January 31, 2008
AdSense: Itik Bertelur Emas
Pelik juga tajuk artikel saya pada kali ini! ramai yang mengetahui cerita tentang itik bertelur emas yang mana kerana tidak sabar tuan itik tersebut telah membelah perut itik untuk mendapatkan emas dengan banyak dan cepat kerana itik tersebut hanya bertelur emas sehari sekali.
Apa pula kaitan itik bertelur emas dengan AdSense?
Saya beberapa kali menerima email berkenaan Google AdSense mereka di tamatkan oleh Google kerana melanggar peraturan Google AdSense dengan melakukan FRAUD klik iaitu klik iklan AdSense mereka sendiri dan juga menyuruh kawan-kawan mereka klik iklan AdSense. Ini sama sekali tidak boleh di terima oleh Google kerana bertentangan dengan KONSEP Google AdSense.
Contoh Email Yang Diterima:
"Google adsense had sent me a email saying that i have clik on my own google ads many times and they ancourage me not tell people to clik on the ads. If i dont tell many people about my web / blog , then how can i get paid from google? Do they have certain server or people to clik on the ads?"
Walaupun anda akan mendapat income dengan cepat tetapi anda tidak akan menerima income tersebut dari Google dan kalau pun anda dapat income tersebut ianya TIDAK HALAL kerana berlaku penganiayaan kepada Advertisers.
Saya tidak pasti sama ada anda tidak mengetahui peraturan ini atau anda sengaja melakukkanya. Sekiranya ini anda lakukan tanpa mengetahuinya sila baca peraturan AdSense yang saya senaraikan dibawah.
Peraturan Google Adsense:
- Anda Tidak Boleh Mempunyai Lebih Dari Satu Google AdSense Account.
- Anda Tidak Boleh Mengubah AdSense Script Java Code
- Blog Anda Tidak Boleh Memaparkan Iklan, Search Box dan Butang Referral semata-mata Tanpa Artikel.
- AdSense Tidak Boleh Diletakan DiBlog Yang Mengandungi Adult/Porno, Under Construction, Chat Dan Kandungan Yang Tidak Dibenarkan.
- Tidak Boleh Menggunakan Software atau Script Yang Buat Auto Klik, Impression Dan Search.
- Tidak Boleh Meletakkan Image Yang Berkaitan Dengan Iklan Disebelah Iklan AdSense Anda.
- Tidak Boleh mengubah Aturan Kedudukkan Iklan Advertiser Yang Muncul Secara Auto DiBlog Anda.
- Tidak Dibenarkan Menghubungi Advertiser Tersebut Secara Direct.
- Tidak Dibenarkan Redirect Iklan AdSense Yang Diklik Ke Blog Anda Yang Lain.
- Tidak Boleh Menunjukkan Statistik Page Impression Dan CTR Kepada Public.
- Tidak Boleh Meletakkan AdSense Di Pop Ups
- Tidak Boleh Meletakan AdSense DiEmail Anda.
Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Publishers:
- Tidak Membaca Google AdSense TOS (Term Of Service)
- Melakukan Klik Keatas Iklan AdSense Anda Sendiri
- Menyuruh Kawan-kawan Ataupun Pengunjung Blog Anda Melakukan Klik Keatas AdSense Anda.
Anda boleh menjana pendapatan melalaui Google AdSense dengan baik tanpa melakukan seperti diatas. Jadi ingat, ramai yang telah fulltime dengan AdSense tetapi ianya memerlukan kesabaran dan ketekunan. Kalau ianya mengambil masa lama untuk anda menjana pendapatan tambahan melalui AdSense, namum ianya masih berbaloi daripada anda tidak berbuat apa-apa.
Anda ada comments? berikan comments anda…























Comments on AdSense: Itik Bertelur Emas »
Maklumat yang berguna bos.. TOS dalam bahasa Melayu yang mudah difahami semua.. Tapi kalau masih berdegil xtau lg nak ckp ape… Fikir2kan ler….
