June 28, 2008
Membina Lebih Dari Satu Blog
Satu akaun Blogger (Blogger.com) anda boleh digunakan untuk membina lebih dari satu blog tanpa mendaftar akaun blogger yang baru.
Saya menulis ini kerana ramai newbie yang tidak mengetahui bahawa anda boleh membina laman blog lebih dari satu dengan akaun Blogger yang sama.
Ianya juga tidak semestinya topik yang sama, anda boleh membina blog berkenaan home decoration, ringtone, handphone dan sebagainya mengikut niche market anda.
Bagaimana melakukannya? (tutorial ini beranggapan bahwah anda telah mempunyai satu blog dan ingin menambahkan blog anda).
Apabila anda login ke akaun Blogger.com anda akan dapat melihat panel seperti ini:-

Dashboard adalah panel management yang berfungsi sebagai panel kepada semua blog anda. Sekiranya anda ingin membuat blog yang baru, maka anda hanya perlu klik "Create a Blog" dan masukkan maklumat yang diminta untuk membina laman blog yang baru.
Sila rujuk 6 Modul Adsense yang saya berikan secara percuma bagaiaman membina lama blog.
Sekiranya anda ingin melihat kesemua post yang telah anda lakukan pada blog tertentu, anda hanya perlu klik Posts pada blog 1 katakan, maka anda akan dapat melihat kesemua post yang telah anda lakukan sebelum ini.
Sekiranya anda ingin membuat post baru, anda hanya perlu klik +New Post dan masukkan kandungan blog anda yang baru.
Mahirkan setiap fungsi yang diberikan didalam akaun blogger anda. Jangan takut sebab ianya tidak akan meletup!
Berikan diri anda masa untuk belajar dan mahirkan satu per satu, anggap ia satu proses pembelajaran dan hargai apa yang telah anda pelajari.
Harap artikel ini membantu.
Spread the Word!
Filed under Uncategorized by Nawar
Sebelum ini saya ada membuat post berkenaan pendaftaran akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina. Jawapanya ialah anda tidak perlu register akaun Adsense yang baru untuk setiap blog anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog, maka anda boleh menggunakan Google Adsense Channel untuk memantau prestasi blog-blog yang anda bina.

AdSense Channel terbahagi kepada dua kategori:-
1. URL Channel
2. Customise Channel
Apakah perbezaan antara "URL Channel" dan "Customise Channel"? disini kita akan lihat URL Channel terlebih dahulu.
URL Channel
URL channel digunakan untuk mendapatkan Adsense statistik atau laporan prestasi iklan adsense yang berada pada laman web atau blog anda. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan URL blog anda ataupun laman web anda pada bahagian URL channel. Ia tidak akan mengubah kode Adsense anda.
Ianya sangat membantu sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog dimana anda akan dapat lihat prestasi setiap blog anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan URL laman blog anda… itu sahaja!

Katakan sebagai contoh anda mempunyai blog dan URL blog anda adalah http://fisher-cat-screech.blogspot.com. Lihat langkah dibawah untuk memasukkan URL blog anda.

Setelah anda melakukan langkah yang ditunjukkan pada gambar diatas, anda telah berjaya memasukkan URL blog anda pada Adsense Channel anda.
Google Adsense akan memberikan laporan berkenaan dengan adsense statistik terhadap iklan yang berada di blog anda. Ia akan memberikan laporan untuk keselruruhan blog tersebut bukan hanya sesuatu page sahaja.
Sekiranya anda hanya ingin melihat prestasi iklan Adsense anda pada page (mukasurat) tertentu pada blog ataupun laman web anda maka anda perlu define (tentukan) page mana yang ingin anda pantau.
Anda mungkin tertanya apakah itu pages? jawapannya begini, dalam contoh diatas saya gunakan blog "fisher cat screech". Kalau anda pergi ke laman utama seperti dibawah, itu dikira satu page.
http://fisher-cat-screech.blogspot.com <—— ini satu page
Sekiranya anda pergi ke previous post atau post yang sebelum ini, maka itu dikira sebagai page yang lain.
http://fisher-cat-screech.blogspot.com/2008/01/fisher-cat-screech_16.html <—- ini page yang lain
Jadi, ada juga mereka yang hanya ingin melihat prestasi iklan adsense pada sesuatu page di blog mereka bukan keseluruhan blog, jadi anda perlu memasukan URL pages tersebut pada URL channel.
Saya harap penerangan diatas jelas untuk "URL channel". Sekarang kita akan melihat kepada "Customise Channel" pula.
Customise Channel
Cutomise Channel pula digunakan untuk melihat prestasi format/layout iklan Adsense pada blog anda. Untuk memudahkan anda memahaminya, katakan anda mempunyai layout iklan adsense dan kedudukan iklan seperti berikut.

