saya supaya org klik maklumla kalau boleh buat promote yg percuma dulu percuma aja tak ada modal tlg jelas kanya en munawar tq

December 16, 2008

Ahmad Abdullah @ 1:38 am

Assalamualaikum saudara Nawar
Saya ingin bertanya soalan kenapa setiap kali saya letakan iklan adsense bila saya view blog akan tertera help those in need iaitu iklan layanan google masyarakat?Feedback anda amat dihargai

March 31, 2009

norzi @ 11:21 am

saya berharap sangat agar terus mempelajari dari Nawar tentang google adsense.Saya sering mendapat maklum balas dari email beliau kepada saya tentang kelebihan google adsense dan setengah dimuatkan dalam blog percuma saya untuk dihantar pada rakan-rakan akan kelebihan yang ada pada google adsense ini.Buat Saudara Nawar anda memang the best dalam bidang ini dan saya rasa bersyukur pada tuhan menemukan pelbagai pintu rezeki yang kita tidak disangka-sangka.Yang paling penting kalau kita rajin explorer kat internet ni macam-macam perkara kita boleh dapat yang disangka mustahil kebanyakan orang yang kadang-kandang lebih advance darin kita.So internet ini bukan sahaja sumber ilmu malahan sumber kewangan.Kalau ada peluang yang datang depan skrin computer di alam Cyber ni jangan lepaskan peluang menerokai peluang berniaga dialam Cyber
sekian salam hormat dari saya untuk anda dan pemilik blog ini.
Ikhlas dari
linkniaga2u.blogspot.com

April 10, 2009

mohd faiz @ 10:56 am

Assalamualaikum Encik Nawar..
disini saya ada sedikit soalan utk encik nawar..
saya telah membina blog mengikut panduan 6modul adsense encik nawar..
masalah yang dihadapi sekarang saya tidak dapat mendaftar didalam google adsense..
kerana masalah cookies..saya telah mengikut panduan yang diberikan untuk enablekan cookies tersebut tetapi masih tidak boleh..
telah banyak cc saya pergi tetap menghadapi masalah yang sama ketika hendak
mendaftar..semuanya kerana masalah cookies..
diharap dapat membantu..

July 24, 2009

ann nur ain @ 3:00 pm

salam en nawar…

terus terang saya katakan saya ni boleh dikatakan buta it gak ar..kalu saya nak belajar saya kena cari kat internet tp internet tak boleh membantu dari segi kefahaman saya..jadi saya nak paham pun susah..saya arap sanagt en nawar dapat mengadakan bengkel di sekitar kl..plzz en nawar..kalu en nawar nak tau..dah nak dekat 1 thun saya tau pasal adsense tapi takder saper nak ajar..kalu ader foremer pun still tak paham gak aper yang mereka terangkan…

arap en nawar dapat membantu saya….

wasalam…

January 1, 2010

Mohd.Hanifa Amer @ 2:25 am

Assalamualaikum En.Munawar.

Saya Hanifa. Pelanggan terbaru En. Munawar pada dicember ini. Penulisan yang bagus. Amat berbaloi. Baru baca harini (31 Dicember). Selama ni saya tak perasan yang kaedah yang En.Munawar terangkan boleh meningkatkan pencarian keywords walaupun saya tahu coding. Memang agak mengambil masa sekiranya kalau saya hendak membuat penyelidikan terutamanya platform yang betul dalam mengkaji keywords. Pendapatan Adsense saya yang lepas tak banyak. Dalam USD10. Harap selepas ni peningkatan yang baik dalam pemasaran Adsense.

January 16, 2010

Khairy @ 5:09 am

Askm, saya telah mengikuti cara dan langkah2 yang en.nawar ajar pada 6 modul adsense, alhamdulilah dapat sedikit untung,
tapi saya masih tidak jelas menegenai channel,
saya telah melebalkan channel saya berkaitan adesense,
tapi hasil yang keluar bukan yang seperti saya mahu?
contoh saya mahu adsense saya memaparkan panduan adsense atau sebagainya yang berkaitan dengan adsense.

p/s:
saya telah copy 6 modul asas adsense ke blog saya dan berada dihalaman pertama, tujuaan saya adalah berkongsi ilmu dengan rakan2 saya harap en.nawar setuju.

Leave a Comment