March 31, 2009
Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union
Assalamualaikum & Salamsejahtera
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor (salah seorang pelanggan Pakej JWA) kerana sudi untuk membantu saya menyediakan tutorial bagaimana cara untuk mengeluarkan pendapatan Adsense melalui Western Union.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Puan Nor kerana berjaya menjana pendapatan melalui Google Adsense sebanyak USD $600.88 ( RM 2,159.06) pada bulan March 2009.
Sila rujuk tutorial bergambar (di ambil dari akaun Puan Nor) sebagai rujukkan bagaimana untuk mengeluarkan wang Adsense anda.
Langkah#1: Login ke Akaun Google Adsense
Langkah#2: Klik "My Account"
Langkah#3: Klik "Payment History"
Langkah#4: Klik "Payment issued – details" (anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah)
Langkah#5: Klik “Statement of Earnings” (maklumat lanjut akan dapat dilihat seperti dibawah)
Langkah#6: Pergi ke mana-mana Bank yang ada menawarkan perkhidmatan Western Union atau ke pejabat POS Malaysia.
Pastikan anda membawa maklumat seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang
2. Maklumat No. Kawalan Pindahan Wang ( MTCN number)
3. Alamat Pengirim seperti yang tertera pada "Statement of Earnings"
Sila rujuk borang yang di isikan oleh Puan Nor seperti dibawah:-
Sebelah kanan borang “Untuk Kegunaan Pejabat” tidak perlu di isikan. Sila semak bahagain ini setelah proses pengeluaran wang berjaya dilakukan. Maklumat penting akan di printkan dibahagian ini termasuk jumlah wang yang telah di tukarkan ke matawang Ringgit Malaysia. (RM 2,159.06 dalam contoh ini).
Sila kira wang anda sebelum meninggalkan kaunter dan pastika ianya betul dan tepat.
Harap tutorial ini membantu.





Comments on Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union »
terima kasih atas tips yang berguna ini.
salam,
info yang amat berguna. last week saya baru terima RM dari Google. Guna check biasa, ambil masa sampai 1 bulan. Mungkin saya akan cuba guna Western Union untuk income yang akan datang.
tq.
mcm mana puan Nor boleh dpt pendapatan sbnyk tu? Saya nak dpt 1 usd sehari pun susah.
bila ya cik munawar nak buat bengkel kat JB? Klu cik nawar buat kat JB saya la org pertama yg daftar.
cik munawar tlong la terima balik tempahan jw2 tuan yang di tutup saya ingin menempahnya.saya merayu buka balik
hisham97@ymail.com
Setelah hampir setahun…
akhirnya Nawar kembali…
Cayalah Nawar…Ku rindu tips2 darimu….!
tu ler.. sy pun dah byk x email kat en.munawar nih utk open back sale jwa ni… harap2 terbuka pintu hatinya utk membantu pendatang baru.. amin..
kalo boleh tanya pada nawar, apakah tidak usah memakai kartu kredit?
kalo boleh tanya pada munawar apakah tidak memakai kartu kredit?
adamdarmato@yahoo.com
pada saat pertama saya membuat blogger dan post pertama pada saat membuat google adsense keterangan untuk publish add google adsense tidak ada?
Assalamualaikum..En Nawar semoga sihat sentiasa..
saya dah suksess download 6 Modul tu.. tak de masalah..dan sekarang ni tengah cari-cari nama yang sesuai untuk bisness saya nii..Adalah 2-3 nama..Anyway..terimaksih banyak-banyak..
JazakAllah khairan kasiro
People should read this.
[WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.
Keep up the good work.
[WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.
Ya kalau dibuka semula JW2 tu saya pasti beli.
bagaimana nak menukar cara pembayaran dengan western union ni..ada sesiapa boleh bantu??
salam en nawar,,saya ada blog tapi saya baru tau boleh boleh jana pendapatan kita_pasif income) jadi saya harap sangnt mcm mana saya nak janakan blog saya ni jd pendapatan…en nawar boleh cek saya punya blogger…harap sangat dapat membantu….
http://aura-wanita.blogspot.com/
terima kasih….
Great info..
Last month saya baru dpt cek pertama dari Google. Makan 1 bulan gak nak dapat dan terpikir juga mesti ada cara yg lebih pantas.
Tutorial ni sedikit sebanyak memberi info berguna kepada saya dan org yg berjinak dgn adsence.
Thanks..
Alhamdulillah,
Terima kasih kepada saudara Nawar atas ebook saudara, stakat saya sudah 2 kali terima pendapatan adsense melalui western union setelah beli pakej JWA pada hujung bulan Mei 2009, pertama US 186.96 (dari awal buat adsense – June), kedua US 164.79 (Julai), dan bulan ini US 251.33 (Ogos: belum terima lagi), bulan hadapan mungkin mencecah US 310.00 kerana pertengahan bulan ini saya saja sudah mendapat US 155.00
Memang berbaloi saya beli pakej JWA!