February 2, 2008
Saya Menerima FRAUD/INVALID Klik!
Pada Sabtu, 2hb Februari 2008, apabila saya login ke account AdSense dan melihat kepada channel magnetic-jewelry-clasp.blogspot, sesuatu yang selama ini telah saya jangkakan akan berlaku iaitu fraud atau invalid klik di blog tersebut yang dilakukan oleh insan yang mulia.
Blog tersebut menerima lebih dari 200% klik thru rate! Walaubagaimanapun saya dapati Google dapat mengesan abnormal activity di blog tersebut dan tidak mengenakan charge ataupun bayaran kepada Advertisers yang malang tersebut.
Saya tak pernah mendapat fraud klik dimana-mana blog saya sebelum ini sejak dari 2004. Apabila perkara ini berlaku, saya terus menghantar email ke AdSense support untuk makluman berkenaan dengan Fraud Klik tersebut supaya mereka tidak ban AdSense account saya…
"Saya mendoakan Kebaikkan dan Hidayah kepada subscriber yang telah membuat klik fraud ini. Semoga Allah memberikan Hidayah kepada Dia, Ayah dan Ibu yang mengandungkannya, adik-beradiknya dan keturunan-keturunannya."
Sekarang ini kalau anda pergi ke blog tersebut anda tidak akan dapat lihat iklan AdSense lagi kerana saya telah mengeluarkan AdSense code dari blog tersebut. Saya minta maaf kerana tidak lagi akan dapat berkonsi performance AdSense blog tersebut kepada anda.
Ini kerana saya tidak boleh mengambil RISIKO terhadap pendapatan AdSense saya sekiranya account itu ditutup. Itu juga sebenarnya alasan utama saya tidak berkongsi blog-blog saya yang lain kepada anda kerana menjangkakan situasi ini akan berlaku.
Kalau boleh diimbas kembali berkenaan dengan blog tersebut, saya telah menunjukkan kepada anda bagaimana saya mendapatkan keyword ataupun Niche Market bermula dari scratch (asas) hingga ianya telah berjaya menjana pendapatan Usd $90. Ianya begitu niche dan pencariannya sebulan hanya sebanyak 1,000 search. Anda boleh lihat sendiri di dalam 6 Modul AdSense percuma yang saya berikan.
Saya menjangkankan blog tersebut akan mencecah Usd $100 dalam masa terdekat namun saya tidak dapat menunjukkanya kepada anda kerana saya telah buang code AdSense dari blog tersebut.
Untuk makluman anda pendapatan AdSense dari niche yang kecil dan low paying keyword lebih stabil dari Niche yang besar dan high paying keyword kerana semua orang nak share potongan cake yang sama.
10 blog yang menjana pendapatan Usd $500 sebulan lebih baik dari satu blog yang menjana pendapatan yang sama. Ini kerana kalau satu blog anda tiba-tiba tidak pefrom anda masih lagi ada 9 blog yang menjana pendapatan untuk anda berbanding dengan satu blog yang tinggi risikonya.
OKlah… saya perlu menyudahkan JWA2.0 (Jana Wang AdSense Versi 2.0) sebelum Tahun Baru China ini. Nanti saya akan menulis lagi.
Oh Ya! anda anda comment? saya sangat mengalu-alukan..

Comments on Saya Menerima FRAUD/INVALID Klik! »
saya menumpang sedih di atas perkara ini.diharapkan mereka yg melakukan perkara tersebut dapat insaf dan JANGAN CUBA ULANG kembali..
Assalammualaikum,
Ni la masalah orang kita dari dahulu hingga sekarang iaitu PHD,Walaupun sudah diberitahu supaya jangan fraud klik tapi dibuat juga, bukan rezeki tu en.Nawar
Walaikumsalam,
Saya tidak kisah sangat dengan income dari blog tersebut kerana blog tersebut hanya digunakan sebagai contoh kepada subscriber saya yang boleh belajar dan proof kan mereka juga boleh jana income adsense untuk satu blog yang ringkas, tetapi saya terkilan tidak dapat berbuat demekian kerana hal itu.
Assalammualaikum,
Saya nak tahu, bagaimana jika terlebih daftar dari sekali
Salam pada tuan :
Ini lah masalah org melayu.Pantang tengok org lain berjaya dan Munawar sudah banyak membantu kita, masih lagi ada org tak puas hati.
Saya harap tuan Munawar tak putus asa utk membantu kami yang ingin berjaya dalam adsense.
