Archives

June 28, 2008

Membina Lebih Dari Satu Blog

Satu akaun Blogger (Blogger.com) anda boleh digunakan untuk membina lebih dari satu blog tanpa mendaftar akaun blogger yang baru.

Saya menulis ini kerana ramai newbie yang tidak mengetahui bahawa anda boleh membina laman blog lebih dari satu dengan akaun Blogger yang sama.

Ianya juga tidak semestinya topik yang sama, anda boleh membina blog berkenaan home decoration, ringtone, handphone dan sebagainya mengikut niche market anda.

Bagaimana melakukannya? (tutorial ini beranggapan bahwah anda telah mempunyai satu blog dan ingin menambahkan blog anda).

Apabila anda login ke akaun Blogger.com anda akan dapat melihat panel seperti ini:-

blogbaru.png

Dashboard adalah panel management yang berfungsi sebagai panel kepada semua blog anda. Sekiranya anda ingin membuat blog yang baru, maka anda hanya perlu klik "Create a Blog" dan masukkan maklumat yang diminta untuk membina laman blog yang baru.

Sila rujuk 6 Modul Adsense yang saya berikan secara percuma bagaiaman membina lama blog.

Sekiranya anda ingin melihat kesemua post yang telah anda lakukan pada blog tertentu, anda hanya perlu klik Posts pada blog 1 katakan, maka anda akan dapat melihat kesemua post yang telah anda lakukan sebelum ini.

Sekiranya anda ingin membuat post baru, anda hanya perlu klik +New Post dan masukkan kandungan blog anda yang baru.

Mahirkan setiap fungsi yang diberikan didalam akaun blogger anda. Jangan takut sebab ianya tidak akan meletup!

Berikan diri anda masa untuk belajar dan mahirkan satu per satu, anggap ia satu proses pembelajaran dan hargai apa yang telah anda pelajari.

Harap artikel ini membantu.

Filed under Uncategorized by

Permalink Print 9 Comments

Apakah Adsense Channel?

Sebelum ini saya ada membuat post berkenaan pendaftaran akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina. Jawapanya ialah anda tidak perlu register akaun Adsense yang baru untuk setiap blog anda.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog, maka anda boleh menggunakan Google Adsense Channel untuk memantau prestasi blog-blog yang anda bina.

 adc.png

AdSense Channel terbahagi kepada dua kategori:-

1. URL Channel

2. Customise Channel

Apakah perbezaan antara "URL Channel" dan "Customise Channel"? disini kita akan lihat URL Channel terlebih dahulu.

URL Channel

URL channel digunakan untuk mendapatkan Adsense statistik atau laporan prestasi iklan adsense yang berada pada laman web atau blog anda. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan URL blog anda ataupun laman web anda pada bahagian URL channel. Ia tidak akan mengubah kode Adsense anda.

Ianya sangat membantu sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog dimana anda akan dapat lihat prestasi setiap blog anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL laman blog anda… itu sahaja!

 adc1.png

Katakan sebagai contoh anda mempunyai blog dan URL blog anda adalah http://fisher-cat-screech.blogspot.com. Lihat langkah dibawah untuk memasukkan URL blog anda.

adc2.png

Setelah anda melakukan langkah yang ditunjukkan pada gambar diatas, anda telah berjaya memasukkan URL blog anda pada Adsense Channel anda.

Google Adsense akan memberikan laporan berkenaan dengan adsense statistik terhadap iklan yang berada di blog anda. Ia akan memberikan laporan untuk keselruruhan blog tersebut bukan hanya sesuatu page sahaja.

Sekiranya anda hanya ingin melihat prestasi iklan Adsense anda pada page (mukasurat) tertentu pada blog ataupun laman web anda maka anda perlu define (tentukan) page mana yang ingin anda pantau.

Anda mungkin tertanya apakah itu pages? jawapannya begini, dalam contoh diatas saya gunakan blog "fisher cat screech". Kalau anda pergi ke laman utama seperti dibawah, itu dikira satu page.

http://fisher-cat-screech.blogspot.com <—— ini satu page

Sekiranya anda pergi ke previous post atau post yang sebelum ini, maka itu dikira sebagai page yang lain.

http://fisher-cat-screech.blogspot.com/2008/01/fisher-cat-screech_16.html <—- ini page yang lain

Jadi, ada juga mereka yang hanya ingin melihat prestasi iklan adsense pada sesuatu page di blog mereka bukan keseluruhan blog, jadi anda perlu memasukan URL pages tersebut pada URL channel.

Saya harap penerangan diatas jelas untuk "URL channel". Sekarang kita akan melihat kepada "Customise Channel" pula.

Customise Channel

Cutomise Channel pula digunakan untuk melihat prestasi format/layout iklan Adsense pada blog anda. Untuk memudahkan anda memahaminya, katakan anda mempunyai layout iklan adsense dan kedudukan iklan seperti berikut.

adc3.png

Anda ingin mendapatkan maklumat pada setiap format iklan tersebut iaitu layout iklan (A) atau (B) untuk melihat iklan adsense yang manakan lebih mendapat klik atau tumpuan pengunjung, maka anda boleh menggunakan "Customise Channel".

Lihat langkah yang saya tunjukkan dibawah bagaimana untuk menggunakan "Customise Channel".

adc4.png

Sebaik sahaja anda melakukan step seperti didalam gambar diatas, anda akan diminta untuk memasukan nama channel anda. Katakan anda ingin membina channel untuk layout Iklan (A) anda boleh namakan dengan format berikut sebagai contoh <Nama Blog>-<Nama Iklan>.

Gantikan <Nama Blog> dengan nama blog anda, sebagai contoh blog saya berkenaan fisher cat screech jadi saya namakan FisherCatScreech.

Gantina <Nama Iklan> dengan nama format iklan anda, sebagai contoh saya namakan iklan tersebut layout A.

Maka nama channel anda ialah FisherCatScreech-A. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:

adc5.png

Lakukan langkah yang sama untuk channel yang lain. Setelah anda memasukan customise channel seperti diatas, anda telah boleh menggunakan channel tersebut apabila anda mendapatkan kode Adsense.

Langkah dibawah menunjukan kepada anda bagaimana untuk membina kode iklan adsense dengan memasukan customise channel. (langkah dibawah ditunjukan dengan anggapan anda sudah mengethaui bagaimana hendak membina kode Adsense anda)

adc6.png

Klik "Continue" dan seterusnya klik "Submit and Get Code".

Selamat mencuba!

Sebarang masalah sila hantar ke Ruangan Bantuan (support) saya.

Filed under AdSense, blogging by

Permalink Print 14 Comments