Archives

September 12, 2007

Pencarian keyword dengan quotes (“”) & tanpa quotes

Didalam 6 Module Adsense Percuma, saya telah menunjukan kepada anda bagaimana melakukan pencarian nilai R (pesaingan anda) untuk keyword anda dengan menggunakan quotes ("").

Contohnya keyword anda ialah car insurance maka dengan quotes ia menjadi "car insurance". Ini menimbulkan kekeliruan kepada sebahagian dari subscribers saya kerana nilai R akan mempunyai perbezaan yang besar kalau dibandingkan dengan perkataan yang mempunyai quotes dan tanpa quotes.

Kita mengetahui bahawa tidak ada orang yang mencari maklumat di Google menggunakan quotes (""). Penggunaan quotes itu adalah untuk kita sebagai publisher untuk melihat secara tepat berapakah pages yang telah dioptimisekan dengan keyword yang kita cari exactly seperti yang kita mahukan iaitu car insurance bukanya insurance car, insurance usa car, insurance toyota car dan sebagainya.

More on Pencarian keyword dengan quotes (“”) & tanpa quotes

Filed under niche market by

Permalink Print 8 Comments

Page#1 Google Dalam Masa 7 Hari

Dengan merujuk kepada "6 Module Adsense Percuma" dimana saya berkongsi teknik bagaimana anda boleh mendapatkan "Niche Market" atau keyword yang membolehkan anda membina laman blog berdasarkan keyword tersebut. (Sekiranya anda belum mendapatkan modul tersebut sila subscribe dan muat turun sekarang di http://www.Jana-Wang-Adsense.Com)

Didalam modul tersebut saya telah menjumpai keyword "magnetic jewelry clasp" sebagai niche market untuk membina laman blog dan URL blog tersebut ialah http://magnetic-jewelry-clasp.blogspot.com [ *** Minta kerjasama dari anda jangan melakukan klik di iklan AdSense diBlog Tersebut. Saya berkongsi maklumat ini untuk kebaikan bersama***]

Keyword tersebut mempunyai pencarian anggaran sebanyak 1,159 sebulan dan telah bersaing dengan 502,000 pages tanpa quote "".

keyword search

Kurang dari ~72 jam, blog tersebut telah di index di enjin pencari Google tetapi berada jauh ke belakang SERP (Search Engine Result Page). Tetapi dalam tempoh 7 hari ia berada di antara page#4 dan #5 Google untuk keyword "magnetic jewelry clasp" iaitu posisi ke 54. (Result dibawah diambil ketika saya menulis blog ini. Ia mungkin berubah)

More on Page#1 Google Dalam Masa 7 Hari

Filed under blogging, niche market, Traffic by

Permalink Print 31 Comments