Ni lah masalah pd sesetengah org yg ada masalah hati.. Disebabkan dia buat fraud click, dah mengganggu proses pembelajaran org lain..Harap insan tersebut diperbaiki hatinya supaya tak melakukan perbuatan yg keji lagi
Assalamulaikum,
Saya baru berkecimpung dalam menjana wang dengan adsense. Untuk pengetahuan saudara saya juga risau apabila salah satu blog saya dengan tajuk yang sama telah menerima fraud klik dari hamba Allah yang dikenali.
Bagaimana harus saya memantau keadaan ini…berapakah klik thru rate! yang benar-benar berada dalam keadaan bahaya…?
“Saya mendoakan Kebaikkan dan Hidayah kepada subscriber yang telah membuat klik fraud ini. Semoga Allah memberikan Hidayah kepada Dia, Ayah dan Ibu yang mengandungkannya, adik-beradiknya dan keturunan-keturunannya.”
Semoga doa Saudara Munawar dimakbulkan, Aamiin..
sahabat, saya telah dikenakan fraud click ni,apakah yang patut saya lakukan pendapat pertama saya dah hampir $99 dan akhir diblock..
hmmm.Tab boleh tengok orang senang sket.Spatutnya kita kena sama2 membantu bukannya membantut.
saya juga menerima nasib yang sama.. malah lagi teruk, blog saya menerima 600% CTR..
sebelum ni kalau search di google/yahoo – “buat duit online”
blog saya berada di 1st, 2nd, 3rd ranking.. saya berkongsi idea buat duit online secara percuma.. sebab tu pesaing rasa sakit hati kot…
memang orang kita ni sifat hasad dengki dia cukup tingi, pengalaman saya buat blog target untuk international x pernah alami perkara ini.. dah serik buat blog target untuk tempatan.
buat kengkawan semua.. jangan dedahkan url target untuk adsense kita tu kepada umum..
beringat sebelum kena…
Memang tak patut perkara mcm ni terjadi.. ade juga yg dengki.. takde faedah pun nak dengki kat org.. sabar je la… nasib baik juga tak kena ban..
Saya memang tersangat baru dalam Google Adsense, setelah mendapat JWA dari Saudara Nawar menggunakan sepenuhnya teknik yg diajar, Alhamdulillah blog saya terus ke rangking #1, kemudian akan turun rangkin’ bila tak update content. Saya telah dpt jana $$$ dari blog tersebut…Kandungan JWA Saudara Nawar dipersembahkan dengan sangat JUJUR….Tq Brother Nawar!!tapi belum dapat cek lagi..
Berkenaan FRAUD/INVALID Klik baru saya faham…kalau saudara Nawar dapat 200% klik thru rate dari orang yg sama memang niat tak baik….tetapi kalau datang dari ramai orang munkin dari kalangan pembeli JWA saya rasa mungkin mereka tak berniat nak dengki kerana URL magnetic-jewelry-clasp.blogspot telah terdedah di Malaysia, mereka yg tak faham risiko klik Adsense sendiri atau klik adsense orang lain yg Klik tadi datang dari Negeri/Negara yg sama terlalu banyak maka Adsense akan menganggap Fraud Klik..dan juga saya rasa mereka tak perasan Blog magnetic-jewelry-clasp adalah BETUL-BETUL, bukan COBAAN!!!!
Saya mencadangkan Saudara Nawar terangkan dengan sejelas-jelasnya dalam JWA kenapa tak boleh klik sendiri atau suruh kawan klik beramai-ramai & risiko Fraud klik…Saya amat takut satu hari nanti Adsense akan mengharamkan terus program adsense dari rakyat Malaysia spt yg terjadi pada Click Bank! kerana orang Malaysia terkenal dengan penipuan internet!
Jadi rakan-rakan Adsense yang lain janag suruh kawan2 atau klik sendiri & juga jangan sedah web/blog pada public…
Saya harap Saudara Nawar akan terus beramal jariah & terus berkongsi rahsia Adsense dengan semua Ahli2 JWA…
Wassalam
bkn masalah org x paham.. masalah sifat hasad dengki… rasanya google tak detect ikut negara.. tp ikut ip address.. maknanya orang yang sama click banyak kali… cth blog sy terima 600%CTR, drpd 3 impression.. org bhati mulia tu da click sbnyk 70 kali…
so apakah kesudahan org yg dpt fraud click ni,tak boleh ke nak enable balik akaun adsense atau memang akan terus di BAN.. atau nampaknya kene buat akaun baru gune nama org lain lah… tolong komen sabahat2 yg mulia.