Anda ingin mendapatkan maklumat pada setiap format iklan tersebut iaitu layout iklan (A) atau (B) untuk melihat iklan adsense yang manakan lebih mendapat klik atau tumpuan pengunjung, maka anda boleh menggunakan "Customise Channel".
Lihat langkah yang saya tunjukkan dibawah bagaimana untuk menggunakan "Customise Channel".

Sebaik sahaja anda melakukan step seperti didalam gambar diatas, anda akan diminta untuk memasukan nama channel anda. Katakan anda ingin membina channel untuk layout Iklan (A) anda boleh namakan dengan format berikut sebagai contoh <Nama Blog>-<Nama Iklan>.
Gantikan <Nama Blog> dengan nama blog anda, sebagai contoh blog saya berkenaan fisher cat screech jadi saya namakan FisherCatScreech.
Gantina <Nama Iklan> dengan nama format iklan anda, sebagai contoh saya namakan iklan tersebut layout A.
Maka nama channel anda ialah FisherCatScreech-A. Anda akan dapat melihat paparan seperti berikut:

Lakukan langkah yang sama untuk channel yang lain. Setelah anda memasukan customise channel seperti diatas, anda telah boleh menggunakan channel tersebut apabila anda mendapatkan kode Adsense.
Langkah dibawah menunjukan kepada anda bagaimana untuk membina kode iklan adsense dengan memasukan customise channel. (langkah dibawah ditunjukan dengan anggapan anda sudah mengethaui bagaimana hendak membina kode Adsense anda)

Klik "Continue" dan seterusnya klik "Submit and Get Code".
Selamat mencuba!
Sebarang masalah sila hantar ke Ruangan Bantuan (support) saya.
Spread the Word!
June 27, 2008
Satu Akaun Adsense Untuk Semua Blog
Saya menerima banyak soalan berkenaan "Adakah saya perlu memohon Akaun Google Adsense setiap kali membuat laman blog untuk Adsense?".
Jawapan yang ringkas…
"Tidak Perlu"
OK,…mari kita sama-sama belajar, dibawah saya terangkan dengan lanjut…
Untuk makluman anda, satu akaun Google Adsense adalah untuk kesemua blog yang anda bina. Anda tidak perlu memohon Akaun Google Adsense untuk setiap blog yang dibina.
Katakan anda pertama kali membina laman blog berkenaan sesuatu topik contohnya "computer speaker" dan anda menggunakan blog tersebut untuk memohon Google Adsense.
Itu tidak bermakna akaun Google Adsense yang anda daftar hanya boleh digunakan pada blog berkenaan "computer speaker" sahaja sehingga anda tidak boleh menggunakan kod AdSense yang diberikan untuk blog anda yang lain.
Walaupun anda mendaftar menggunakan blog berkenaan "computer speaker".
Itu hanyalah sebagai rujukan kepada pihak Google bahawa anda telah mempunyai blog atau website untuk anda berkelayakan mendapatkan kelulusan akaun Google Adsense.
Jadi kod AdSense yang sama boleh digunakan untuk kesemua blog anda. Kod tersebut akan secara automatik membaca kandungan blog anda dan akan mengeluarkan iklan dari Advertiser yang berkenaan dengan topik blog anda.
Jadi, adakah anda perlu daftarkan kepada Google setiap blog anda?
Jawapanya "Tidak Perlu"
Anda boleh gunakan Adsense Channel untuk memantau setiap blog yang anda bina. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Adsense Channel pada post yang lain.
Harap jawapan saya jelas dan membantu.
Spread the Word!
June 5, 2008
Khamis, 5hb Mei 2008: Update JWA v2.0!
Assalamualaikum & Salamsejahtera,
Kepada pelanggan JWA yang dihormati,
Untuk makluman anda, saya akan mula membuat penghantaran download link secara beransur-ansur mula dari (5hb Jun 2008) jam 3:00 Petang.
Ini untuk memastikan aktiviti download berjalan dengan baik tanpa menganggu Web Server saya. Penghantaran akan dibuat kepada pembeli mengikut waktu tempahan dilakukan.
PERHATIAN: Dalam tempoh 48 JAM, sekiranya anda tidak juga menerima pautan download dari pihak kami, sila hantarkan kepada bahagian support saya di http://support.jana-wang-adsense.com dengan maklumat yang secukupnya.
Ada kemungkinan email yang dihantar kepada anda tidak sampai atau masuk kedalam folder SPAM/JUNK folder. Sila cek email anda!
Ini untuk memastikan masalah anda dapat dibantu. Jangan menghantar email kerana waktu ini saya menerima email yang begitu banyak, dikhuatiri email anda terlepas pandang.
Saya mengucapkan ribua terima kasih kepada yang telah membuat tempahan pada pagi ini. Saya secara jujur memohon kesabaran di pihak anda untuk saya menghantar pautan download kepada anda.
Spread the Word!
Filed under Uncategorized by Nawar










