Assalamualaikum Nawar,
Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesemua panduan saudara dalam Adsense. Saya mula berjinak dengan adsense ini sejak 4 bulan yang lalu, setelah meghantar anak saya mengkuti bengkel adsense anjuran saudara di Shah Alam.
Saya menceduk ilmu dan berkongsi pengalaman dengan anak saya itu yang sedang belajar di UITM Shah Alam. Setelah mengikuti formula-formula yang saudara bengkelkan itu dan juga melalui ebook percuma 6 Module Adsense, akhirnya saya telah bejaya menjana pendapatan dari adsense. Saya telah mendapat cek pertama dari google berjumlah USD 250.14 pada awal Disember 2007 yang lalu dan cek kedua pula bakal menyusul ialah berjumlah USD129.59.
Beberapa hari lalu saya telah membeli ebook terbaru saudara 'Pakej 30 Hari Jana Wang Adsense', untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam adsense ini.
Saya dapati banyak lagi formula-baru dalam ebook tersebut yang perlu saya ikuti. Saya berharap pada tahun 2008 ini akan menjanjikan pendapatan yang lebih tingi dan berlipat ganda.
Email ke #2
Saya masih mendapat income dari Adsense. Walaupun saya tidak mempunyai kebolehan dalam bahasa inggeris, cuma setakat memahami apa yang dibaca dan tidak boleh menulis, tapi saya masih boleh menjana pendapatan sehingga USD11 sehari hasil dari tunjuk ajar ebook saudara.
Satu daripada website adsense saya sudah berada pada page 1,2 atau 3 di google walaupun belum siap sepenuhnya. Saya harap banyak mendapat sokongan dari info terbaru daripada saudara.
Wan Hussein