Salam Encik Nawar,
Saya simpati atas apa yang berlaku…. Ni pertama kali saya bagi komen kat blog ni, walaupun selalu gak jenguk2 kat sini…
Saya pun ada gak terima fraud click dari insan yang dengki ni kat blog adsense saya… Ni lah sifat orang yang pantang tengok orang lain berjaya….
Syukur Alhamdulillah, hari ni saya dah terima surat PIN dari google…Dapat lah saya merasa income pertama saya dari adsense ni Mac nanti….Ni semua hasil dari Pakej JanaWangAdsense encik Munawar….Makasih Nawar….
camna supaya google tak ban kita jika terjadi perkara camtu?..ada tak software nak lindungi adsense kita? sebab saya ada terbaca dalam satu ebook tentang software ni tapi saya lupa la.
Assalamualaikum en munawar,
Ini ler yang dinamakan “harapkan pagar, pagar makan dan musnahkan padi”
.
Shahrul>> boleh guna adsense logger tapi untuk hosting berbayar .
P/S: Teringin nak jumpa en munawar
, bila lah yer .
Simpati sesiapa yang kena fraud klik tu, sabar je… Tak pernah terfikir ada orang yang sanggup buat mcm tu…
hi,
hebat saudara munawar ya. terima ksih kerana berkongsi tips untuk meningkatkan pendapatan adsense.
Salam.
Saya telah membaca ebuku bertajuk “6 Modul” hasil nukilan saudara Munawar. Ternyata ianya cukup ikhlas dalam memberikan butir-butir yang sememangnya berkesan. Saya menggunakan sistem WordPress dan ianya sungguh mudah mempraktikkan cara mencari keyword dengan berkesan. Dan jika dahulu cuma dapat $0.00 sehari, kini ada perubahan yang positif walaupun tak banyak.
Dan saudara juga mengatakan saudara menerima fraud click.
Boleh saya bertanya, apakah yang saudara tulis kepada Google dan bagaimanakah sampai account saudara tidak di “ban”?
Salam,
Pangeran Wiguan
Apa sebenarnya fraud click tu?
Boleh jelaskan?
buat rexx99..
Click fraud is a type of internet crime that occurs in pay per click online advertising when a person, automated script, or computer program imitates a legitimate user of a web browser clicking on an ad, for the purpose of generating a charge per click without having actual interest in the target of the ad’s link. Click fraud is the subject of some controversy and increasing litigation due to the advertising networks being a key beneficiary of the fraud.
Use of a computer to commit this type of Internet fraud is a felony in many jurisdictions, for example as covered by Penal code 502 in California, USA, and the Computer Misuse Act 1990 in the United Kingdom. There have been arrests relating to click fraud with regard to malicious clicking in order to deplete a competitor’s advertising budget.
sorces: wikipedia.com
//ps:
enck.munawar, saya kurang memahami dgn cara pembayaran dari google adsense.. sy telah “jelajah” semua web ttg google adsense tp.. mereka semua x bagitau pun cara nak ambia duit adsense tu. yang dari cek tu nak kluarkan dkt bank mana?
sorryla kalo my question berbelit2..
Salam bro Nawar,
Saya dalam kegelisahan ni bila saya check akaun google adsense saya…saya rasa macam kena fraud click aje…tapi saya tak pasti….kalau bro boleh tolong verify kan…mintak tolong sangat2. ni dia nyer report..
30 June 2008
Page Impression : 5
Click : 3
Page CTR : 60.00%
Adakah ada fraud click kat sini…dan kalau ada..apa yang perlu saya emailkan kat Google?
Terima kasih banyak2 bro nawar.
rohaza
saya juga bersimpati dengan apa yang terjadi tapi apapun saya rasa nawar seorang yang ikhlas dalam sama-sama menjana wang dari internet,Saya masih belum beli e-book nawar lagi tapi akan beli suatu ketika nanti bila dah dapat dari blog yang saya akan buat.Utk idea-idea bernas yang nawar berikan tq lah
saya simpati dengan saudara…saya fikir,klau lah saya terkena macam saudara, tak tau la…
nasib baik la oldtimer kalau org2 biasa mesti dah ban akaun…
mmg “mulia tul org tu” napa la perlu ada perasaan cam tu?nak kata tak sengaja tak mungkin kan..
ape mksd invalid clik?mcm mane ia blh blaku…sy xfhm sgt
erm…cedihyer dengar en nawar..en nawar sabar ye…inilah dikatakan dugaan..saper lah yang jahat nek menganiaya en nawar nikan…sungguh kejam hati org itu…
FRAUD/INVALID Klik tu apa?tak paham…boleh saper yang tolong terangkan pada saya…terima kasih..