March 31, 2009
Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union
Assalamualaikum & Salamsejahtera
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor (salah seorang pelanggan Pakej JWA) kerana sudi untuk membantu saya menyediakan tutorial bagaimana cara untuk mengeluarkan pendapatan Adsense melalui Western Union.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Puan Nor kerana berjaya menjana pendapatan melalui Google Adsense sebanyak USD $600.88 ( RM 2,159.06) pada bulan March 2009.
Sila rujuk tutorial bergambar (di ambil dari akaun Puan Nor) sebagai rujukkan bagaimana untuk mengeluarkan wang Adsense anda.
Langkah#1: Login ke Akaun Google Adsense
Langkah#2: Klik "My Account"
Langkah#3: Klik "Payment History"
Langkah#4: Klik "Payment issued – details" (anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah)
Langkah#5: Klik “Statement of Earnings” (maklumat lanjut akan dapat dilihat seperti dibawah)
Langkah#6: Pergi ke mana-mana Bank yang ada menawarkan perkhidmatan Western Union atau ke pejabat POS Malaysia.
Pastikan anda membawa maklumat seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang
2. Maklumat No. Kawalan Pindahan Wang ( MTCN number)
3. Alamat Pengirim seperti yang tertera pada "Statement of Earnings"
Sila rujuk borang yang di isikan oleh Puan Nor seperti dibawah:-
Sebelah kanan borang “Untuk Kegunaan Pejabat” tidak perlu di isikan. Sila semak bahagain ini setelah proses pengeluaran wang berjaya dilakukan. Maklumat penting akan di printkan dibahagian ini termasuk jumlah wang yang telah di tukarkan ke matawang Ringgit Malaysia. (RM 2,159.06 dalam contoh ini).
Sila kira wang anda sebelum meninggalkan kaunter dan pastika ianya betul dan tepat.
Harap tutorial ini membantu.