Bos..ade cara nak mengelakkan fraud klik x bagi org yg berniat x baik ni…
saya x phm mengenai satu account shj?mkdusnya kalau kita ada byk blog?cmna?
iswadi,
Satu account AdSense boleh digunakan untuk lebih dari satu blog. Iswadi hanya perlu tambahkan blog baru ke bahagian AdSense channel untuk melihat performance tracking setiap blog.
salam.. sy rasa sy bleh tlg jwab kot soalan aswadi tu.. kita cuma boleh buka account google adsense satu shj. tapi klu kita ada byk blog untuk buat google adsense, kita boleh ambil kot adsense di dlm account google adsense tu dan letakkan didalam blog2 kita.. betul tk en. nawar? sy harap jawapan saya ni dapat menbantu iswadi…:)
Khizul memberikan jawapan yang betul dan tepat. Terima kasih!
Ada rakan-rakan yg kena terminate Akaun Adsense masih tak faham bagaimana Adsense tahu yang:
Kalau yang biasa dengan internet, mudah faham, yang tak biasa begini:
Klik sendiri – setiap kali kita klik IP address adalah direkod, kalau 20 kali klik sendiri, tentunya IP address yg sama direkodkan….kemudiannya berulang setiap hari IP address yg sama…
Suruh orang lain klik…. haa Adsense masih tau, macam mana ye? suruh kawan-kawan klik maksudnya kawan-kawan dari satu daerah, negeri atau negara, IP address dari satu negeri, daerah atau negara mempunyai IP yang unik amat mudah untuk dikesan…
Kalau kawan-kawan kita dari semua negeri seluruh Malaysia klik?…..ya Adsense akan perasan kenapa tiba-tiba semua yang klik adalah IP dari Malaysia???? Kita boleh selamat kalau rakan-rakan kita berada seluruh dunia!!!
Jadi…. jangan klik sendiri atau suruh kawan-kawan klik…so macam mana? Kenalah belajar dengan Saudara Nawar, banyak teknik-teknik yg sangat berkesan diajar!!!
Yea.idea yang bagus sumenya dari anak buah en.nawar ni.Yang penting menjana wang dengan adsense perlu difokuskan untuk tujuan jangka masa yang panjang.Kena ada kesabran,komitmen,dan kejujuran kerana wang ringgit yang diperoleh akan dipertanggungjawabkan.Tq.
Ada beberapa perkara berkaitan Adsense Acc kena banned: 1. Kalau kita selalu refresh boleh kena jugak ke? saya selalu refresh utk tgk apa yg saya post kat blog ok atau pun tidak. 2. Letak gambar yg berhampiran dgn adsense , berapa jaraknya, sbb bisanya saya post gambar sebagai clickable image. 3. Auto refresh boleh kena banned jugak ke? saya buat ni sbb lepas refresh baru lah blog saya dlm keadaan readable , full page and new window..
ok harap boss boleh bagi opinion.
Ada beberapa perkara berkaitan Adsense Acc kena banned: 1. Kalau kita selalu refresh boleh kena jugak ke? saya selalu refresh utk tgk apa yg saya post kat blog ok atau pun tidak. 2. Letak gambar yg berhampiran dgn adsense , berapa jaraknya, sbb bisanya saya post gambar sebagai clickable image. 3. Auto refresh boleh kena banned jugak ke? saya buat ni sbb lepas refresh baru lah blog saya dlm keadaan readable , full page and new window..
ok harap boss boleh bagi opinion.
A,kum, saudara Munawar maaf mengganggu,boleh dak saya tahu bagaimana nak bagi orang luar negara atau yang kita tak kenal masuk bolg kita,dan klik iklan adsense kita.sebab kita tak boleh klik sendiri @tak boleh suruh kawan kita klik itu peraturanya kan..
-lagi satu nak tanya macamana dengan blog yang saya buat?apa iklan adsense yang sesuai yang boleh menarik minat dengan blog saya…
-tolonglah bantu saya orang baru nak belajar ni En.Munawar…..
-terima kasih
Peraturan ke 4 AdSense Tidak Boleh Diletakan DiBlog Yang Mengandungi Adult/Porno, Under Construction, Chat Dan Kandungan Yang Tidak Dibenarkan.
Kalau ada chatbox atau shoutbox pun boleh kene ban ke?
assalamualaikum… sy dah terklik secara x sengaja iklan pd blog sy sebanyak 3 kali…adakah akaun adsense sy akan di ben? duit yg sy dapat x halal ke?